Wednesday, 13 April 2016

Tak apa... semuanya akan kembali semula

Tak apa, jika angin bertiup
Tak apa,  hujan menuruni
Kerana esok kau masih
Bisa melihat matahari...

Akan ku berjalan
Walaupun ribut di hadapan
Jika aku terperangkap
Akan sedaya usaha
Aku pastikan diriku kembali
Untuk melangkah seperti sedia kala.

Tak apa...
jika jantungmu berdegup
Kerana ketakutan
Kerana suatu saat
Ketakutan akan menjadi satu
Keberanian
Dan hari itu kau akan
Terus berjalan...

Teruskan percaya
Kerana itu kekuatanmu
Teruskan pejamkan mata
Kerana tika kau kembali
Membuka matamu
Kau pasti berjaya untuk mencari
Destinasi yang seterusnya

Tak apa.. inikan hidup
Hanya diri yang mencorakkan kehidupan
Tak apa ... inikan dirimu
Jadi jadilah siapa dirimu
Luka dibiarkan
Dan bahagia terus dicari


Leave a Reply