BAB 7 EPILOG KITA

09:30





                                                                            BAB 7

“ARGH... Huhuhu..hahaha...”

Bengkek muka Hani. Dia dah rasa seperti doktor yang tengah tengok perangai pesakit jiwa. Memang dah kronik lelaki bernama Ryan ni. Masuk-masuk bilik terus terjun atas katil. Lepas tu ketawa terbahak-bahak. Semua bunyi keluar dari mulut lelaki tu. Bunyi biawak mengeram, bunyi ayam berkokok, bunyi kambing mengembek semua keluar dari anak tekak lelaki tu.

Gembira sangat lagakya. Tapi Hani sendiri tak nampak dekat mana yang kelakarnya sampai Ryan nampak geli hati.

“Kau nampak tak muka orang tua tu? Macam tertelan kulit kayu manis lima tan. Merah muka dia tu, memang... memang buat hati aku puas,” beritahu Ryan bersama ketawa yang semakin kuat.

Hani tercebik sendiri. Teringat balik muka Datuk Fatimah. Memang la merah tapi dia tak rasa benda tu lawak. Dia rasa cara Datuk Fatimah pandang dia macam pandang lipas yang menumpang dalam rumah. Gerun pun ada.

“Baru dia tahu siapa aku. Benda yang dia tak suka tu, aku akan buat. Biar dia sakit jantung. Kalau boleh aku nak tengok dia berkampung dalam hospital tu,” hambur Ryan. Namun hanya seketika sebelum dia kembali ketawa.

Hani mengeluh. Biarlah dia nak ketawa asalkan dia tak sakitkan hati aku. Hani mengambil tempat dibirai katil. Lemau mukanya memandang Ryan.

“Kenapa awak tak cakap yang awak masih ada mak?”

Ketawa Ryan mati. Hesy! Perempuan ni potong stim la dia nak bergembira.

“Mak awak tu, sama juga dengan nenek awak tu ke?” Hani menyoal.

“No..no... ibu aku tu baik cuma...” Ryan mula duduk dari meniarap. “Pak turut cakap nenek tu. Jadi kau tak perlu bimbang pasal ibu aku. Ibu aku adalah orang paling baik dekat dunia ni. Bagi aku la sebab dia memang jarang bersuara.”

Hani lega. Jadi dia tak perlu la bimbang pasal ibu Ryan.

“Kau tahu, aku ni memang ada ibu tapi aku tak rasa macam ada ibu langsung.” Ryan seakan meluahkan perasaannya.

“Tak baik lah awak cakap macam tu. Untung la awak masih ada ibu.”

“Aku bukannya mengutuk ibu aku la. Aku bersyukur ada ibu macam tu. Macam patung hidup. Aku nak buat apa pun, tak ada nak kesah. Kau tahu, dalam tempoh setahun, aku boleh kira berapa kali aku cakap dengan ibu aku. Kau akan duduk sini jadi nanti kau tahu la macam mana perangai ibu aku tu. Diam! Ikut je telunjuk nenek aku tu.”

Mungkin kata-kata Ryan itu kedengaran sedikit kurang ajar tapi kalau didengar dengan mata hati, nada itu sarat dengan kekecewaan.

“Tak kesahlah. Sekarang macam mana? Saya nak tidur mana? Tak kan kita kena sebilik kut?” Hani cuba menamatkan persoalan tentang emak Ryan.

Mendengar Ryan bercerita kadang-kadang buat hatinya seperti... Susah nak cakap. Entah kenapa, setiap kali lelaki itu bersuara, dia seakan nampak sisi hidup lelaki itu yang penuh kekecewaan. Selalunya dia tak begini. Selaunya dia bersikap tak kesah tapi dengan Ryan dia jadi kesah. Macam mana la dia boleh terkesah dengan mamat sakit jiwa tu.

“Ish...ish.. Apa punya soalan la tu. Mestilah kita tidur sebilik. Kau boleh tidur sekali dengan aku. Atas satu katil.” Ryan perlahan-lahan menyelak rambutnya sambil mengigit bibir. Gayanya dah macam perempuan penggoda.

Nak muntah!

“Hei, awak jangan buat perangai psiko! Dah macam pondan tahu tak! Hergh! Tak nak! Saya tak nak tidur dengan awak. Lagipun awak cakap kita ni ibarat satu pasukan. Satu pasukan, tak tidur bersama.”

“Wah, pandai kau menjawab ye. Tak da... kau tinggal dalam bilik ni dengan aku! Meh duduk sama-sama atas katil ni. Meh...” ruang katil di sisinya ditepuk-tepuk dengan gaya ibu tengah panggil bayi.

“Tak nak! Tak nak! Tak nak! Saya tak nak satu katil dengan awak kecuali awak tidur lantai, saya tidur atas kalau tak... Saya beritahu nenek awak yang saya ni cuma rakan sepasukan rela paksa yang awak gunakan untuk sakitkan hati dia.” Ugut Hani sambil berpeluk tubuh.

Terjojol biji mata Ryan. Hesy! Perempuan mulut wisel ni memang bising la!

“Kau ugut aku?” Ryan seakan tak percaya.

“Yes, i am. Saya tengah ugut awak macam mana awak ugut saya hari tu. I learn from the best. Now, deal? Awak bawah, saya atas.” langsung tak ada ketakutan dalam riak Hani.

Ryan berdiri saat mendengar ucapan penuh bersahaja dari Hani. Cis! Perempuan ni tak makan saman. Mulut bising! Mulut suka melawan tak kira apa dia kata. Tanpa kata dia bangun dan berlalu ke arah sebuah pintu. Laju tangannya membuka pintu itu.

“Kau ingat aku nak biarkan kau duduk dengan aku? Biar mulut bising kau tu ganggu privasi aku? Memang tak la! Kau boleh buat tempat ni jadi bilik kau.”

Hani bangun. Terkebil-kebil dia memandang Ryan sebelum menapak masuk ke dalam sebuah ruang yang agak luas. Cuma ruang tu kosong! Yang ada cuma rak-rak buku dan meja kerja. Itu pun meja tu menyepi betul-betul di tepi penjuru.

“Kenapa dalam bilik awak ni ada dua bilik?” Hani perak.

“Kau cuba tengok aku. Aku ni pemilik syarikat tahu, jadi aku perlukan ruang lain dalam bilik aku. Sebenarnya ni bilik kerja aku tapi dah kau wujud dalam rumah ni, aku kosongkan bilik ni. Mulai sekarang kau boleh tidur dalam bilik ni.” sombong gila suara Ryan. Macam dia seorang je pemilik syarikat. Ramai lagi la pemilik syarikat lain. Tak payah nak over sombong sangat!

“Katil mana, katil?” Hani mencari katil untuk merebahkan badannya. tak kan dia kena tidur berlapikkan lantai kut. Memang tak nak la dia.

“Tak payah berangan nak katil. Bilik ni tak ada katil tapi...” Ryan tolak tubuh Hani sedikit ke dalam. Bila Hani terdorong ke depan, dia tarik pula bahu itu ke satu sudut. Terdorong gadis tu seperti almari beroda.

“Tu ada tempat tidur kau. Nampak tak alas tidur tu? Tu untuk kau.”

Lemah muka Hani memandang alas tidur yang berlipat di satu sudut. Kejam betul la mamat ni! Dah tahu aku akan datang, beli la katil. Kaya tapi kedekut!

“Tak payah nak buat muka lemah sangat. Kau ingat murah alas tidur tu. Aku tempah khas untuk kau tahu. Aku bukannya jahat sangat nak bagi alas tidur cokia dekat kau. Aku beli mahal tau dan orang kedai tu cakap, gerenti dapat tidur yang enak atas tu.” ujar Ryan lagi bila menangkap muka lemau milik Hani.

Huh! Tidur yang enak konon! Kalau enak sangat kenapa kau je tak tidur atas tu dan bagi aku katil kau yang besar tu. Cakap besar betul la mamat ni!

“Kau tengah mengutuk aku dalam hati kan? Mesti kau cakap aku tipu. Aku tak tipu, memang sedap tidur atas alas tidur tu. Aku dah buat testing. Aku tak kan biar badan kau sakit la. Badan kau tu, aku nak pakai lama tahu.” seperti tahu apa yang hati Hani berceloteh, Ryan membuka mulut sekali lagi.

Pakai lama? Spontan Hana peluk tubuh dengan mata membesar.

“Hesy! Aku bukan maksudkan apa dalam kepala otak kau tu la! Maksud aku, kau kena sentiasa sihat supaya kau boleh berlegar-legar dua puluh empat jam dalam rumah ni. Biar orang tua tu sakit hati bila terserempak dengan kau.” Ryan betulkan kenyataan bila Hani melihatnya seakan pencabul.

Dua puluh empat jam? Mamat ni gila ke? Kalau dua puluh empat jam dia berlegar-legar, masa bila dia nak tidur? Tapi... Aneh sikit mamat ni.

“Ryan, awak ni lelaki tulen ke tak?”

Ryan terhenyak dengan pertanyaan Hani.

“Tulen lah!”

“Ye ke tulen? Selalu lelaki bukan ada nafsu ke? Kalau dah tinggal sebilik mestilah ada rasa...

Pap!

“Auch!” Hani mengaduh saat tapak tangan Ryan melekap atas dahinya sebelum dia habiskan ayatnya.

“Macam mana kau boleh tanya soalan direct macam tu hah? Mestilah aku lelaki tulen yang ada nafsu dekat perempuan tapi... dengan kau...” Ryan pandang Hani dari atas hingga bawah sebelum menggeleng laju tiba-tiba.

“Aku tak mungkin la tergoda dengan kau. Kalau aku tergoda sekali pun, mesti aku tersedar bila teringatkan mulut kau yang bising tu. Ingat mulut kau yang bising tu, memang tak la aku berselera. Aku ada taste tahu. Perempuan yang lemah lembut. Bila dia bercakap, kelembutannya akan meresap terus dalam hati aku. Bukan macam kau. Mulut tu nak menjawab je kerjanya.” tanpa keizinan, jari telunjuk Ryan galak menujuh mulut Hani yang tertutup. Terdongak kepala Hani beberapa kali ke belakang.

Geram pula hati Hani. Pantas tangan Ryan ditepis kasar.

“Apa main tujah-tujah? Saya tujah dahi awak baru tahu!” giliran Hani angkat jari dengan niat nak menujah kepala Ryan namun tangan lelaki tu lebih pantas.

“Hei pendek! Jangan berangan nak tujah-tujah kepala aku. Ni kepala mahal tahu!”

“Ye la tu mahal. Berapa nilai? Sepuluh juta?” sindir Hani.

Ryan ketap bibir. Tengok! Kan dah kata, mulut perempuan ni bising. Semua benda dia nak menjawab!

“Hesy! Sakit otak la layan kau. Aku masuk bilik aku dulu. Kau pandai-pandai la susun baju kau dekat mana-mana penjuru. Jangan berangan nak kongsi almari dengan aku.” Ryan meninggalkan pesanan sebelum berlau ke biliknya. Pintu yang menghubungkan biliknya dan bilik Hani, ditutup.

“Betul ke sakit otak bang? Bukan abang memang hari-hari sakit otak ke? Eh silap, sakit jiwa!” Jerit Hani sengaja nak sakitkan hati Ryan. Ye la, tiba-tiba main tolak orang lepas tu blah. Dia ingat aku ni almari beroda yang sesuka hati dia nak tolak. Cis!

Abang? Dia tahu Hani sengaja menyakat!

Kedua-dua tangan Ryan tekup tepi kepalanya sendiri. Sempat lagi perempuan tu nak mengomel. Nasib kau la Ryan, dapat isteri macam tu. Isteri? Tiba-tiba saja Ryan ketawa. Macam mimpi!

You Might Also Like

0 comments