Babak vs babak

01:29



Tengok tajuk,  babak vs babak... apa yang babak nak lawan babak tu? Ermm... 
senang cerita babak yang selalu aku tulis atau cipta (dalam dunia fantasi) lawan babak sebenar yang terjadi dalam realiti.  

BABAK 1

(FANTASI)

seorang gadis di stesen minyak diminta oleh ayahnya membayar duit di kaunter dan membeli air untuk diisi ke dalam tangki air kereta. Dengan selambanya si minah pun menapak dan terus menapak ke masuk ke dalam mini shop kedai minyak itu. Usai urusan, dia pun keluar. Satu tapak keluar dari pintu, tup..tup....

Bom!!! (Anggap je bunyi buruh)

Satu jejaka kacak (Dalam konteks tall, dark, hensem, bukannya muka jambu) berjalan. Nak dijadikan cerita, jejaka idaman tu pun terpandangkan dia. Dua mata saling bertentangan. Isyarat nada-nada cinta berpusing-pusing di dalam sukma. Akal dan hati memujuk untuk terus menghampiri jejaka itu. 

Nak buat apa? Nak berkenalan la. Dalam diam juga, si jejaka mengintai si gadis. Hati ikut mendesak mendekati gadis itu berkenalan. Perlahan-lahan mereka saling mendekati dan bertukar nombor telefon. Mulai dari situ, hubungan pun mula terjalin.

VS

( REALITI )

seorang gadis diminta ayahnya membeli air di stesen minyak untuk mengisi tangki air kereta. Ayah dah suruh, wajib la kena turut. Usai membeli, dia pun keluar. Menyerahkan botol air tadi kepada ayahnya. Saat dia meliar-liarkan matanya, tiba-tiba...

Bam!!! (Bunyi guruh macam tadi)

Ada seorang jejaka tall, dark, hensem, tengah pandang dia. Mula la hati menggedik. Macam ada bunga api menghiasi dada-dada langit. cepat-cepat dia kontrol ayu (Gedik gila kan?).

 Baru lima saat saling berpandangan, tiba-tiba... 

"Hoi, aku suruh beli air mineral biasa, yang hang beli mineral ais, kenapa? Hang tak pakai otak ke? Air ais nak letak dalam tangki. Ish! Gunalah akal sikit!" 

Terlerai terus pandangan tadi. Mata si gadis membesar. pipi merah. Mana taknya, si ayah dah menjerkah dekat belakang.  (Nampak jejaka, kononnya ada guruh berdentum. sekarang ambil kau, ayah kau dah jadi kilat dekat belakang.)

Dengan muka tahan malu, si gadis cepat-cepat lompat masuk kereta. uwaaa.... nak menangis!
Dari dalam kereta, dia intai si jejaka. Cis! Hampas gas betul! 

Si jejaka dah ketawa sampai berhiggut bahu. 

Si gadis ketap gigi. Malu!!!
Baru nak kuch-kuch hota hai, dah spoil. (Ayah oh ayah) Moralnya, lepas ni jangan gatal nak acah-acah kaho na Pyar ra hai bila jalan bersama family. Redha aje la. 

Yang benar, 
sob... sob...


BABAK 2

BAYARAN CASH!

(FANTASI) 

Seorang perempuan duduk dalam kereta sambil menunggu ayah dan emaknya membeli ikan kering. Asyik tunggu, tiba-tiba ada satu motor berhenti di seberang jalan. Malas nak tunggu dalam kereta, dia pun keluar. bersandar menghirup udara di bumi ciptaan Allah. 

asyik tunggu, tiba-tiba rasa ada orang perhatikan dia. Tu, orang tua gigi tak berapa nak ada tengah tersengih-sengih tengok dia. Mulanya dia biarkan. Tapi bila mata tua tu pula dah mula menggatal, darah menyirap naik. 

'ingat aku pakai baju kurung, ala-ala wanita terakhir, aku biarkan kau tenung aku? Meh aku tunjuk macam mana wanita terakhir, jadi 'wanita tak berapa nak akhir.'

Lengan baju disingsing. kain diangkat tinggi, Lipatan tudung tepi pipi, dikemaskan. Dengan muka ketat, menonong dia jalan nak sound pak cik tu. Bukan apa, nak tanya aje, apa yang pak cik tu tersengih-sengih? Ada tahi lembu tercalit dekat baju dia ke? 

Lagi lima tapak nak dekat dengan pak cik tu, tiba-tiba bini pak cik tu datang, terus ambil tempat di belakang pak cik gigi tak ada tu.

Terbantut niat perempuan tadi. Gila nak 'sound' depan bini pak cik tu. Terus dia pusing macam spring, balik ke kereta. Nak jadikan cerita, elok dia berpusing tiba-tiba... 

"Kacaknya..." mata juling tengok lelaki yang tiba-tiba muncul. 

"Abah dengan mak nak pergi rumah Rahman. Kamu balik la dulu." Pak cik tak ada gigi tadi, bersuara. 

Perempuan tu? Pegang pipi... Anak pak cik tu??? Nasib tak saound tadi. Dan mata mula dikerdip-kerdip. (Mana tahu dapat berkenalan.) 

Anak pak cik itu pun tersenyum. 

VS 

( Realiti )
Seorang gadis duduk dalam kereta menunggu ayah dan emaknya beli ikan kering. Bosan tunggu, dia keluar. Elok bersandar pada badan kereta, tup-tup ada pak cik tak ada gigi tersengih-sengih. Mulanya dia diam, tapi bila mata tua tu meliar macam nak minta penampar, dia tersenyum sinis. 

'Ni dah melampau. Cun sangat ke aku sampai pandang tak berkelip?' 

Perempuan tu menjeling. Tapi pak cik tu tetap tak faham bahasa. Bila dah orang tu tak faham bahasa, si perempuan berpaling dengan mata sama tahap dengan ular jumpa mangsa. Lengan baju disingsing. Urat kepala dibetulkan (Gaya samseng)

'Nak tengok sangat kan? Aku pergi depan kau, kau tengok puas-puas. lepas tu konfem aku bush kau sampai dua gigi tertinggal tu, jatuh menyembah bumi!'

Laju perempuan tu buka langkah. Disebabkan hati yang panas sebab pandangan gatal pak cik tadi, dia tak sempat tengok depan. alih-alih... 

"Mak!!!" 

Semua mata terarah pada dia. Muka semua terkejut beruk tengok perempuan tu dah terjunam masuk dalam longkang. 

Tak sempat nak 'hambur' pak cik tu, dia dulu dapat musibah. Itu namanya bayaran cash di muka bumi.

p/s : Perasan aje pak cik tu tengok dia. entah-entah pak cik tu tengok pemandangan di belakang dia atau tengok benda lain. Moral dia, jangan perasan sangat. Jangan tahu nak naik marah. Singkirkan negatif, terapkan positif la cik oi!
...........

Perhatian : Bahagian Fantasi tu, sah-sah rekaan semata-mata. Tapi yang realiti tu, memang terjadi sungguh. Jangan tanya siapa sebab 'orang' tu tak kan mengaku punya.... 

sob sob!!!!!





You Might Also Like

0 comments