Cerpen hatiku terlekat cinta CEO

02:21


Related image

   “Aduh!” aduh Fadira dengan kaki mula terdorong sedikit ke belakang. Dahinya yang terhantuk pada benda keras diusap-usap.

Apa malangnya hari ni. Tadi dekat gerai Cool Blog dia tertolak bekas kaca sampai berderai jatuh. Tak pasal-pasal melayang duit dia dua puluh ringgit! Sekarang bila nak ke tandas, terhantuk pula. Kalau dia tahu semua ni terjadi, tak ada maknanya dia nak keluar jalan-jalan seorang diri. Dah la bosan, duit melayang siap dapat sakit dahi lagi. Memang malang!

“Cik, sorry. Saya keluar tandas tadi tak perasankan cik.”

Mendengarkan ucapan maaf itu, Fadira mencebik. ‘Maaf konon! ingat kepala aku ni tukul keras ke. Lain kali kalau nak keluar tu hati-hati la sikit!’ rungut hatinya geram. Dia mengeluh berat sebelum mengangkat wajahnya. Nak tahu siapa lelaki yang begitu bertuah buat dahinya di cop rasa sakit. Dah la dahinya betul-betul terhantuk pada butang baju lelaki tu. Memang sakit ar!

“Mak ai! Hensemnya.” Hatinya terkejut melihat muka lelaki yang sikit punya hensem. Kalau macam ni, memang hensem tahap bapak singa dah ni! Lelaki hensem ni langgar aku? Biar betul!

“Hello. Cik, are you okey.” Suara garau tadi kedengaran.

Fadira terpana. Dia tersedar dan mula la dia tarik senyuman tawar. Macam mana la dia boleh teruja tengok muka hensem di hadapannya. Nasib tak ternganga tadi. Tapi serius kut. Seumur hidup, tak pernah dia tertembung dengan lelaki muka cantik, hensem, kacak, segak dan bla..bla..bla..

“Cik!” suara garau tadi sedikit kuat.

Terangkat bahu Fadira jadinya. Bulat matanya memandang lelaki berkaca mata hitam di depannya. Penuh karisma kut. Asyik menilik lelaki tu sekali lagi, tiba-tiba rasa nak terkuncil tu datang dengan hebat sekali. Matanya memandang muka tandas wanita dan kemudiannya memandang lelaki tadi. Rasanya tandas lagi penting dari wajah kacak tu kut.

“Tak pa! Saya okey. Tapi lain kali hati-hati la sikit. Ni tempat awam. Lagi satu tak payah la nak pakai cermin mata tu. Karang orang ingat awak buta pula. Okey, saya pergi dulu. Emergency ni!” ucap Fadira senafas sebelum melangkah laju ke arah tandas.

Berkerut dahi lelaki tadi melihat perempuan bertudung yang berlalu pergi. Dia tersenyum nipis sebelum melangkah pergi.





“Aku bagi kau amaran yang terakhir! Sekali lagi kau ganggu Dhiya, kau tahu apa aku nak buat!” jari telunjuknya diangkat tepat pada batang hidung Arin Haikal. Nafasnya naik turun menahan marah pada lelaki yang tersenyum mengejek pada dirinya.

Arin Haikal. Pelakon terkenal. Siapa tak kenal. Sebut saja Arin, semua perempuan tergila-gilakannya.

“Kalau aku nak permainkan dia juga, apa kau nak buat. Silap! Bukan apa kau nak buat tapi apa kau boleh buat?” sinis Arin Haikal.

Hadiff Aiman mengetap bibir. Nampaknya pelakon terkenal ni cuba bermain dengan api! Tak pa, siapa yang bermain api, pasti akan terhidu asapnya kan. Apa? Arin ingat dia tak mampu nak kotakan apa yang diaktanya.

“Kau tanya aku apa yang aku boleh buat. Arin, kau kenal aku kan. Kau tahu siapa aku dan pengaruh aku. Sekelip mata je aku boleh musnahkan carrier kau. Macam mana? Macam ni!” tiba-tiba saja Hadiff menyeluk poketnya. sesaat kemudian, dia membaling kepingan-kepingan foto di tangannya pada Arin. Kali ni giliran dia pula tersenyum sinis.

Dahi Arin berkerut seribu. Dia tunduk mengutip foto yang mula jatuh ke lantai. Bulat matanya memandang foto-foto yang bertaburan. Bermacam-macam scene. Aksi dia berpeluk di disko, aksi dia berenang dengan gadis seksi yang terlampau seksi dan ada juga gambar dia sedang berkiss dengan seorang gadis. Tapi yang paling penting, ketiga-tiga gadis itu adalah gadis berlainan. Sah! Dia dah kantoi.

“Apa kau nak aku buat!” soalanya pantas. Geram juga dia dengan akal licik Hadiff. Seorang usahawan yang terkenal dengan keluarga yang berpengaruh. Memang petik jari je la kalau nak menjatuhkan selebriti sepertinya. Dia kenal Hadiff dan tahu betapa tegasnya lelaki itu. Muka nampak baik tapi akal licik.

“Aku nak kau tinggalkan Dhiya! Lelaki buaya tembaga macam kau tak layak untuk dia. Faham!”

“Kalau aku tak nak?” cabar Arin.

“Bersedia la. Bersedia dengan media attack ke atas kau. Kau nak? Aku boleh buat kau jadi papa kedana la Arin.” Ugut Hadiff.

“Baik! Kalau tu kau nak aku akan buat. Tapi aku tak tanggung kalau dia yang cari aku. Kau sendiri tahu macam mana obsesnya Dhiya pada aku kan?” jawab Arin.

“Pasal dia kau tak payah risau. Tapi ingat, sekali aku nampak dia dengan kau, Kau mesti bersedia hadapi apa yang dipanggil penghinaan. Faham!” mata Hadiff membulat memandang artis kegilaaan ramai tu. Tapi kesian. Orang macam ni boleh diminati. Kalau la semua orang tahu siapa Arin Haikal sebenarnya.

“Klik!”

Bunyi kemera membuatkan kedua-dua pemuda yang bertikam lidah tersentak. Pantas mata mereka menangkap tubuh di muka pintu dengan rasa terkejut.

“Siapa tu?” soal Hadiff yang mula berlari ke arah muka pintu yang sedikit terbuka. Sengaja dia memilih bertemu Arin di kawasan tangga pusat membeli belah itu. Kalau jumpa dekat tempat terbuka, mahu semua serbu Arin. Artis la katakan.

Saat dia mula menghampiri pintu itu, tubuh tadi sudah jauh melarikan diri. Dia mendengus! Perempuan tu terdengar bicaranya kah? Argh! Lantaklah! Peduli apa dia. Dia kembali melangkah ke arah Arin Haikal yang selamba bersandar di tiang tangga. Dia mendengus kasar!







“Gila! pelakon tu dengan mamat hensem tadi bergaduh. Wau! Macam drama. Tapi dalam banyak-banyak orang, aku pula termengendap mamat dua orang tu. Tapi betul ke Arin Haikal yang meletup bagai nak gila tu memang buaya punya gigi. Suka ngap awek. Kalau macam ni berita hangat oh!” Fadira bercakap sendrii dengan lagak tak percaya.

Tadi lepas saja dia keluar dari tandas dia berjalan sampai dia terdengar bunyi bising dari pintu tangga. Setahu dia pekerja je guna tangga tu tapi apa yang kecoh sangat. Tak sempat tahan rasa nak tahu, cepat je tangannya tolak pintu. Tergamam dia bila tengok muka Arin Hikal yang tercongok depan mamat hensem yang tertembung depan tandas tadi. Sebab tergamam tengok dua lelaki hensem tu, semua bicara mamat-mamat tu dia dengar.

Saat lelaki hensem tu baling gambar pada Arin Haikal, dia tak sedar yang gambar tu dah terlayang ke muka pintu. Bila Fadira nampak je dia kutip la. Nak tunggu lagi? Memang tak la. macam nak terkeluar biji matanya tengok Ari Haikal dengan minah salih berpelukan dengan pakai sut mandi yang teramatlah seksi. Tapi entah macam mana, dia boleh pula terfikir nak tangkap gambar. Main tangkap je sampai tak letak mood senyap. Apa lagi, dua orang mamat tu tersedar la. Tapi nasib dia sempat lari kalau tak, memang nahas!

“Tapi kenapa la mamat hensem tu garang macam moyang rimau. Takut aku. Kesian Arin kena marah free. Tapi dia orang bergaduh pasal perempuan tak silap tadi. sah! Ni mesti kes berebut awek. Nak berebut awek kenapa. Aku ni kosong lagi, ambil aku je la. Senang cerita! Tutup buku jodoh!”

Matanya di liar sekeliling kawasan food court. Banyak-banyak tempat, dia sembunyi di food court. Siap tunduk lagi tu. Minta-minta mamat-mamat tadi tak perasan. Tapi best gila tengok real acting pelakon terkenal dengan hero kacak tahap gaban. Kalau kemera dia tak keluar bunyi tadi, mesti dia dapat rakam aksi mamat-mamat tu bergaduh. Berita panas yang terlampau hangit tu.

“Hello.” Ujar satu suara tiba-tiba.

Fadira tersentak. Dia mula mengangkat wajah. Saat itu bibirnya terangkat dengan muka pelik.

“Mak ai! Mai mana pula lelaki ala-laa korea ni tersesat. Dengan leher berbelit dengan kain. Siap dengan cermin mata hitam dengan cap lagi. Dia ingat negara Malaysia ni sejuk sangat ke sampai pakai macam tu. Nak kata gila, nampak macam betul. Nak kata betul, gaya macam orang gila.” kutuk hati Fadira.

“Encik hello dekat saya ke?” ujar Fadira sedikit aneh.

Lelaki tadi tersenyum sambil mengangguk.

Fadira terkejut. Cepat saja dia berdiri dari mejanya. Ternyata dia pendek dari mamat pakaian pelik ni. Tapi tak kisah la cuma yang kisahnya, aku tak kenal, dia say hello apa hal? Silap orang ke ni?

“Maaf encik, encik silap orang la. Tak pa, saya pergi dulu.” Kelam-kabut Fadira larikan diri. Tak sanggup dia nak berhadapan dengan lelaki yang tiba-tiba datang. Karang dia kena pukau, habis semuanya. Dunia sekarang dah banyak orang main pukau-pukau ni. Dia tak nak jadi mangsa. Sebelum apa terjadi, baik dia blah dulu!







“Cik!” jeritan yang betul-betul di belakangnya membuatkan Fadira tersentak.

“Kus semangat! Siapa pula yang bukak hon mulut tanpa isyarat ni. Nak bikin telinga aku pekak awal ke!” marah hatinya. Dengan sekali pusing, dia sudah menghadap lelaki di belakangnya. Matanya membulat dengan kakinya mula terdorong ke belakang.

“Encik! Kan saya dah kata encik salah orang. Simpan je hello encik tu.” ucap Fadira kalut. Kunci kereta dibawa keluar.

“Tunggu! Saya ni.” ucap lelaki tadi. Cermin mata dan topinya dibuka menghadap Fadira.

“Arin Haikal!” Fadira tak percaya. Mulutnya ternganga sebentar sementara Arin memakai topi dan kaca matanya kembali.

“Kalau ya pun terkejut, tutup la mulut tu dulu. Nanti bapak lalat masuk, free je dapat makan tengah hari.”

Fadira tersedar. Mulutnya dikatup kejap. Melihat Arin Haikal di depan dia tak percaya tapi dalam tak percayanya, dia mula teringatkan gambar yang dilihatnya tadi. Dia melihat Arin Haikal yang memerhatikan bibirnya. Pantas saja mulutnya digumam. Lelaki gatal plus hensem macam Arin ni tak boleh di percayai!

“Mata tu jaga sikit!” ucapnya tanpa tahan.

Arin Haikal terkejut. “Pardon?”

   “Dia ni tak faham la pula!” rungut Fadira kuat. Tanpa kata dia menghadang bibirnya dengan tapak tangannya. Kalau macam ni tak da la Arin Haikal yang gatal tahap biawak tu nak mengusha bibirnya yang fresh tu.

   “Awak tu tolong jaga mata awak tu. Dah la buaya!” sedasnya tanpa sedar. Bila tersedar dia terlepas cakap, mulutnya dikatup rapat.

“Apa?” Arin Haikal terpana dan tak lama kemudian dia tersenyum sinis. “Jadi saya tak silap. Memang awak la pengendap tu kan!” tuduh Arin dengan keyakinan tahap seribu persen!

“Pengendap?” Tiba-tiba Fadira geram. Adakah muka comel macam ni dikatakan pengendap. “Tu bukan hendap tapi tercuri tengok!” tanpa sedar dia sudah mengaku.

“Jadi sekarang memang betul la awak yang dekat belakang pintu tadi. Bukan penghendap tapi tercuri dengar. Ada ke orang tercuri dengar sipa tangkap gambar sekali?” perli Arin sinis. dia menilik wajah gadis di hadapannya. Comel tapi sayang bukan taste dia. Tapi dia dah sediakan rancangan baik punya hari ni. Khas buat gadis manis di depannya.

Fadira tergamam. Lidahnya kelu. “Saya..”

“Apa? Nak ambil gambar tu dan buat cerita mengarut tentang pelakon hebat macam saya ni. Nak jadi kaya dengan jual cerita orang, macam tu?” tuduh Arin Haikal selamba.

Terbutang mata Fadira jadinya. Dia melihat muka hensem di depannya. Sakitnya hati dituduh macam tu. Siapa kata dia nak buat cerita? Sedap tuduh je. Sekarang ni muka hensem pun dah nampak macam belacan. Selain buaya tembaga, pelakon terkenal Arin Haikal adalah seorang lelaki gila yang mulut tak reti jaga!

“Siapa kata saya nak buat cerita? Tu bukan buat cerita tapi memang kenyataan. Arin Haikal yang kononnya pelakon laki hensem yang terkenal tu sebenarnya kaki perempuan. Kaki perempuan atau dikenali sebagai lelaki buaya darat, buaya laut, buaya tembaga, buaya perak dan segala buaya di dunia ni. Itu kenyataannya!” laung Fadira kuat dengan penuh bangga.

“Hoi! Diam la sikit!”

“Apa diam? Takut semua orang tahu yang perangai awak yang sebenarnya macam mana. Muka hensem tapi perangai out! Daripada melayan artis macam awak, lebih baik saya balik!” Tanpa membuang masa, butang di kunci keretanya ditekan.

“Arin!”

Sura jeritan tiba-tiba membuatkan Arin Haikal dan Fadira yang baru mahu menerobos ke dalam kereta terpaku. Dia menelan air liur melihat lelaki yang melangkah penuh karisma. Fuyoo! Macam hero Hindustan yang kacak, putih melepak. Tiba-tiba saja terasa kunci kereta ditangan dirampas kasar.

“Kunci aku!” mencerlun mata bundar Fadira memandang Arin. Inikah makhluk yang kawan aku puja sangat tu. Nasib la aku ni tak gila pada pelakon Arin ni. Kalau tak memang aku terlompat seronok dekat sini. Tapi kalau ni la perangai sebenar Arin Haikal ni, memang confirm, lepas ni kalau nampak Arin Haikal dia menyorok bawah kereta!

“Kau nak apa panggil aku dekat sini. Tak cukup lagi dengan amaran aku?” Hadiff Aiman menyoal selamba. Sempat juga dia menilik muka perempuan bertudung di hadapan Arin. Wah! Arin dah tukar selera ke.

“Siapa dia? Mangsa terbaru?” soal Hadiff dengan gaya jengkel. Dah puas dengan perempuan seksi sekarang cari perempuan kampung pula. Perangai buaya tak berubah!

‘Mangsa? Siapa? Aku kah? Siapa nak jadi mangsa kaki ngap perempuan ni. Minta simpang!”

“Apa kau ni Dif. Macam ni kau kata mangsa terbaru aku?” Arin memandang Fadira atas bawah, atas bawah. “Ni bukan taste aku. Perempuan macam ni bukan taste aku. Ni taste out namanya.” Sesedap rasa saja Arin menghina. Bukan hina belakang tapi depan batang hidung sendiri.

Hadiff ketawa sinis. Dia dah tahu. Dia memandang perempuan yang dikutuk depan-depan itu. Rasa macam pernah nampak. Dia ingat. Kalau tak silap itu perempuan yang dilanggar di hadapan tandas tadi.

“Kau dengar apa dia cakap? Kau bukan taste dia. Siapa kau?” kali ini bicara tadi dituju pada Fadira yang sedang menahan geram dengan ucapan Arin. Macam la dia ni teruk sangat. Kalau la aku mampu cekik-cekik lelaki pujaan ramai tu, alangkah indahnya hidup!

Fadira mengenggam tangannya erat. Marah ni! Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Asam di dalam poket seluarnya dikeluarkan. Asam ditangan digenggam erat sambil melangkah ke arah Arin.

“Saya bukan taste awak. Perempuan macam saya bukan taste awak.” Soalnya pada Arin. Arin hanya mencebik selamba.

“Tapi ini taste awak!” sekali dengan suaranya yang kuat, asam tadi sudah bertemu dengan bibir Arin. Arin Haikal terkejut. Bibir yang terasa masam dijilat. Masam!

“Tu baru asam. Lain kali kalau nak mengata depan-depan bagi tahu. Boleh saya sediakan cabai. Biar digayang cabai tu dalam mulut awak. Baru diam setahun!” luah Fadira penuh rasa geram. Kalau la dia beli cili tadi, mesti dah jadi halwa mulut mamat pelakon perasan bagus ni.

“Gila ke ha!” pekik Arin. Bibirnya dikelap ganas.

Hadif yang melihat ketawa besar. First time tengok muka kelat pelakon popular ni. Entah mana perempuan ni muncul tapi rasanya hari ni dah jadi hari best dia. Good job!

“Seronoknya ketawa. Nak juga ke!” jeling Fadira pada Hadiff. Hensem tak hensem. Bila dah marah, dia tak kisah siapa dah. Habis jatuh air muka hari ni!

“Kau ni memang gila. tadi kau menghendap kami dengan tangkap gambar sekali. Sekarang kau buat perangai meroyan dekat sini. Dasar perempuan kampung!” sekali lagi Arin menghina depan batang hidung Fadira.

“Tak kisah la aku perempuan kampung, asalkan aku tak jadi buaya macam kau. Semua buanya dekat dunia ni kau sapu. Pendek kata kau tu sama spesies dengan makhluk bernama buaya. Nak ngap perempuan je tahu. Miang! Gatal! Nah ambik balik gambar kau yang tak senonoh ni!” Gambar yang diambil dari kocek direnyuk sebelum membaling tepat di hadapan Arin. Geram tahap biawak!

“Wait! Jadi kau la yang mengendap kami tadi!” Hadiff mencelah tiba-tiba.

Spontan kepala Fadira terpusing ke arah Hadiff. Dia mengeluh. Ni lagi seorang tuduh dia mengendap. Sudah ku bilang itu bukan mengendap tapi terdengar.

“Bukan mengendap, tapi terdengar. Yang korang berdua ni pasal perempuan pun nak bergaduh. Punya berlambak perempuan dekat dunia ni, korang boleh berebut. Kalau susah sangat, korang cari perempuan seorang, lepas tu bedah biar jadi muka perempuan yang korang berebutkan tu. senang! Dua-dua dapat!” Bila dah marah mula la semua benda merapu, merepek keluar dari mulutnya.

“Hoi! Kau cakap apa ni. Aku tanya kau mengendap kami tu apa hal bukan suruh kau melalut sampai pembedahan plastik. Meroyan ke apa?” Hadif melangkah ke arah Fadira. Dia memang pantang dengan perempuan yang suka merapu ni. Macam tak berpelajaran!

“Aku bukan mengendap tapi terngendap. Yang korang pi bergaduh sampai ke luar boleh dengar apa hal. Tak salah la aku kalau aku terdengar!” saat sampai pada perkataan terdengar tu Fadira menekankan suaranya. Dia nak smeua tahu dia hanya ter..dengar!

“Stop! Yang korang pula nak bergaduh ni apa hal. Yang kau ni, dengan semua orang kau nak bergaduh kenapa? Nak jadi perempuan samseng dekat sini?” Arin mencelah. Rasa masa dimulutnya masih terasa. I hate sour!

“Memang la aku nak jadi samseng. Dengan lelaki-lelaki jahat macam korang ni tak boleh buat baik. Seorang pelakon terkenal tapi hampeh. Seorang lagi hensem tahap tingkat seratus tapi suara tu asyik nak naik je. Macam tertelan mikeropon. Pening!”

“Kau!” Hadif terpana. Adakah suaranya di samakan dengan pembesar suara. Nasib tak samakan dengan speaker kelab dangdut!

Tiba-tiba saja disekeliling mereka terasa sedikit bising. Derap kaki yang berlari menjadi halwa telinga mereka. Spontan mereka memandang sekeliling dan saat itu mata Hadiff terbuka luas. Fadira yang tak tahu apa-apa hanya terkedu. Siapa orang-orang yang berlari ke arah meraka? Dengan pegang kamera segala. Cuma Arin yang tersenyum lebar.

“Buat pengetahuan semua, inilah kekasih Encik Hadiff Aiman. Ceo Putra Iman jaya yang terkenal di seluruh dunia. Ini kekasih dan juga bakal isterinya.” Umum Arin Haikal ceria sambil memandang wartawan yang mula memenuhi. Memang dia yang merencanakan semua ni. Hadiff ingat boleh ugut dia begitu saja. Ugutan mesti dibalas dengan bijak sekali.

Hadiff Aiman dan Fadira sama-sama tergamam. Hanya mata mereka memandang Arin sebelum lensa kamera asyik terlekat di wajah mereka berdua. Saat itu Fadira rasa dunia memang kelam gila! Kelam gila-gila!







“Awak ni memang stone eh?” soal Fadira sambil memandang Hadif yang enak membaca buku. Dia bukan apa, hujung minggu macam ni mula la di kebosanan. Bila bosan mula la nak mengacau. Mengacau stone yang tengah baca buku orang putih. Best ke?

Hadif menutup buku yang dibacanya. Dia memandang isterinya yang sudah duduk di sebelahnya siap tompang dagu lagi. Dia mengeluh. Tak pasal-pasal dia terpaksa dengan perempuan yang dia sendiri tak kenal. Disebabkan Arin, satu Malaysia menganggap dia dah berpunya. Mama dan papanya bukan nak marah tapi lagi suka. Siap suruh kahwin cepat lagi. Yang peliknya, boleh pula mama terima perempuan yang datang entah dari mana ni malah siap boleh jadi geng lagi. Gila! Datin yang kenal dengan sikap cerewet tu boleh pula kamceng dengan budak seorang. Akhirnya dia terpaksa juga kahwin. Liputan media dah meluas.

Yang si Fadira ni pula, terpaksa. Dah muka terpampang depan kaca televisyen, memang mak bapak dia tahu la anak gadis mereka masuk Tv. Bila keluarga Hadif masuk minang, boleh pula jawab yes tanpa tanya Fadira. Dia orang ingat memang betul la anak gadis mereka yang comel tu bercinta dengan anak Dato tekenal. Akhirnya dua-dua terpaksa kahwin.

“Apa?” kening Fadira terjongket melihat suami yang sudah sebulan berkahwin dengannya. Sampai sekarang dia tak boleh tak teringat macma mana takutnya dia masa nak diijab kabulkan. Masa tu mata dah berpusing-pusing cari tingkap terbuka. Boleh la dia lari tapi hempeh. Akhirnya Fadira menjadi isteri sah Hadif Aiman atau nama glamour stone man.

“Boleh tak jangan pandang macam tu?” tegur Fadira geram. Kenapa tiba-tiba hati gelisah bila suaminya pandang begitu. Rasa meremang habis bulu tengkuk. Seram!

“Kenapa? Tak kan pandang isteri sendiri pun tak boleh?” perli Hadif dengan bibir sudah terjongket sinis.

Fadira mengeluh. Pak cik Sinis dah keluar dah. Dari stone jadi sinis la pula.

“Tak pa. Awak nak tengok saya lelama pun tak pa. Meh sini tengok saya puas-puas.” Fadira senyum manis. Muka Hadif di pegang dan dihadapkan padanya. Nak sangat tengok aku kan. Sekarang tengok.

“Apa ni?” Hadif mendengus. Tangan Fadira dirungkai ganas.

Fadira mencebik. “Tadi nak tengok sangat. Orang bagi tengok, tak nak pula. Batu!” omel Fadira kuat. Wajah suaminya dikerling.

Apa guna dapat suami hensem tapi hidup macam patung. Elok-elok dah dia berangan nak dapat jodoh yang romantik. Yang boleh caring setiap hari. Ni bukan setakat tak dapat yang romantik, nak senyum pun payah. Realiti hidup. Ni semua Arin punya pasal. Ikukan hati nak je dia tabur tanah dalam periuk nasi lelaki tu tapi nasib dia ada iman. Tak baik nak tutup periuk nasi orang lain.

Tapi apa yang Arin buat memang melampau. Memanglah Arin tak tutup periuk nasi dia malah disebabkan Arin periuk nasi dia bertambah. Maklumlah kahwin dengan anak orang kaya. Tapi dia tak nak orang kaya harta tapi nak kaya kasih sayang. Hidup macam ni memang gila bosan.

“Awak ni tak bosan ke ha? Menghadap buku je. Nasib muka awak tu tak skema!”

“Kau ni kenapa? mulut tu tak reti nak katup ke?” marah Hadif bila perhatiannya terganggu.

“Awak tanya saya kenapa? Saya bosan la. Jom main game nak tak. Kita calas playstation adik awak.” Fadira buat cadangan sikit punya baik.

“Pap!”

“Aduh!” Fadira menjerit kesakitan. Dia mendengus memandang Hadif. Buku tebal tu boleh dihempap atas kepala dia. Tak sayang bini betul la di Hadif ni. Tapi memang dia tak sayang aku pun. Dia kan anggap aku macam orang luar je.

“Sakit! lain kali buat cadangan tu lagi. kau ingat aku budak-budak nak main benda macam tu. kau tu lain la. bajet dewasa tapi otak kanak-kanak. Baca komik la, tengok kartun la siap ada set video Barbie lagi tu. Memang budak-budak!”

“Biarlah. Tu hiburan untuk saya. Saya tak nak jadi batu macam awak!” selamba saja dia mengutuk suami sendiri langsung tak bertapis.

Hadif menggeleng perlahan. dah acap kali dia kena cop batu. Mula-mula dia memang la marah tapi dah sebulan, dia jadi lali. Tapi untuk mengangap Fadira isteri, dia tak punya kekuatan.

Fadira mengeluh. Macam ni la setiap hari. Mereka berdua bagaikan orang asing. Kekadang dia rasa nak menangis tapi dia selalu berpesan supaya menjadi kuat. Impiannya, bila berkahwin sekali biarlah ianya kekal. Disebabkan itu dia cuba menarik perhatian suaminya dan kekadang dia sendiri cuba mengorat suaminya. Tapi Hadif memang batu. Langsung tak ada perasaan.

Mata yang terliar-liar terhenti di suatu arah. Dia tersenyum sikit. Tanpa kata, dia mula bersandar pada bahu Hadif. Dia tenang begitu.

“Hish! apa kau ni!” Hadif menolak kepala yang bersandar dibahunya. Ingat bahunya bantal ke ha?

“Sekejap la! Nanti saya tak boleh nak sandar lagi dah.” ucap Fadira.

Dahi Hadif berkerit seribu. “Kenapa?” soalnya.

Fadira mengangkat kepalanya. Cukuplah dia bersandar di situ walaupun hanya beberapa saat. “Sebab dia yang awak cinta dah datang.” Ujarnya sambil menunjuk pada suatu arah. Tanpa berlengah lagi dia mula melangkah pergi. Melangkah meninggalkan Hadif sendiri di taman mini itu.

Hadif memandang ke arah yang ditunjuk oleh Fadira. Dari jauh dia mula melihat Dhiya yang melangkah ke arahnya. Tiba-tiba hatinya jadi tak keruan. Dia sendiri tak pasti kenapa jadi begitu. Entah tak keruan kerana Dhiya atau melihat Fadira yang sudah jauh melangkah oergi.





Air mata yang cuba ditahan jatuh juga. Tangannya erat memeluk lututnya. Semakin lama, esak tangis yang ditahannya keluar juga. Sungguh hatinya tak kuat. Memang mereka tak kahwin kerana cinta tapi bila sudah menajdi isteri rasa sayang tu sudah mengetuk hati dan saat ini cinta pula bersemi. Tapi Hadif langsung tak mengerti malah tak mahu mengerti. Entah sampai bila dia perlu menerima kenyataan bahawa suami sendiri mencintai perempuan lain. Sungguh jiwanya sakit!

“Hadif, kenapa la awak tak nak faham. Saya sakit hati bila tengok awak dengan dia. Kalau betul awak tak suka saya pun, pergi la jumpa dia sengap-sengap biar saya tak tahu. Awak tahu macam amna hancurnya hati saya bila tengok awak dengan perempuan lain. Awak tahu tak!” ngngoinya sedih. Air mata semakin membanjiri.

“Tapi saya janji. Selagi saya masih mampu menahan air mata saya dari tumpah di depan awak, selagi tu saya akan ada disamping awak. Tapi saya sendiri tak pasti sampai bila saya mempu bertahan.” Tersekat-sekat suaranya melafazkan janji. Entah berapakali dia menangis dalam diam hingga kekadang dia terasa macam hampir gila.

Di belakang dia menangis, dia hadapan dia ketawa. Tapi semua ketawa itu palsu kerana hakikatnya hatin sedang menangis dalam diam. Kesenduan yang semakin merajai hati membuatkan jiwanya nanar. Tapi andai Hadif bukan jodohnya pasti suatu saat mereka akan terpisah. Cuma dia tak tahu bila saat itu akan tiba.







Terasa kepaalnya dilap dengan air sejuk. Dahinya berkerut sebelum membuka mata perlahan-lahan. Bila matanya mula membulat, dia mula bangun dari pembaringan.

“Siapa suruh kau datang dekat katil aku ni ha?” tengking Hadif terkejut. Tuala didahinya dilempar begitu saja.

Fadira tersentak. Terasa jiwanya dihentak dengan benda berat tapi sedaya upaya dia mempamerkan wajah tak bersalah. Siapa mampu tahan bila suami menengking hanya kerana dia mendekati katil. Memang awal-awal lagi Hadif kata yang dia tak diizinkan sentuh katil malah jangan sesekali bermimpi nak tidur di situ. Tapi salahkah seorang isteri mahu menghampiri suaminya sendiri?

“Saya bukan sengaja tapi awak demam. Kalau suhu badan awak meningkat macam mana?”

“Argh!!!! Tak payah nak tunjuk baik la! Kau menyusahkan betul. Bosan betul aku tengok muka kau. Bangun tidur muka kau. Menyemak!” dengus Hadif kasar sebelum bangun dengan tiba-tiba.

Fadira terkedu. Semakin hari perangai Hadif semakin kasar. Dia tak tahu apa sebabnya tapi apa yang dia tahu sejak dua menjak ni Dhiya selalu datang ke rumah mereka. Mungkinkah suaminya mahukan perpisahan jadi suaminya melayan dirinya dengan buruk. Kenapa dia tak terfikirkan itu.

“Dari tidur dekat sini, lagi baik aku tidur dekat bilik tetamu. Sekurang-kurangnya tenteram daripada gangguan. Bosan!” luah Hadif angkuh sebelum menapak keluar dari biliknya.

Fadira tersentak. Hanya matanya saja memandang pintu yang terbuka tapi fikirannya kosong. Saat itu ada air mata mula emngalir. Cukuplah! Dia tak larat menagis lagi.







“Awak, ni hadiah untuk awak. Selamat hari lahir.” Ucap Fadira bersama senyuman manis. Kotak ditangannya di hulurkan pada Hadif. Hari jadi suminya mestilah diraikan dengan ceria.

“Apa benda ni? Kalau setakat coklat yang kau beri tiap kali aku bangun tidur, baik tak payah. Nanti jadi makanan tong sampah. Kau nak?” Hadif menjeling jengkel.

Fadira pantas menggeleng. “Bukan. Ni bukan coklat. Awak buka la.” walaupun hatinya sedikit terganggu, sedaya upaya dia cuba mengukirkan senyuman manis.

Dengan perasaan malas, Hadif mengoyak kertas balutan. Sekelip mata saja tali leher biru sudah berada dalam genggamannya. Dia tersenyum sinis.

“Tali leher?” tali leher itu ditunjuk pada Fadira.

Fadira hanya tersenyum manis. “Awak suka?” soalnya gembira. Selangkah dia mendekati Hadif.

“Suka?” Hadif tertawa sinis. Tiba-tiba dia mengangguk sinis. “Suka sangat. Aku akan simpan elok-elok. Jangan risau.” Ujar Hadif lembut.

Fadira tersenyum lagi manis. Akhirnya Hadif tak lagi buat perangai.

“Kau tahu mana aku nak simpan?” soal Hadif kemudian. “Dekat sini!” sambungnya sebelum membaling tali leher pemberian Fadira atas almari tinggi dibiliknya. Dia senyum puas bila tali leher itu tidak menujukkan wajahnya lagi.

Fadira tersentak. Dia memandang atas almari sebelum memandang Hadif. Tak bolehkah hargai pemberiannya walaupun itu hanya satu lakonan.

“Biar tali leher tu bersawang. Jangan harap la kau nak pakai tali leher buruk tu. Langsung tak cantik. Tak sesuai dengan taste aku. Sama la macam kau!”

Fadira tersentak. Hatinya mula menangis tetapi dengan penuh kekuatan dia mengukirkan senyuman paksa. Dia melangkah lagi menghampiri suaminya yang sudah segak berbaju. Mungkin nak keluar agaknya.

“Kalau awak tak suka tali leher tu, apa kata kita keluar. Saya belanja awak makan.” pancing Fadira lembut.

“Makan? dengan kau. Kau ni betul-betul merosakkan hari jadi aku. Kau dengar sini. Aku nak keluar dengan Dhiya. Daripada celebrate hari jadi dengan kau, lagi baik dengan dia. Sekurang-kurangnya aku bahagia. Dengan kau hanya derita tahu tak! Jadi tak payah nak harap aku nak keluar dengan kau okey!” Hadif mencebik meluat sebelum dengan senyuman puas dia meninggalkan Fadira keseorangan. Sedikit pun tiada simpati buat gadis itu.

Seperti biasa, bila Hadif menghilang, air matanya mula menuruni lekuk pipinya. Dah hampir empat bulan mencuba tapi sia-sia. Dia hanya menderitakan Hadif. Bukankah derita itu perlu dibuang. Maknanya dia harus pergi kalau Hadif mahu bahagia. Hadif memang kejam. Buat sekian kalinya tangisannya bertukar menjadi tangisan hiba. Dia benar-benar letih!







“Apa yang terjadi sebenarnya?” soal Hadif tergesa-gesa. Matanya mencerlun memandang Fadira yang tegak berdiri. Matanya meliar-liar ke taman tasik. Cantik tapi bukan itu halnya. Dia datang ke sini tergesa-gesa kerana panggilan Fadira tapi isterinya masih enak berdiri di satu arah.

Fadira tersenyum memandang wajah Hadif. Sampai juga akhirnya.

“Tak ada apa-apa yang berlaku pun.” jawan Fadira selamba.

“What! Tadi kau telefon aku kata kau kemalangan tapi apa semua ni?”

“Saya tipu awak. Saya tipu awak supaya awak datang ke sini. Tu je.” Jujur Fadira.

“Hei! Apa kau ni? Kau buat aku drive ke sini sebab nak aku datang ke sini. Kau hilang akal ke apa. Aku dah panas hati dengan kau jangan sampai aku lagi bencikan kau!” Hadif memberi amaran keras. Betul-betul dia ingatkan Fadira kemalangan. Kelam-kabut dia datang ke situ tapi semuanya hampa.

“Tak payah lagi. Awak tak payah nak bagi amaran dekat saya. Lepas ni saya tak perlu lagi dengar amaran awak. Awak pun tak kan bencikan saya lagi.” ucap Fadira tenang. Hari ni hari penentunya. Dia dah tak tahan. Daripada begini terus, baik dia pergi. Kehadirannya hanya menderitakan.

“Apa maksud kau ni?” soal Hadif. Dia dapat menangkap kelainan pada isterinya hari ni. Fadira nampak terlalu tenang.

“Saya minta maaf sebab buat apa datang ke sini. Saya cuma nak tunjuk awak tempat ni. Awak tahu ni tempat apa? Taman tasik. Mesti awak dah tahu. awak tahu tak dulu saya selalu berangan nak jalan bersama orang yang saya cintai dan orang yang mencintai saya di taman-taman macam ni. Saya kalau boleh nak kami senyum je dan jalan sambil berpegangan tangan. Saya nak rasa kebahagiaan tu sekali je.” Cerita Fadira sambil memandang jauh ke hadapan. Itu impian tapi nampaknya impian itu akan terkubur.

Hadif menapak selangkah ke arah Fadira dan kebetulan saat itu Fadira mula mengalih tubuh menghadapnya. Mata mereka bertentangan seketika sebelum Fadira sendiri memandang ke arah lain.

“Jadi kau nak aku temankan kau jalan dekat sini. Kau ingat aku…”

“Tak!” celah Fadira pantas. Dia tahu apa yang bakal terkeluar dari mulut Hadif. Pasti kata-kata itu akan menyakiti hatinya.

“Saya tak minta awak jalan-jalan dengan saya sebab saya sedar saya tak layak bergandingan dengan awak. Lagipun tu cuma impian. Impian yang bila-bila masa boleh terkubur macam tu saja. Saya suruh awak datang hari ni untuk bagi tahu awak sesuatu.”

“Apa?” Soal Hadif malas.

Fadira melangkah ke arah Hadif. Hanya selangkah saja memisahkan mereka. Dia tersenyum pedih.

“Mulai sekarang saya tak nak jadi salah satu penderitaan awak. Saya tak nak jadi sesuatu yang menyusahkan awak lagi. Hadif cukuplah sampai sini. Saya dah letih. Saya dah tak mampu buat apa lagi. Mulai sekarang saya lepaskan awak.” Matanya menikam jauh anak mata Hadif. Ini kali terakhir dia mampu buat begitu. Selepas ni lelaki yang bernama Hadif akan ditinggalkan selama-lamanya.

Hadif terkejut. Jantungnya tiba-tiba berdegup tidak sekata. Anak mata isterinya yang sayu membuatkan dia terpaku. Apa maksud Fadira. Gadis itu lepaskan dirinya.

“Saya dah tak larat. Tak larat nak menagis dah. Saya dah puas. Saya memang tak layak untuk awak. Cukuplah setakat ni saja. Saya tak mampu nak hadapinya lagi.” saat itu setitis air mata melewati ruamg pipinya tetapi cepat-cepat dia tunduk. Matanya tertunak pada jari manisnya yang tersarung cincin perkahwinan. Dengan rasa terluka dia menarik cincin itu. cincin tu tak layak untuk dirinya.

Cincin perkahwinan mereka di letak atas telapak tangan Hadif. Sekali lagi, dia memandang dalam wajah lelaki itu. ini kali yang terakhir.

“Saya harap awak bahagia tanpa saya dan gembira disamping gadis yang awak cintai. Saya minta maaf sebab muncul dalam hidup awak dan buat awak rasa kehadiran saya satu malapetaka buat awak. Mulai sekarang, saya akan pergi jauh dari awak. Awak tak perlu risau, saya tak kan pernah muncul depan awak lagi” saat itu air mata mula berlinang. Dia dah kalah. Air matanya sudah tumpah di depan Hadif. Mungkin kali ini dia benar-benar terluka.

Tanpa menunggu balasan Hadif, dia melangkah pergi. Melangkah pergi meninggalkan episod tangisan yang pernah terjadi.

Hadif Aiman tergamam. Matanya memandang cincin perkahwinan mereka. Dia yang sarungkan dan sekarang sudah tertanggal. Tak pernah rasanya Fadira menanggalkan cincin itu tapi sekarang semuanya berubah. Matanya terbayang wajah Fadira. Hatinya berdegup kencang.

“Dia menangis????” hatinya seolah-olah tak percaya.







Sesekali Hadiff mengerling jam dinding rumahnya. Jam sudah hampir menunjukkan angka sepuluh tapi bayang Fadira masih tak kelihatan. Dalam fikirannya hanya satu, isterinya sudah lari meninggalkan dirinya. Tapi kalau Fadira melarikan diri kenapa barang gadis itu masih terletak elok dalam bilik.

Entah kenapa hatinya bagaikan tersedak setiap kali teringatkan ucapan isterinya. Wajah Fadira saat itu nampak benar-benar terluka. Paling dia tak boleh lupa air mata yang menitis di pipi gadis itu. Tak pernah dia melihat Fadira menangis tapi hari ni tangisan itu nampak benar-benar sayu. Fadira seolah-olah mengeluarkan rasa sayu yang amat hebat. Rasa sayu yang membuatkan dia sendiri terasa hiba.

Selama ni dia sengaja menguji Fadira. Dia marahkan Fadira kerana baginya perempuan itu seolah-olah tiada perasaan. Setiap kali dia berpegangan tangan dengan Dhiya di depan gadis itu atau bersembang mesra dengan Dhiya, Fadira seolah-olah tak kisah. Jadi semakin lama hatinya semakin sakit dengan tingkah tak kisah isterinya itu. Tapi dia betul-betul tak sangka di sebalik muka selamba yang dipamerkan isterinya, Fadira sebenarnya menahan tangisan dan hari ni buat pertama kali isterinya menangis dihadapannya. Dia terkelu.

Bunyi keriut pintu dibuka membuatkan mata lelakinya terhala pada pintu. Tak tahu maca mana nak ucap bila melihat tubuh Fadira mula melangkah masuk. Hatinya lega. Fadira tak lari meninggalkan dirinya. Tapi apa maksud perempuan itu pagi tadi. Apa maksud Fadira dengan perkataan melepaskan?

“Baru balik? ingat dah lari tadi.” suara sinis hadiff mula kedengaran.

Langkah Fadira terhenti. dalam matanya memandang suami yang santai dengan seluar tidur dengan pagoda putih. Kacak tapi sayang semua itu bukan miliknya. Tanpa membalas, dia mula melangkah ke arah anak tangga untuk kebiliknya.

“Tunggu!” tangan Fadira, Hadiff pegang. Fadira pergi tanpa membalasnya. Selalunya isterinya tak begitu. Selalunya mesti banyak mulut perempuan seorang ni.

“Lepaslah!” Fadira menarik tangannya kasar. tak rela disentuh tangan yang banyak membuat dirinya sakit.

Hadiff tersenyum tak percaya. Dia mendengus. “Kau ni kenapa ha? Tadi pagi kau merepek sekarang kau garang macam singa kenapa. bukan kau memang suka ke kalau aku pegang tangan kau macam ni?”

Fadira melepaskan keluhan mendengar bicara suaminya. Dia menggeleng sedikit. “Hadiff, semua yang saya suka tak mungkin syaa suka lagi. Saya dah cakap yang saya lepaskan awak. Saya dah tak nak ganggu hidup awak. Awak buatlah sesuka hati awak tapi satu je saya minta, bila sampai waktu yang sesuai, tolong lepaskan saya. Lepas ni saya tak akan ganggu awak lagi atau cuba pikat awak lagi sebab saya dah lepaskan awak. Saya tak nak berharap lagi sebab awak dah buat saya sedar yang Nor Fadira memang tak layak bersama Hadiff Aiman. itu saja. Saya penat, saya masuk bilik dulu.” Terang Fadira panjang lebar. Tubuhnya terasa latih. Mungkin letih kerana banyak menangis tadi.

Hadiff terkedu. hanya matanya memandang tubuh isterinya yang hilang dalam bilik. Sesaat kemudian dia meraup wajahnya. Hatinya kesal.







Fadira membasuh pinggan di dapur. Sengaja dia memilih dapur untuk melarikan diri. Rasanya tak betah dia duduk hadapan melihat kemesraan Hadif dan sepupunya Dhiya. Walaupun hanya sepupu, Fadira tahu yang Hadiff mencintai Dhiya. Walaupun dia cuba menjauhi Hadiff tapi kekadang jiwanya sendiri yang terasa hiba. Entah bila kata-kata perpisahan akan terucap dari bibir lelaki itu.

Tiba-tiba saja kepalanya terasa pusing. Spontan jari jemarinya memegang dahinya. Mengurut-urut kecil sebelum menghabiskan basuhan terakhir. Habis saja basuh, dia termenung seketika. Duduk menghadap sinki sambil merenung masa depan yang terasa begitu kelam. Sekarang dia sendiri tak tahu apa masa hadapannya. Semuanya terasa musnah.

“Hmm..”

Deheman di belakang membuatkan lamunanya hilang. Dia memandang lelaki yang sedang tercegat dibelkangnya sambil menatang pinggan kosong. Dia mencebik dalam hati. ‘Sejak bila mamat CEO ni rajin bawa pinggan kotor. Dah buang tebiat ke apa. What ever la! ada aku kisah!’ desis hati Fadira. Sempat juga dibalun rasa sakit hati pada Hadiff dalam ayatnya tadi. bukan main suaminya bergurausenda dengan minah tu. berbulu mata tapi nak buat macam mana, suami tak cintakan isteri dia yang comel ni.

Fadira membasuh tangannya dan sesaat kemudian dia berpaling untuk melangkah pergi. Tak kuasa tengok muka Hadiff. Silap hari bulan ada juga hujan turun hari ni.

“Dira.”

Langkah Fadira terhenti. Dahinya sedikit berkerut. Otaknya mula menimbang sama ada untuk terus melangkah atau menghadap muka Hadiff yang menyebut sebaris namanya. Tapi kuatkah hatinya untuk terus melihat Hadiff sedangkan dia tahu suatu saat Hadiff akan pergi dari hidupnya.

Sekali lagi Hadiff menyeru namanya. Nak tak nak terpaksa la dia hadap juga muka CEO yang melekat dalam hatinya.

“Awak nak apa?” soalnya sambil memandang Hadiff sekilas lalu. Rasanya tak kuat hati nak pandang CEO tu lama-lama. karang ada juga yang cair.

“Nak awak!”

“Hah!” Fadira terkejut. Spontan matanya terhala pada Hadiff. Biar betul!

Hadiff tersenyum geli hati tapi sedaya upaya ditahan senyumannya. Isterinya memang comel kalau terkejut. rasa nak cubit pipi tu tapi tak mungkin la. Dia dah letak jurang antara mereka. Dia yang buat Fadira semakin jauh.

“Boleh tolong basuhkan pinggan aku.” pintanya dengan muka kayu. langsung tak ada perasaan.

Dahi Fadira berkerut seribu. Nak basuh pinggan pun nak suruh aku. habis apa guna maid berlambak yang mama kau upah tu!

“Hmm..” Fadira akur. Tanpa memandang Hadiff dia berlalu ke sinki. Lagi cepat basuh lagi cepat dia boleh ciou masuk bilik. Tapi dalam bilik pun mesti nampak Hadiff. Argh! Apa susah, bungkus je diri tu dengan comforter. Confirm tak nampak apa dah. tapi nak kena tidur bawa lagi. Sakit badan kalau macam. Tak pasal-pasal rapuh tulang cepat.

Usai membasuh pinggan, sekali lagi Fadira ingin melangkah pergi tapi kali ni tangannya terasa hangat. Kakinya tak jadi melangkah. Matanya terhala pada tangan hadff yang sudah menggengam lengannya. Mulutnya sedikit terngang.

“Wo..wo.. apa ni?” tangannya ditarik pantas. Entah kenapa tiba-tiba suhu kepanasan hati meningkat naik. Hari tu bukan main tak suka sekarang boleh pula pegang tangan aku. ni apa hal pula? Kalau dulu tersentuh sikit pun dah bising tapi sekarang dah lain. Dah kenapa?

“Apa pegang-pegang ni. Tak takut ke nanti kena samak tangan tu. Perempuan biasa macam saya ni mana layak disentuh CEO kan. Nanti tak pasal-pasal kena basuh dengan air tanah. Well, saya ni kan kotor bagi awak sebab kita tak setaraf. Bukan setakat sentuh je tak layak, TERsentuh pun tak layak kan?” sindir Fadira tajam. Kata-kata yang pernah diucap Hadiff dulu bermain di bibir.

Hadiff terdiam. Terasa seperti sedang tertelan kapur mendengar bicara isterinya. Hatinya resah.

Melihat Hadiff terdiam, Fadira menggeleng kecil sebelum menghala untuk pergi.

“Tunggu Dira.” Arah Hadiff tiba-tiba.

Sekali lagi langkah Fadira terhenti. Saat ini ada air mula bergenang dari kelopak matanya. Ini kali pertama Hadiff menyuruhnya tunggu. Selalunya Hadiff sendiri yang menghalaunya. Alangkah bagus jika Hadiff suruh dia tunggu di sisi lelaki itu selama-lamanya.

“Awak nak apa lagi Hadiff. Saya mengantuk!” ucapnya tanpa memandang Hadiff. Tak mungkin dia biarkan Hadiff melihat air yang mula bertakung di kelopak matanya.

Hadiff mendekati isterinya. Tubuh Fadira dikalih menghadapnya. Walaupun Fadira enggan dipaksanya. Saat melihat air mata yang meluncur laju di pipi isterinya, dia tergamam. Serentak dengan itu, hatinya berdegup laju.

Matanya merenung seketika wajah Fadira. ‘I don’t like her being like this!’ tegas hatinya. Saat itu juga tubuh Fadira ditarik melayang sebelum melekap di tubuhnya. Kali pertama dalam hidup dia memeluk gadis yang sudah saha menjadi haknya.

“Aku tak suka kau macam ni!” ucapnya dengan pelukan yang lebih erat.

Fadira terpana.







“La, tak sangka jumpa kau dekat sini. Macam mana hidup kau miss bussy body?” ucap Arin dengan nada mengejek. Sekali lagi hatinya ketawa mengekek melihat muka masa Fadira memandang dirinya. Dia memang tahu perempuan tu alah dengan dia.

Fadira menjeling Arin. Macam mana la mamat sakai ni boleh tersesat masuk rumah suami aku ni. siap boleh kata tak sangka jumpa lagi tu. Kalau dah masuk dalam rumah family mertua aku, memang wajib la terjumpa aku. Dah aku menantu rumah ni. Pelakon seorang ni memang nak kena sekeh kepala betul!

“Fine. Sangat best hidup aku sekarang ni. best sampai tak terkata encikbuaya darat plus buaya tembaga.” Fadira menjawab dengan rasa sakit hati. Kalau la Arin ni semut, memang dia la orang pertama lenyek semut tu!

“Oh..” Arin tersenyum mengejek. “Ya la kan. Hidup dengan CEO memang la fine kan.”

Fadira ketap bibir. Macam nak kata aku kaki kikis je ni. Budak seorang ni memang melampau!

“Kau datang sini buat apa?” soal Fadira dengan gaya cukup brutal gila. Macam gangster!

“Tanya la suami kau.” itu pula di balas Arin.

Fadira hairan. Dhainya sedikit berkerut.

“La, dekat sini rupanya sayang.” Tegur satu suara tiba-tiba.

Fadira pantas memandang suaminya yang tersenyum menghampiri dirinya. Melihat CEO masam tu dah tersenyum, dia turut tersenyum. Macam magic pula dia rasa. Tak sangka Hadiff boleh berdiri sebelahnya siap memeluk pingangnya. Kalau dulu, sebatu jauh Hadiff berdiri darinya. Dia je la yang terkejar-kejar suaminya yang berlagak nak mampus tu. nasib dia mampu menambat hati suaminya tau. Kalau tak kecewa menungging la dia.

“Abang, jemput Arin?” soalnya pada snag suamin.

Hadiff memandag Arin seketika sebelum mengangguk kecil. memang dia yang mengajak Arin.

Fadira mengeluh. Aduh! Macam mana pula suaminya yang memang allergik dengan buaya laut ni, boleh jemput Arin ke kenduri kesyukuran ni. Nampak kat Dhiya nanti, habis Arin kena serbu. Bukannya suaminya tak tahu macam mana fanatiknya Dhiya pada si buaya ni. Kata nak lindungi Dhiya dari kena ngap dengan buaya versi batu ni.

“Kenapa sayang? Memang abang yang jemput Arin. Abang ada hutang tak selesai dengan dia.” Ujar Hadiff selamba. Dia kemudiannya memandang Arin.

“Kau apa khabar?” soalnya sekadar berbasi-basi. Tangan yang dihulur ke arah Arin bersambut. Fadira di sisi hanya mencebik. Tak suka Hadiff jadi sekutu Arin. Nanti tak pasal-pasal CEO yang masam dua puluh empat jam jadi CEO buaya pula. Tapi dulu je la suaminya jadi CEOmasam mencuka. Sekarang ni dah jadi CEO romantik terlebih.

“Aku baik je. Macam selalu la.” balas Arin. Matanya terhala dikawasan sekeliling. Mencari Sesutu yang sedari tadi tak muncul di matanya.

“Baguslah. Sebenarnya aku ada hutang nak selesaikan dengan kau, sebab tu aku jempout kau datang.” Hadiff berterus terang.

Arin mula menghalakn matanya pada Hadiff. Hutang? Hutang apa? Tak kan hutang lama sebab buat Hadiff kena kahwin dengan perempuan sengal ni. Ya la, selepas dia umumkan kekasih palsu Hadiff hingga lelaki tu terpaksa kahwin , Hadiff tak pernah bertemu dengan dia. Mungkikah Hadiff nak hadiahkan dia penumbuk malam ni. Mampus!

“Yang muka kau macma tu kenapa. AKu cuma nak ucapkan terima kasih pada kau. terima kasih sangat-sangat.” Sambung Hadiff kemudiannya. Nak tergelak dia tengok muka gerun Arin. Mesti Arin ingat dia nak buka gelanggang tinju dekat sini.

Arin terasa lega bila melihat Hadiff tergelak kecil. mati-mati dia ingat CEO tu nak pukul dia sampai lebik. Tapi Hadiff nak berterima kasih untuk apa.

Fadira yang mendengar Hadiff berterima kasih pada spesies buaya, terus memandang suaminya dengan mata membulat. Hadiff demam kah?

Hadiff semakin memeluk pinggang isterinya erat. Dia memang sudah jatuh cinta pada gadis di dalam dakapannya. Kasih sayang yang etrtumpah begitu banyak hingga dia sendiri tak mampu untuk ucapkan.

“Aku nak terima kasih dengan kau sebab kau aku dapat satu hadiah yang paling berharga. Terima kasih sebab jadi punca aku bertemu dengan Fadira. Sebab perbuatan kau, aku dapat perempuan yang tak pernah aku bayangkan. Permepuan yangs entiasa membuat aku bahagia.” Luah Hadiff ikhlas.

Fadira tergamam. Hatinya terasa sejuk. “Abang.” Panggilnya. Hilang rasa jengkel terhadpan Arin tetapi saat ni dia memang terharu gila dengan suaminya. Rasa nak peluk-peluk CEO comel tu.

Arin hanya tersenyum. Hatinya sedikit lega. sebenarnya memang dia rasa bersalah terhadap Hadiff dan Fadira tapi sekarang dia lega. nampaknya memang CEO tegas ni dah jadi jodoh perempuan sengal comel tu. Tapi dia pula macma mana. Tak kan selamanya nak hidup jadi kaki buaya. Dia dah insaf tau sekarang ni. Sekarang ni hanya satu perempuan yang dia attack. Perempuan yang sinta gila dengan dia dulu tapi sekarang dah jadi dingin macam ais., garang!

Tiba-tiab matanya bertentang dengan sepasang anak mata. Sesaat kemudian, tubuh itu seperti ingin larikan diri. dia tergamam.

“Okey la wei. Hutang kau dah selesai tapi aku ada hutang tertangguh ni. Aku ciou dulu.” Pantas Arin menepuk bahu Hadiff sebelum melangkah pergi. Langkahnya tergesa-gesa mengejar langkah seseorang.

“Kejar Dhiya la tu. Padan muka. Masa orang nak dia tak mau. Bila orang dah sakit hati baru nak terkejar-kejar. Lain kali jadi la lagi buaya!” bebel Fadira sambil mengekori langkah Arin dengan ekor matanya.

“Amboi! Macam kata kat abang je.” Usik Hadiff. Tapi memang macam mengata dirinya juga. dulu masa Fadira cuba menambat hatinya dia buat derk. Bila Fadira kata nak lepaksan dirinya baru hati tu rasa takut. Takut kehilangan si isteri.

“Abang terasa ke? sorry okey.” Fadira membalas selamba. Sempat juga mata dikenyit pada sang suami.

Hadiff hanya tergelak dengan tingkah si isteri. Macam ni la Fadira yang dia nak bukan Fadira yang buat tak kisah dan garang macam mama singa.

“Abang tergelak ni kenapa? Tak nak lindungi adik kesayangan dari dibaham buaya ke?”

“Tak nak. Mulai sekarang abang nak lindungi perempuan comel di sisi abang ni. Lagipun Dhiya tu dah besar. Kalau dah jodoh dia dengan bekas kaki buaya nak buat macma mana. Macam abang dengan Dira. Kalau dah jodoh tak akan kemana.” Hadif menarik hidung isterinya. Geram!

“Sakitlah.” Fadira menepis tangan Hadiff. Hidungnya diusap-usap. Memang dah jadi favourite suaminya main tarik-tarik hidung. Tak sampai dua minggu, mancunglah hidungnya dikerjakan suaminya.

Fadira memandang suaminya dengan muka cemberut. Tapi sebenarnya dalam hatinya saat ni dah berbunga-bunga cinta. akhirnya cinta CEO sudah terlekat dalam hatinya dan bonusnya, Dia juga sudah tertampal dalam hati suaminya itu. Tampal kejap-kejap tau. Tak boleh nak tarik dah kecuali Allah yang memisahkan mereka. Serentak dengan itu, dia teringat kembali saat suaminya meluahkan semua yang etrpendam.







“Awak ni dah gila ke? Awak ingat saya ni apa? Awak ingat saya ni perempuan yang bila-bila masa boleh awak peluk sesuka hati. Kalau dah benci, tolong pergi jauh. Saya dah letih dengan semua ni. Saya dah letih!” Fadira mendengus kasar. Tak suka bila Hadiff tiba-tiba memeluk dirinya. Kalau dah benci, pergi jauh bukannya datang dekat begitu. Kalau terusan macam tu, bagaimana dia mahu melupakan suaminya. Mahu menangis berlagu bila dia dan Hadiff berpisah nanti.

“Aku…”

“Aku apa? Apa awak nak cakap sebenarnya. Cukuplah tu encik CEO. Kalau awak dah tak nak saya, tolong lepaskan saya. Jangan buat saya serba salah. Macam mana kalau satu saat bila awak bersedia, saya tak nak lepaskan awak. Awka nak saya melekat macam pelakat dekat awak. Awak nak ke pandang muka saya yang tak layak dengan awak untuk selama-lamanya?” Saat itu hatinya terasa meruntun pilu. Tak tahu nak buat apa untuk melepaskan dirinya daripada semua dilemma yang terjadi.

“Aku tak kan lepaskan kau!” Tiba-tiba Hadiff terjerit sedikit kuat. Hatinya tercabar bila perkataan terpisah muncul di ulas bibir isterinya.

Fadira mengetap bibir. Dia tak faham. Apa yang Hadiff nak sebenarnya. Tak cinta tapi tak mahu lepaskan. Hadiff nak buat dia jadi gila ke?

“Apa awak cakap ni? Hadiff, awak tak cintakan saya habis apa? Awak nak simpan saya macam awak simpan baju dalam almari. Awak tahu tak saya rasa macam nak gila. Saya nak gila bila saya terpaksa menahan semuanya. Dari awal lagi saya tahan tapi awak buat macam saya tak wujud. Habis sekarang apa sebenarnya awak nak buat? saya bukan barang yang boleh awak simpan selamanya. Saya manusia. Manusia yang punya rasa, punya perasaan.”

“Jadi kau ingat kau je nak gila. Kau tahu tak, dalam seratus hari hidup aku, aku bukan rasa setakat nak jadi gila tapi aku rasa macam betul-betul gila. Semuanya disebabkan kau. Kau dah buat aku gila, tahu tak!” suara Hadiff meninggi. Matanya memandang anak mata isterinya yang terkejut dengan suaranya yang menaik tiba-tiba.

Fadira tersentak. Saat itu ada air mata semakin laju menitis. Dia tak faham dan rasa tak faham tu membunuh dirinya perlahan-lahan. Kali ni memang dia benar-benar mampu menjaid gila.

“Aku gila sebab kau. Aku gila bila kau berubah. Aku gila bila kau kata kau lepaskan aku. Aku gila bila kau minta aku lepaskan kau. Aku gila sebab aku…” Hadiff berjeda sebentar. Mencari anak mata isterinya yang mula dikaburi air mata. “ Sebab aku cintakan kau!” sambung Hadiff kemudiannya.

Fadira terpana. Wajahnya diangkat. Bernarkah apa yang dia dengar. Hadif mencintainya tapi selama ni…

“Sejak dari mula aku jatuh cinta dengan kau. Sejak pertemuan pertama lagi aku sukakan kau. Kau ingat aku akan kahwin kalau aku tak cintakan kau. Aku suka bila kau manja dan cuuba tarik perhatian aku. Aku saja buat-buat keras hati sebab aku nak tengok sejauh mana kau cintakan aku. Tapi bila aku bergurau dengan perempuan lain, aku berdiri sebelah perempuan lain, kau selalu senyum. Kau buat macam tak kisah. Kau buat aku keliru. AKu tak tahu sama ada kau cintakan aku atau tak. Kau dekati aku tapi dalam masa yang sama kau boleh biarkan aku bila aku menghampiri perempuan lain. Kau tahu tak, setiap hari aku hampir gila disebabkan kau. gila sebab jatuh cinta dengan kau. isteri aku sendiri.” luah Hadiff akhirnya.

Memang benar dia mencintai Fadira. Dia mahu melihat keikhlasan gadis itu. Tapi setiap kali dia bersama Dhiya, Fadira seolah-olah membuka peluang untuk dia mendekati Dhiya. Fadira langsung tak pernah tunjukkan muka cemburu atau sedih. Bila dia bersikap kasar dengan gadis itu, Fadira tak pernahnya menangis malah tersenyum gembira. Semua tu buat dia buntu hingga dia berfikir Fadira sebenarnya tak pernah rela dengan perkahwinan yang terjadi.

“Saya…saya… bukan tak kisah tapi saya tak nak kongkong awak. Saya tak nak jadi beban dalam hidup awak. Sebenarnya setiap kali awak bersama dhiya, hati saya ni rasa macam nak pecah tapi saya tahan. Saya senyum sebab saya tak nak awak fikir saya gadis yang menyusahkan. Saya cuma nak tengok awak tenang. Saya tak nak awak fikir saya mengada-ngada sedangkan awak tak cintakan saya. saya rasa saya tak ada hak untuk menghalang awak.” Kali ini Fadira pula meluahkan perasaannya.

Tak sangka sikapnya yang bagikan tidak kisah selama ni buat Hadiff salah faham. Jadi sebenarnya mereka memang saling mencintai selama ni. Tapi bukan Hadiff mencintai Dhiya ke.

Hadiff meraup wajahnya. nampkanya semuan yang terjadi hanya satu salah faham.

“Tapi bukan awak cintakan Dhiya. Sejak dari hari pertama kahwin awak langsung tak beri saya dekati awak. Awak biarkan saya tidur dibawah seolah-olah awak jijik tidur sebelah saya. Awak buat semua tu sebab awak cintakan Dhiya kan?”

Hadiff menggeleng.

“Tak pernah sesaat pun dalam hidup saya mencitai Dhiya. Tak pernah.”

“Tapi Awak bergaduh dengan Arin sebab Dhiya. Awak suruh Arin jauhkan diri dari Dhiya sebab awak tak nak tengok Dhiya kecewa kan?”

“Memang betul. Aku tak nak tengok Dhiya kecewa tapi bukan sebab aku cintakan dia tapi sebab tanggungjawab. Aku dengan Dhiya dah macam adik beradik kandung. Antara kami tak pernah ada hubungan lebih daripada saudar. Dhiya tu aku anggap sebagai adik aku. AKu tak nak adik aku kecewa dengan Arin. AKu tak nak tengok dhiya kecewa. Satu-satunya perempuan yang aku cinta adalah kau.” Hadiff berterus terang. Bahu Fadira disentuh sebelum dia menyetuh dagu itu mendongak menghadapnya.

“Aku cuma nak uji kau. Tak pernha sesaat dalam hidup aku, jijik dengan kau. rasa kau tak layak untuk aku. AKu cuma nak emnduga reaksi kau. Tapi kau macam tak kisah langsung. kau buat apa yang aku suruh tanpa sedikit pun membantah sampai aku ingat perkahwinan yang terjadi ni hanya satu kesilapan buat kau.” mata Hadiff merenung dalam anak mata isterinya.

Air mata Fadira semakinlaju menitis. Nafasnya juga tersekat-sekat. “Saya kisah. Saya kisah semua tu. saya rasa terseksa tapi saya tak tunjukkan sebab saya cintakan awak. Saya cintakan awak Hadiff.”

Hadiff tersenyum terharu. Akhirnya dia dapat melihat wajah Fadira yang begitu sedih. Bukan dia bermaksud untuk melihat isterinya sedih dan berendam air mata tetapi dia hanya ingin tahu perasaan sebenar isterinya. Hanya itu saja. Tanpa kata, tubuh Fadira ditarik ke dalam pelukannya. Tubuh itu dipeluk erat.

“Abang cintakan Dira.” Ucapanya sebelum mengertakan lagi pelukan. Terasa Fadira membalas pelukannya. Dia tersenyum lega.





“Hah! Termenung.” Sergah Hadiff.

Fadira tersentak. seketika kemudian dia tersengih-sengih memandang si suami yang nampak gila segak.

“Sayang termenung apa. Teringatkan siapa?”

“Teringatkan pak we la. pak we yang romantik gila tu.” balas Fadira yang maish tersengih.

“Oh ya ke? siapa pak we yang romantik gila tu?” giat Hadiff.

“Ada la. abang nak tahu kenapa. Ni rahsia tau!”

“Rahsia? Sejak bila pandnai berahsia dengan abang ni.” hidung Fadira ditarik.

“Abang!” Fadira mendengus geram. sakit hatinya dengan tebiat suaminya yang satu tu.

“Alololo… marah ke sayang. Nak abang panggil pak we romantik tu pujuk tak?”

Fadira mencebik. “Tak payah. Nanti dia jeles tengok Dira dengan abang. Melepasla dira nanti.”

“Hmm… cer bagi tahu sikit, siapa pak we romantik tu?” soal Hadiff.

“Betul abang nak tahu. Janji jangan jeles.” Fadira menangih janji. Hadiff hanya mengangguk bersungguh-sungguh.

“Pak we romantik tu Mohd Hadiff Aiman. Pak we yang terlekat dalam hati ni sampai bila-bila. Tapi kan bang, dulu pak we romantik tu sangat skema. Asyik nak marah je. Nasib la perangai tu dah hilang. Kalau tak habis telinga Dira kena sejat dengan tengkingan dia tu tau.” Kata Fadira selamba. Riak wajah suaminya dijeling.

Mata Hadiff membutang. Aduh! Isterinya buka al-kisah lama pula. matanya terarah pada hidung isterinya. Sekali lagi hidung Fadira ditarik. “Nakal!”

“Auch!” Fadira mengaduh. “Abang, janganlah!” marah Fadira. Memang jadi badut hidung merah la tak lama lagi.

Hadiff tergelak melihat muka cemberut isterinya.

“I Love You.” Ungkapnya tiba-tiba.

Fadira yang mula marah tiba-tiba rasa cair. Suaminya memang pandai buat dia hilang marah. Tanpa kata dia tersenyum pada Hadiff yang turut memandnagnya kasih. Saat ini dia bersyukur dengan kebahagiaan yang mula sinar.

“I love you too.” Fadira mengeyit matanya dengan rasa bahagia tak terhingga. Dia CEO yang terlekat dalam hatiku.
























You Might Also Like

0 comments