#Post Title #Post Title #Post Title

Nota cinta

Semua di sini adalah nukilan empunya tanah (aku la tu). sila la jangan right clik dan copy - eh.eh.eh... macam perasan aje ada yang nak copy paste. never mind. siapa ikut, dia jujur. Orang jujur, Allah sayang. Ai pun sayang ketat-ketat.
Have fun!
Friday, 18 August 2017

Bab 6 Backup cinta


 Image result for comedy anime

ISHA keluar dari rumah terus menuju ke tong sampah. Usai membuang sampah dia termenung seketika.

Dari semalam fikirannya terganggu. Kejadian semalam betul-betul bagai sedang mencekiknya dalam diam. Dia tak boleh berhenti berfikir. Rasa macam kepalanya tengah menjunjung sepuluh kilo beras. Kekadang juga rasa macam nak je letak kepala atas jalan biar kena lenggek dengan lori sampah.

Hari ni dia MC. Esok dia EL, habis hari seterusnya macam mana pula? Tak kan nak berhenti kerja? Tapi kalau dia tak berhenti maknanya dia bekerja dengan pembunuh. Dikira bersubahat ke dia nanti?

"Argh!!!"

Isha menjerit kuat. Habis tudung ditarik geram hingga pin di bawah dagu tercampak sendiri. Dia betul-betul buntu! Rasa macam ditikam berulang kali tapi tak mati-mati.

"Kau rileks Isha. Tarik nafas dulu." Dia cuba mententeramkan diri sendiri. Tudung yang senget langsung tak dihirukan.

Dia mula bangun dan saat itu juga ada kereta hitam berhenti di depan rumahnya. Sempat dia berkerut dahi sebelum dua orang dari keret itu keluar dan menarik dirinya. Matanya membulat.

"Apa ni! Apa ni!!!" Dia terpanar. Kasar tubuhnya ditarik dan dihumban ke dalam kereta. Kereta itu kemudian membelah laju.

"Umphh..umphh!!!"

Isha meronta kuat. Mencerlung pandangannya pada lelaki yang masih menutup mulutnya. Tangannya pula dipegang rapi.

"Lepaskan aku la bangang!" jerit hatinya kuat.

"Lepas la dia tu. Dah macam ular meliuk-lentok dah aku tengok." Suruh lelaki yang bertahi lalat dipipi.

Sekejap saja rasa mulut dan tangannya dilepaskan.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku!" Isha menjerit kuat dengan tangan rakus mencakar lelaki bertahi lalat sejurus saja tangannya dilepaskan. Ni anak tuk guru rimau cakar la!

Terkial-kial si tahi lalat menepis serangan Isha.

Salleh terpaku bila si tahi lalat diserang. Cepat-cepat tangan Isha dipaku biar tak bergerak tapi dia silap menduga. Sekejap saja kepalanya rasa macam nak naik benjol. Berani perempuan tu hentak kepala pada dahinya.

"Leh pegang perempuan gila ni!"

Salleh terus mengerahkan tenaganya. Sekelip mata Isha terkaku.

"Siapa kau orang semua ni? Aa yang kau orang nak? Lepaskan aku gila! Aku bukan orang kaya yang kau orang nak culik. Mak bapak pun aku tak ada!" jerit Isha siap membebel lagi.

Giginya diketap. Kalau dapat tangan orang ni, putus dia gigit!

Arman, si tahi lalat cepat-cepat meletakkan jari kemulut.

"Shhh!!!!" bingit telingannya dengan jeritan itu. Siapa la minah terkurang gula yang bos suruh culik ni.

"Apa shhh!!!! Kau orang culik aku lepas tu nak aku diam! Ingat aku tunggul. Lepaskan aku la!" dalam keadaan panik macam ni sempat lagi Isha marah.

Muka salleh yang memeluknya bagi menghentikan tindakan kerbau liarnya, dipandang garang.

"Yang kau peluk aku kenapa? kau orang muslim ke apa? Main peluk aku! Lepas! Lepas!" Isha meronta kuat. Geli! Habis bakal suami aku tak dapat jadi yang pertama peluk aku!

Salleh tersedar. Cepat-cepat dia lepaskan. Dapat tahu dekat bini, benjol kepalanya kena hentak dengan kuali. Bila Isha cuba mengganas lagi, bingkas tangan gadis itu dicengkam. Kejap!

"Lepaslah!!!!"

"Okey, aku lepas tapi kau janji tak kan mengganas macam tadi. Kalau tak..."

Salleh memberi amaran. Muka Arman yang masih menggosok mukanya kerana dicakar, dia pandang. Nasib bukan aku dicakar.

Isha mengangguk akur.

Salleh melepaskan tangan Isha malah menjauh sedikit dari gadis itu. Isha sebek. Kenapa dia diculik? Dia mangsa penjualan organkah? Lantas muka Salleh dipandang.

Berkedut muka Salleh bila dipandang. Belum sempat dia berbuat apa-apa, wajahnya tiba-tiba diserang ganas.

"Lepaskan aku! Ingat aku tak tahu yang kau orang ni sendiket jual organ. Baik lepaskan aku kalau tak aku bunuh kau orang!"

Tangan kecil Isha semakin rakus terawang-awang memukul Salleh. Puas hatinya bila Salleh menjerit. Keadaan dalam kereta semakin tak terkawal sampai pemandu pun confuse.

Arman cuba meleraikan tapi tersandar dia bila siku gadis gila itu tepat pada bibirnya. Sakit kut

"Penjahat tak guna. Kau orang ingat aku anak patung ke nak culik. Jahat!Jahat!".Isha semakin ganas. Kali ni kepala Salleh diketuk kuat

Apa nak jadi, jadilah. Nak excident pun Isha dah tak kisah asalkan organ dia tak diambil secara haram. Asalkan dia tak dibunuh hidup-hidup

Saat Isha semakin ganas dengan tangan dan kaki yang terangkat membelasah, saat itu tiba-tiba Isha rasa mulutnya ditekup dengan benda lembut. Tindakannya terhenti dan terasa dunianya kelam tiba-tiba

Salleh dan Arman, dua-dua tersandar lemah di dalam kereta. Hampir saja mereka putus nyawa dibelasah minah gila itu. Kalau macam ni memang confirm, bos patut beli insuran nyawa kepada mereka.

"Perempuan gila!" maki Arman sambil mengelap darah dari hidungnya. Berdengung hidungnya kena siku maut tadi.

Salleh ketawa tiba-tiba.

"Kau ketawa macam orang gila kenapa?"

Orang sakit, boleh ketawa pula. Muka Isha yang pengsan dipandang. Rasa nak cekik-cekik je minah ni. Datang dari mana entah. Ganas macam Gorilla.

"Kau cuba tengok muka kau dalam cermin. Macam orang abnormal dah." Salleh ketawa lagi. Geli hati melihat rambut Arman yang kusut-masai.

Arman ketap bibir geram.

"Kau gelakkan aku. Kalau kau tengok muka kau sekarang, confirm histeria!"

Tawa Salleh mati. Rmbutnya disentuh sebelum berdecit memandang Isha. Nasib Arman pantas buat gadis itu pengsan kalau tak memang mereka yang pitam dulu.

"Mana bos jumpa perempuan gila ni?" Salleh tak puas hati.

Arman mengangkat bahu. Dia pun tak tahu. Baru saja nak menjawab, telefonnya berbunyi.

"Siapa?" tanya Salleh.

"Bos!" jawab Arman sepatah sebelum menjawab.
[ Read More ]
Thursday, 17 August 2017

Lupa ingatan

Hello, It's me...

Dari semalam sebenarnya nak menulis taratak minah ni tapi asyik tangguh. Well, bab tangguh memang aku juara. Tolonglah jangan ikut perangai yang satu ni. Serius, boleh pening kepala.

Sambung balik.

Tapi malangnya aku dah tak ingat apa yang aku nak tulis/membebel. Ingatan lemah memang la macam ni. Tapi ada kebaikan juga ingatan lemah ni. Faedahnya, rahsia selamat bersama aku. Bayangkan, orang tu cerita itu dan ini, esok pagi aku dah lupa.

Dulu kan, aku memang selalu jadi tempat pelepas rahsia. Well, aku kan manusia yang boleh dipercayai (Bunyi macam riak). Astaghfirullahalazim...
Tapi sekarang ni, aku dah lupa semua rahsia yang pernah masuk dalam kepala. Sebenarnya, setiap kali orang cakap itu dan ini, keesokkannya memang aku dah blur. Kalau nak ingat pun, mungkin dalam 20 peratus. Jadi, sesiapa yang tak tahan nak simpan rahsia, meh jumpa aku. Telingaku untukmu. hahhahaha...

Ada suatu hari tu, mak aku jrit suruh letak cover pada tingkap. Sebab tingkap dapur tu, langsirnya kecil. bila malam, orang boleh tengok direct dalam rumah. Maklumlah, tingkap gelap memang gitu. Aku tangguh la dalam sepuluh minit. Lepas sepuluh minit, aku pergi dapur. Apa yang aku buat? Aku pi susun semua pinggan dan cawan. Ulang alik antara tempat letak pinggang yang dibasuh dengan rak pinggan. berpeluh! Dah habis semua, dok rasa ada tak kena. Aku pun sapu sampah. Mungkin mak aku suruh sapu sampah kut. Dah habis semua, lepak dalam bilik.

Lepas lima minit, mak aku mengomel kat dapur. Aku pun pergi la tanya sebab mak aku dok sebut-sebut nama. Lepas tu baru teringat, tingkap tu tak cover lagi. Aku macam... nak klorok otak boleh tak? Nyanyuk ke! uwaaaaaaaaaaa.....


18.8.2017, Jumaat,

I'm fall in love with my hero! habis semua media sosial aku unistall kecuali wasap sebab nak fokus pada my new hero. Tahap jatuh cinta tu macam bunga-bunga kristal bertaburan. hahhaha... hampa mesti rasa aku gila tapi tu la perasaan seorang penulis. 

Semalam nak terus berdating dengan hero tu tapi baby white aku tersekat-sekat. Dia bagi amaran sebab semalam tak lekang dari komputer. Dia mogok la tu. Tapi baby white ni dah buat mata aku silau. baby white a.k.a laptop kesayangan, keranamu aku menangung silau tau. Kau kena baik dengan aku! Jangan mogok kalau aku nak berdating dengan Adam!

 Image result for girl like to fun with cat anime

Tadi, aku keluar nak buang sampah. Hari ni kan hari ahad, jadi budak keluar jam 12 tengah hari. Sekolah pula bertentangan dengan rumah aje, jadi sebelum buang sampah, kena pastikan mak bapak budak pergi dulu sebab sesaknya tahap nak hantuk kepala.

Dah rasa semua clear,  aku keluar bersama sampah. Ternampak pula kucing aku ego. si kembang putih yang suka buat muka sombong. Sebab dia sombong, aku suka usik dia (sebiji macam aku suka usik adik lelaki aku). Tengok Ego tengah berehat elok, dengan penuh keyakinan, aku menjerit nama dia "Egoooooooo!!!!!!!!"

Sekali, dua budak lalu depan aku. Aku tekup mulut. (Tolonglah dik, jangan la menjerit macam akak. perangai tak senonoh tu. Tapi tu la, akak dah biasa..hahhahah). Aku ke depan sikit, tengok ada pak gad dan berapa motor dan keta. Semua pandang aku. masa tu, nak sorok muka bawah kereta pun tak sempat. Habis saham aku!uwaaaa.... mesti kena cancel jadi menantu ni.






[ Read More ]
Thursday, 3 August 2017

Tulis novel (bahagian 2)


Related image
Sambungan entri semalam jenguk sini

Selepas berjaya terbitkan novel pertama, bermula episod aku dan laptop.

Apa yang jadi?

Lap top tiba-tiba buat hal. Rosak. Masa tu pula ekonomi tengah meruncing.Tanya kedai, dekat tiga ratus, jadi terpaksa la tahan saja tahap excited nak menulis tu. Tapi bukan senang nak tahan. Hari-hari aku doa dapat lap top baru. uwaaa... sedih gila masa tu.

Buatnya, masa tu juga ada idea baru. (Kau tahu, kalau sebuah cerita tu ada dalam fikiran seorang yang suka menulis tapi terhalang, boleh stress ooo) Disebabkan minat. aku beli buku. Dari satu buku ke satu buku, aku karang. Sebuah manuskrip, aku perlukan tujuh buah buku. Dua buku panjang, lima buku pendek. Bayangkan, tujuh buah tu, aku tak henti tulis tangan. Memang kadang-kadang rasa macam nak terkulai tapi percayalah, bila teringat balik, rasa bahagia pula.

Lagi sepuluh peratus nak siap, tiba-tiba email kena ketuk dengan syarikat penerbitan. Masa tu... aku mampu pegang muka aje la sambil hati ulang ayat "Aku nak laptop." hahahah... Tapi apa nak buat, kena redha aje la. Tapi aku tetap juga menulis dalam buku sampai habis.

Lebih kurang seminggu selepas tu, kakak aku balik. Tiba-tiba dia bawa aku ke kedai komputer. guess what? Dia belikan laptop untuk aku!!! I love you, sis! muah 100kali. (Sekarang ni, aku menaip entry guna laptop ni la. Namanya baby white kesayangan akak) krik.... krik.... krik...

Balik tu, tak tunggu lama, semua yang aku tulis dalam buku, aku taip satu persatu. Dua minggu juga ku taip (Tu pun sampai tak makan, tak tengok TV. Terperap dalam bilik) Dah siap dua minggu, kena baca satu persatu perkataan pula. (Tips : Sebelum hantar ke syarikat penerbitan, sila pastikan typo tak bersepah.)

Sebulan selepas tu, semuanya siap. Touch up manuskrip sampai puas. Lepas tu hantar la. Akhirnya segala penat lelah terbayar, bila email dari syarikat penerbitan masuk. maka, lahirlah baby ke dua 'BACKUP CINTA'

Watak utama dalam ni, adalah watak favaourite aku. Isha Humaira dan Shahrul haikal. Tapi... aku kena juga lead syndrome, si tengku. Kalau nak bandingkan tengku dengan Shahrul, macam langit dan bumi (Nak tahu kisah mereka, dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau pergi ke websiter karyaseni)

Alhamdulillah, tahun 2015, dua buah novel dilahirkan dibawah syarikat penerbitan Penulisan2u dan karyaseni.

2016, sebuah mini novel bertajuk Epilog Kita dan atalogi Erti Kaseh di bawah Kaseh Aries pula menyusul (Sembang novel Epilog)

Karya ke empat?  Tunggu rezeki.



[ Read More ]
Wednesday, 2 August 2017

Tulis novel





MACAM MANA BOLEH TERJEBAK DALAM DUNIA NOVEL. (B1)
 
 Nak pilih ayat 'mula' dari mana tu memang susah. Jadi, aku mulakan saat aku darjah enam. 
 
Dari dulu aku memang suka baca membaca tapi kebayakkan buku cerita. Kalau buku ilmiah, aku akan pilih buku ilmiah yang dibuat seperti sebuah cerita. Kalau buku travel pun, aku akan pilih buku yang bunyinya seperti sebuah cerita. Sebab tu bila naik tingkatan satu, aku buat buku sejarah tu macam cerita. Create cerita fantasi yang hubungkaitkan dengan fakta. so, boleh ingat! Dan aku dapat 'A' (Hahahha... tak riak. Bangga aje.) kakakakakakakah.............
 
     Aku start baca novel masa darjah enam. Baca sebab mak aku suruh try. Dia tahu anak dia ni tak suka buku-buku tebal. Dengan mood malas, aku pun baca. Guess what? Mula baca, aku tak lepas buku tu. Dalam sehari, dah tamat. Masa tu novel pertama aku baca, Sepi tanpa cinta. 
      
     Naik tingkatan dua, aku jadi taksub sangat dengan nama di depan buku. Boleh dikatakan semua buku yang aku jumpa, aku akan pandang nama orang yang tulis. Lepas tu melarat tengok biodata pengarang. Serius, masa tu aku fikir, orang yang tulis buku ni adalah orang pali-paling.... nak cakap macam mana eh? Tabik spring la! Mula dari situ, aku berangan nak nama aku ada depan buku. sebuah pun jadi la. 
 
     Tapi... akhirnya angan tu lupa macma tu saja. Asyik fokus pada exam saja. Nak-nak pula, kawan-kawan aku jenis yang bersaing secara sihat dalam exam. Sampailah habis tingkatan lima... Aku buat keputusan untuk ambil STPM. 
 
     Tingkatan enam rendah, angan-angan tu masih duduk dalam gelap. Masa tu, aku jadi pembaca pada manuskrip kakak aku. tapi geram betul bila dia tulis, mesti tak pernah habis. Sampai la ni aku asyik terbayang cerita hantu yang dia tulis. Alasan kenapa dia berhenti tulis cerita seram tu, sebab dia kata, dia alami benda yang sama macam dia tulis dalam manuskrip. 
 
      Masa tingkatan enam atas, aku pindah. Aku ni jenis yang tak selesa bila ada perubahan persekitaran. Nak masuk dengan suasana baru, kawan baru. Mula dari situ, aku berjinak-jinak menulis. nak-nak bila ada PBS. Bila Stress, mula la aku buat kerja lain. 
 
     Cerita pertama yang aku tulis, TULISAN TAKDIR (TA). Aku hantar ke satu syarikat penerbitan tapi sayangnya, tak dapat balasan. Masa tu memang down juga la sebab tak ada khabar berita. Tapi sebab aku ni tak mudah putus asa, aku buat satu lagi manuskrip. Yang ni aku banyak belajar dari novel-novel lain. Buka cedok idea!!! Tapi belajar macam mana nak asingkan perenggan. mcama mana nak gunakan ayat (Contoh, ayat aktif dan pasif). 
 
      Setahun lebih juga aku siapakan CERITA ITU MILIK KITA. Habis saja, aku terus hantar ke syarikat penerbitan. Lepas lima bulan, tetap tak dapat khabar berita. Lepas tu aku malas nak fikir dah. Aku lupakan terus manuskrip tu dari hidup. Tapi, hampir lima bulan selepas itu, tiba-tiba aku dapat call. Ceri teka!
 
     CIMK lulus penilaian dan akn diterbitkan. Saat tu, perasaan yang aku rasa hebat. sehari suntuk senyum macam orang tak betul. Sampai satu tahap, hantuk kepala dekat katil sebab tak nak percaya. hahahaha... Tu memang perangai aku. Bulan MAC 2015, itu tarikh keramat, manuskrip aku dipublish. Tapi disebabkan tajuk tu hampir sama dengan stau tajuk lain, maka CIMK bertukar jadi DALAM KETERPAKSAAN. 
 
      Danisya dan Raiqal, nama tu tak akan aku lupa.... dan selepas itu..... 

Bersambung.....
[ Read More ]