Innocent Defendant (K drama)

21:59




INNOCENT DEFENDANT

    Lepas berminggu-minggu tunggu cerita ni habis, akhirnya tamat juga, First pandangan, wow! I like berjuta-juta lemon! Serius best! Bagi yang tak nak tengok drama korea bergenre romantis, sila la tengok cerita ni. Disarankan sangat!

   Faktor kenapa aku tengok cerita ni, mesti lah sebab Park Ji Sung! Dari secret love, kill me heal me dan satu lagi cerita (Lupa dah), aku memang suka dia. Eh! Suka lakonan dia. Mantap dan nampak real! Kalau bab air mata, sedih, memang juara la dia ni. 

   Ini kisah tentang seorang peguam yang terlibat dalam penyaisatan kes pembunuhan yang melibatkan anak dari keluarga kaya. Cha Min Ho yang disyaki membunuh, akhirnya membunuh abang kembarnya dan mengambil alih tempat abangnya. Maknanya, Orang ingat Cha Min Ho mati bunuh diri tapi sebenarnya yang mati, abang kembarnya, Cha Soon Ho. Dan dia, ambil alih tempat abangnya dan hidup sebagai Cha Son Ho. 

   Si jahat ni, aku memang tabik spring. Tahap otak geliga dia tu rasa macam ada chip! Lakonan dia pun best (Sebab berjaya buat aku rasa nak masuk Tv, hempuk kepala dia). Tapi kan... credit diberi pada penulis skrip ni la. Otak dia yang bijak sebab cipta watak si jahat yang bijak macam Cha Min Ho ni. (Serius, dalam banyak-banyak jenis penjahat, aku suka penjahata yang bijak!) 

   Mulanya aku fikir, kawan hero yang jahat dan fikir watak Cha Min Ho tu cuma nak kaburkan penjahat yang sebenar, alih-alih, aku salah! Siapa penjahat dia???

   Si penjahat fikir, dia cukup bijak. Dia tak tahu, kepala otak si hero yang lagi bijak. (Sebab tu la, kalau kita nak tangkap si jahat yang bijak, kita kena jadi bijak juga. Sama juga, jika kita ingin menjerat penjahat yang kejam, kita kena jadi kejam! Tak lupa, penjahat yang licik. Kita kena jadi licik juga) 

   Part paling tak ku sangka, part lee sung gyoo @ Lee sung kyu. Rupanya dia ada kena mengena! Dalam drama ni, kita boleh lihat persahabatan, kepercayaan, pengkhinatan, rasuah, kekuasaan wang (Tapi wang kalah juga dengan kebenaran), kekeluargaan, kasih sayang dan macam-macam lagi la. Sebab tu kena tengok!

Serius, setiap episod akan ada banyak persoalan dan debaran. Kulit muka pun boleh tegang! (Terlampau memuji kah?) Hahaha.. Pokoknya aku suka!









You Might Also Like

0 comments