BAB 1 ~ Sara and Adam

20:51



BAB 1

    MAGGI cup dibawa terus ke pintu utama rumah. Elok pulas tombol, kawan serumahnya muncul di belakang.

   “Kau nak pergi mana malam-malam ni?”

   Sara berpaling. Terus maggi cup diangkat.

   “Makan maggi.”

   Thira menggeleng. “Rumah ni tak cukup luas untuk makan maggi ke?”

   Kawannya tersenyum. “Cukup luas tapi aku ada janji dengan khayla. Nak join?”

   “Thanks but no. Big no. Aku tak gila macam kau orang berdua. Kalau tertangkap, jangan sekali libatkan aku. Settle sendiri masalah kau.” Thira berlalu.

     Sara mencebik. Selipar jepun disarung. Kaki terus melangkah menuju lorong ketiga dari rumahnya. Bila terpampang kawasan tangki air di depan mata, dia dah senyum. Pagar berlubang yang menjadi laluan rahsianya untuk ke tangki air, dihampiri.

    “Dah ganti pagar baru?” Sara mengeluh.

     “Macam mana mereka boleh nampak lubang dekat pagar tu. Hari ni kita tak boleh naik atas la nampaknya. Pintu pun berkunci. Tak kan nak rosakkan mangga kunci. Jadi, kita nak makan dekat mana hari ni?” omel satu suara tak semena.

    Sara berpaling. Muncung bibir bila wajah Khayla yang turut memegang maggi cup, menyapa mata.

    “Mana lagi? Sini saja la.” Sara duduk di atas rumput. Bersandar pada pagar besi.

    Khayla ikut duduk. Tak dapat makan bersandarkan tangki air, makan bersandarkan pagar tangki air pun boleh.

    Serentak mereka mengacau maggi biar sebati dengan kuahnya. Sesekali angin meniup lembut. Sara merenung langit. Tak ada bintang. Bulan pun hanya berbentuk sabit.

    “Bagus kan kalau hujan rintik-rintik,” desis Khayla.

    Sara angguk. Memang bagus. Makan maggi bertemankan udara segar dan rintik hujan, pasti mendamaikan. Lebih-lebih lagi, kawasan lepak mereka jarang didatangi orang.

   “Macam mana dengan lelaki dekat kafe tu?” Sara buka topik.

   Khayla mengeluh. Resah menyebar.

   “Masih koma. Aku rasa bersalah sangat. Kalau la dia tak lindungi aku waktu tu…”

   “Takdir kan?”

   Khayla angguk. “Aku rasa jahat sekarang ni,” ucap perempuan itu tiba-tiba.

   “Kenapa pula?”

   “Hati aku ni… kadang-kadang aku rasa aku suka dia macam tu. Aku boleh melawat dia. Tengok muka dia hari-hari. Aku boleh bercakap dengan dia. Jaga dia… aku boleh buat semua tu waktu dia koma dan… I like it.”

   “Kejam!” Sara ternganga tak percaya.

   “Kan. Aku benci diri aku sendiri.” Sebelah tangan Khayla, peluk tubuh. Sebelah tangan lagi membawa hujung cup ke bibir. Menghirup kuah kari maggi.

    Hangat yang menyegarkan.

   Sepi. Sara tak beri komen. Khayla pula melayan rasa bersalah. Begitu la mereka berdua bila hati resah. Duduk melepak dan meluahkan antara satu sama lain. Kadang-kadang mereka duduk saja tanpa berbicara. Cara mereka menghadapi kesulitan hidup.

    Mereka berdua bukan kawan. Mereka cuma penduduk taman yang bertembung saat sama-sama menyusup naik ke tangki air. Waktu Sara terjumpa Khayla, gadis itu sedang enak mengigit snek. Dan waktu Khayla ternampak Sara, gadis itu sedang meneguk satu botol besar air 100 plus.

    “Mak aku telefon lagi. Sibuk cari jodoh. Kadang aku harap telefon bimbit tak wujud dalam dunia ni. Aku benci gajet.” Giliran Sara meluah rasa.

   “Cari la boyfriend.”

   Sara geleng. “Bukan senang, aku percaya cinta sejati. Aku nak orang yang boleh lengkapkan diri aku. Tapi aku tak jumpa. Macam ada timah pagar hati aku. Susah betul nak jatuh cinta.”

   “Macam aku dengan budak kafe tu. Aku cintakan dia sampai lelaki lain pun dah tak boleh buat aku berdebar. Tapi… aku tak boleh bersama dia. Worst kan?”

    Selalu sangat Sara dengar Khayla ulang ayat, dia dan budak kafe tak boleh bersama. Dia ada tanya tapi Khayla hanya membalas dengan menyentuh rantai di leher. Sampai sekarang dia tak faham isyarat Khayla.

    “Aku mengantuk,” adu Sara. Maggi cup selamat dihabiskan.

   “Tidur la. Nanti nak balik, aku kejut kau,” saran Khayla.

   Sara angkat ke dua-dua kening. Sandarnya dibetulkan. Sebelum memejam mata, sempat dia  merenung langit kesukaannya. Tika itu mata menangkap satu lintasan cahaya. Terlalu pantas.

   “Kata nak tidur,” tegur Khayla.

Image result for night girl   “Nak tidur la ni.” Sara tak jadi nak khabarkan pasal lintasan cahaya tadi. Dia nampak Khayla sudah keluarkan sebuah buku dan menghidupkan lampu suluh dari telefon bimbitnya.

Perlahan-lahan dia pejamkan mata. Biarkan Khayla melayan bed time story. Dia pula, melayan mata yang mulai stim.





You Might Also Like

0 comments