Tuesday, 12 April 2016

DALAM KETERPAKSAAN (bab 5)



Dia tersenyum pada mak cik yang baru memuatkan tubuh di sebelahnya. Dia menilik wajah mak cik yang turut tersenyum pada dirinya. Tahi lalat di bawah bibir mengingatkan dia kepada penyanyi kesukaan ramai, Datuk Siti Nurhaliza. Seketika kemudian, dia mengalih pandangannya ke arah penumpang bas yang baru naik satu persatu.

Dia memandang dua beradik yang sedang menaiki bas bersama-sama. Tangan abang setia berpaut pada tangan adiknya. Mungkin takut adiknya yang kecil itu jatuh barangkali. Tiba-tiba Danisya teringatkan abangnya. Dulu abangnya selalu melindungi dirinya sebegitu. Melindungi dirinya daripada budak-budak nakal yang asyik membuli dan mengacau dirinya. Tapi kini abangnya tiada bersamanya. Tiada siapa lagi yang akan melindungi dirinya selain dirinya sendiri. Wajah abangnya sewaktu kecil tebayang diruang minda. Ada air yang bergenang di kelopak mata saat satu persatu kenangan manis mereka terlayang di minda. Danisya mengipas wajah dengan tangannya dengan harapan air mata yang bergenang tidak menitis.

"Anak ni panas ye!" tegur mak cik sebelah Danisya sambil memandang Danisya yang asyik mengipas diri sendiri sebentar tadi. Teguran itu membuatkan kenangan lama terbang pergi begitu saja. Nampaknya, mak cik itu sudah salah faham. Danisya melihat mak cik tadi yang meraba sesuatu dalam beg yang dibawa bersama dalam bas. Mak cik itu mengeluarkan sesuatu dari dalam beg yang bewarna unggu itu.

"Ambil la ni! Buat jadi kipas. Dalam bas ni memang panas sikit tapi kejap lagi bila dipasang air cond, sejuklah nanti." Mak Cik tadi berkata sambil mengunjuk sebuah majalah kepada Danisya yang tersenyum tawar.

Danisya teragak-agak untuk menerima. Mahu menolak, kesian pula. Susah payah mak cik itu mengeluarkan majalah itu semata-mata ingin menolong dirinya. Akhirnya dia mengambil mejalah itu dan mengucapkan terima kasih pada orang tua tadi. Terukir satu senyuman ikhlas di bibirnya.

"Siapa nama anak ni?"

"Danisya," jawab Danisya pendek sambil membuka helaian majalah yang dipegangnya.

"Sedap nama. Pandai mak kamu beri kamu nama. Mak Cik ni, Lijah. Panggil je Mak cik Lijah!" Mak cik Lijah cuba beramah tamah dengan gadis di sebelahnya. Ada juga kawan sepanjang perjalanan nanti.

Daniya tersenyum menggula. Hatinya gembira kerana ada yang memuji ibunya. Tiba-tiba, dia merasa sedikit selesa dengan mak cik disebelahnya itu.

"Terima kasih." Arisha terharu. Dia memandang tajuk yang terpapar pada majalah itu. Bukankah itu majalah perniagaan. Tak kan la mak cik setua ini berminat dengan majalah perniagaan. Pelik!

"Mak Cik memang minat dengan dunia perniagaan ke?" tanyanya ingin tahu.

Mak Cik Lijah memandangnya penuh kehairanan. "Kenapa pula kamu tanya macam tu?" Mak Cik Lijah memandang Danisya dengan pandnagan aneh. Pelik agaknya dengan soalan Danisya tiba-tiba.

Danisya menutup majalah yang dipegangnya dan menunjukkan cover majalah perniagaan itu. Tiba-tiba mak cik Lijah tertawa kecil. "La majalah perniagaan rupanya! Majalah tu bukan mak cik punya, mak cik terjumpa sebelum naik bas tadi," becok mulut itu memberitahu.

Bulat mata Danisya. Majalah yang terjumpa pun nak dicalas. Kalau duit tu tak da la hairan sangat. Ni majalah perniagaan yang membosankan itu pun nak diambil. Entah-entah ada orang tertinggal ke. Mana tahu kalau-kalau tuan punya majalah datang mencari majalahnya, tak ke naya?

Danisya terasa bas mula meninggalkan terminalnya. Dia kemudiannya menyelak helaian demi helaian majalah itu. Benda yang tertulis langsung tak menarik minatnya. Maklumlah, dia bukannya tahu menahu tentang dunia perniagaan ni. Bagi dia, orang yang sukakan majalah perniagaan seperti ini adalah mereka yang hidup senang diluar sana. Tengoklah sekarang, berapa ramai rakyat Malaysia yang mula menceburi bidang perniagaan yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

Danisya akhirnya menyelak satu demi satu helaian dan hanya melihat gambar-gambar yang terpapar. Kebayakkan gambar yang dimuatkan adalah wajah-wajah lelaki atau perempuan tua yang sudah Berjaya dalam hidupnya. Tangannya menyelak lagi dan tiba-tiba tangannya terhenti pada satu muka surat.

"Ada juga muka orang muda dalam ni." hati Danisya berkata-kata. Matanya terkalih pada Mak cik Lijah yang sudah terlena. Power betul orang tua ni! Belum sampai beberapa minit berjalan, dah tidur. Danisya kemudiannya memandang lelaki muda yang begitu bergaya dengan wajahnya yang tampak begitu bersih. Tanpa sedar tangannya mengetuk gambar wajah dihadapannya.

"Kacaknya! Kalau la aku boleh dapat lelaki macam ni, confirm bahagia gila!" Danisya memandang gambar yang cukup indah itu dengan penuh minat. Tenang hatinya melihat wajah itu. Memang berbeza betul dengan wajah anak lelaki Mak Cik Kamsiah. Macam langit dan bumi!

Anak lelaki Mak Cik kamsiah tidak tinggal bersama mereka tetapi kekadang lelaki itu ada juga pulang ke kampung. Dia pun tak tahu apa kerja yang dibuat anak lelaki Mak Cik Kamsiah tu di Bandar raya Kuala Lumpur. Yang dia tahu, parut di dahi lelaki itu cukup menakutkan. Nasib la anak lelaki Mak Cik Kamsiah tak tinggal bersama mereka, kalau tidak, pasti hari-harinya penuh ketakutan. Dengar suara garau itu pun dah buat hatinya menggeletar.

Danisya masih ingat pandangan yang dilemparkan anak mak Cik Kamsiah, abang Borhan kepadanya sewaktu lelaki itu pulang ke kampung setelah sekian lama. Pandangan yang begitu menakutkan dan macam tunggu saat ingin menelannya. Malam tu, dia tidur dengan mengunci pintu kerana terlalu takut malah Danisya menghadang pintu itu dengan segala perabot yang ada di biliknya. Benar sangkaannya, kerana malam itu memang tombol pintu biliknya cuba dibuka. Waktu itu, hanya Allah saja yang tahu betapa takut hatinya. Nasib tidak jadi apa-apa pada dirinya.

Helaian majalah yang secara tiba-tiba menampar jari jemarinya membuatkan lamunan Danisya terhadap malam itu hilang. Danisya memandang sekelilingnya. Rasanya bas itu memasang penyaman udara, datang mana pula angin yang tiba-tiba meniup helaian majalah hingga terangkat sikit. Danisya pelik, tiba-tiba dia menangkap tingkap yang terbuka sedikit. Mungkin Mak Cik Lijah lupa menutupnya rapat. Dengan penuh hati-hati, dia menutup tingkap sehingga rapat tanpa mengejutkan Mak Cik Lijah yang enak dibuai lena. Danisya kemudiannya memandang kembali wajah yang tersenyum di dalam wajah itu. Tanpa kata, dia turut tersenyum.




Mata Danisya terpisat-pisat bila dikejutkan oleh seseorang. Matanya yang sedikit kabur mula jelas perlahan-lahan. Dia nampak wajah Mak cik Lijah yang sedang memanggil namanya. Pantas dia membuka mata dengan lebih luas. Dia memandang kawasan luar melalui tingkap bas. Kawasan itu terlalu aneh dan tak pernah dia lihat sebelum ini. Bunyi bising di sekelilingnya membuatkan dia memandang penumpang-penumpang yang mula kalut berdiri. Akhir sekali dia mengalih pandangan pada Mak cik Lijah yang sedang tunduk mengutip botol air mineral yang terjatuh.

"Kita dah sampai!"

Danisya terperanjat bila suara Mak cik Lijah betul-betul di tepi telinganya. Baru dia sedar yang dia sudah sampai ke stesen bas Duta. Dia kemudiannya mengeluarkan dompetnya yang kelihatan lama. Tiba-tiba dia menepuk kepalanya.

"Macam mana boleh lupa ni! Aku kan letak nombor telefon dan alamat dalam beg tadi!" Danisya mengeluh dengan kealapaannya sendiri. Baru dia teringat, tadi selepas menelefon Nurul, dia meletakkan alamat dan nombor telefon Nurul di dalam beg balik kampung. Sekarang dia perlu turun dan mengambil kertas kecil yang disimpan dalam beg yang diletakkan dalam tempat khas penyimpanan beg di bawah bas ini.

"Danisya tak nak turun ke?"

Danisya tersengih memandang mak cik Lijah yang mula mahu berdiri. Dia mengangguk sebelum turut berdiri dan meninggalkan perut bas itu.

"Kuala Lumpur, I'm here!" Danisya bersuara perlahan bila selesai saja dia mengambil beg balik kampungnya. Mulai hari ini, dia akan memulakan hidup baru ditempat baru. Entah apa nasibnya kelak.

Danisya membeli sebotol minuman dari penjaja-penjaja yang menjual di situ. Tekaknya terasa dahaga tiba-tiba. Danisya mencari tempat yang sesuai untuk menjadi tempat duduknya. Dia melihat ramai memenuhi kawasan tempat menunggu ketibaan bas. Rasanya semua tempat sudah penuh. Danisya terus berjalan sebelum ternampak kawasan yang agak legang dengan orang ramai. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas batu penghadang antara longkang. Lantak la apa orang nak kata, dia tak peduli! Dia meletakkan beg disisi sebelum membuka penutp botol air.

"Leganya!!" Danisya terasa lega bila tekaknya mula terasa basah. Dia memandang sekelilingnya. Arghh! Tempa baru!

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu yang ingin diambil dari isi begnya. Dia membuka zip poket beg balik kampungnya. Di situ la dia meletakkan alamat Nurul tadi. Baru saja dia nak mengambil kertas yang terselit di situ, tiba-tiba ada seorang lelaki jatuh dihadapnnya. Niatnya terus mati. Tanpa bertangguh lagi, dia menghampiri lelaki yang kelihatan sakit sambil memegang dadanya.

"Awak okey tak ni!" Kelam-kabut Dannisya bertanya. Simpati mula terbit dalam hatinya. "Eh! Awak ni kenapa?" Danisya yang tak tahu berbuat apa mula kelam kabut. Tiba-tiba dia ternampak seorang pak cik yang kebetulan lalu.

"Awak duduk sini kejap. Saya minta bantuan!" Seusai berkata, Danisya berlari anak menuju ke arah pak cik yang berada tidak jauh. Tercungap-cungap nafasnya. "Pak Cik!" Danisya bersuara bersama lelah yang tak berkesudahan. Dahi Pak cik itu hampir bercantum bila melihat Danisya secara tiba-tiba muncul dihadapannya.

"Pak Cik, tolong! Ada orang..." Danisya tak sempat menghabiskan bicaranya bila dia memandang orang yang sakit tadi sudah tiada di tempatnya. Tiba-tiba matanya membulat bila menyedari begnya juga sudah tiada ditempat yang ditinggalkan. Danisya terpana dan dunianya terasa kelam tiba-tiba.
..............

Dia berjalan tanpa arah tujuan. Tempat yang begitu asing begitu mencabar dirinya. Melihat orang di bandaraya ini membuatkan dia menjadi jakun. Tadi dia berjalan di lorong-lorong kecil yang dia sendiri tak tahu apa tempatnya. Terkejut dia melihat dua manusia yang berasamara dana di lorong sunyi. Petang-petang pun boleh buat maksiat! Tempat ni memang jauh beza dengan kampungnya. Kalau di kampung, terjumpa saja pasangan kekasih yang sedang memadu kasih, memang teruk orang kampung belasah, tapi di sini, semuanya bagaikan satu kebiasa. Yang hairannya, bukan setakat satu pasangan malah lebih daripada dua pasangan. Akhirnya cepat-cepat dia lari dari situ sebelum disedari dan dia berlari hingga kakinya terhenti di kawasan yang ini.

Danisya melihat ke arah langit yang sudah mula gelap. Nampaknya waktu maghrib hampir tiba tapi jalan yang dilaluinya ketika ini terlalu sunyi dan menakutkan. Entah la, dimana kakinya berpijak sekarang ini. Dia hanya melangkah mengikut arahan hatinya. Ada juga dua, tiga buah kereta yang lalu, tapi untuk menahan kereta yang lalu lalang, Danisya bimbang. Dah la baru-baru ni banyak melaporkan kes jenayah rogol. Danisya melangkah dan terus melangkah.

Danisya memeluk tubuhnya yang terasa kedinginan. Ini semua pencuri itu punya pasal. Tak sangka betul, ada juga orang yang nak mencuri beg lusuhnya. Agaknya perompak tu buta! Tak kan beg yang tunggu masa nak tamat riwayat tu dicuri. Bukannya ada apa pun dalam beg tu selain pakaian buruknya. Nak beli tiket balik, duit pula tak cukup. Alamat dan nombor telefon Nurul dah dibawa lari bersama beg balik kampungnya. Mengapa malang betul nasibnya!

"Ibu, apa yang Sya harus buat!" Danisya terasa seperti ingin menangis. Dunia luar benar-benar menakutkan. Hari sudah mula gelap. Danisya terus melangkah kalau-kalau terjumpa masjid atau surau, boleh la dia menumpang rehat. Tapi harapannya hampa. Sepanjang perjalanannya, bukan nak kata Masjid, rumah orang pun dia tak nampak!

"Ya Allah, kau selamatkanlah hamba-Mu ini. Tolonglah aku mencari jalan keluar pada semua ini." Danisya merintih sendiri. Kelopak matanya terasa hangat. Dia memang penakut sikit dan ketakutannya bertambah bila mendengar bunyi-bunyi yang cukup meremangkan bulu romanya.

"Wei! Ada awek la. Makanan lazat kita malam ni!"

Danisya berhenti melangkah. Suara halus dan ditambah dengan ketawa kecil di belakangnya membuatkan dia tergamam. Berdiri setiap helaian bulu roma di tengkuk. Dia menelan air liur berkali-kali.

"Apa pula ada dekat belakang aku ni? Nak kalih ke tidak!" Danisya bersuara sendiri dengan nada terketar-ketar. Tangannya juga disatukan dan mencengkam antara satu sama lain.

"Awek ni sombong la der! Aish, ni yang aku suka sangat. Dapat makan ni, kenyang seminggu aku!" suara lain pula kedengaran. Bulat mata Danisya jadinya. Maknanya bukan hanya ada satu makhluk di belakangnya tetapi dua. Adakah makhluk tu manusia atau pun benda lain? Pelbagai tafsiran buruk bermain dimindnaya.

"Aku bukan makanan. Yang diorang asyik kata aku ni makanan kenapa pula?" hatinya berkata seriau. Danisya membuat keputusan untuk melihat gerangan di belakangnya. Perlahan-lahan dia memandang makhluk di belakangnya tetapi seketika kemudian dia lega. Sekurang-kurangnya, mereka yang menegur adalah manusia bukan benda lain. Tapi tiba-tiba matanya membutang bila melihat seorang daripada tiga orang lelaki yang tersengih-sengih memandang dirinya.

"Awek cantik la, der!" seorang lelaki yang bertubuh kering berkata sambil membuat gaya Flying kiss dengan penuh gahirah. Nak termuntah Danisya melihat.

"Danisya!" seorang lelaki menyebut namanya tiba-tiba.

"Abang Borhan!" Danisya turut mengalunkan nama lelaki itu. Dia tak tahu sama ada perlu bimbang atau bersyukur kerana bertemu dengan lelaki itu. Tapi bila melihat senyuman abang Borhan tiba-tiba, dia rasa dia perlu bimbangkan keselamatan dirinya.

"Kau kenal awek ni ke , der?" Seorang lagi lelaki yang lebih kering bertanya sambil matanya tak lepas melihat Danisya.

"Awek ni adik aku la siot!" jawab abang Borhan sambil memandang Danisya dari atas ke bawah. Geram rasanya bila melihat Danisya di hadapannya. Dah lama dia terpikat pada Danisya, tapi gadis itu selalu saja mengelak. Dia tak tahu mengapa Danisya berada di Bandar besar ini, tapi yang dia tahu hari ini hari paling bertuah kerana gadis yang di idamkan sudah muncul depan mata.

Kaki Danisya terundur ke belakang. Dia tak rela tubuhnya diperhati dengan penuh nafsu. Dia bukannya bodoh, tak faham isyarat mata abang Borhan yang semakin merayap pada tubuhnya.

"Adik kau ke der! Aku ingat baru nak makan besar. Hish! terlepas lagi rezeki aku. Bergetah! Tak boleh tahan." Lelaki kering tadi menjilat bibirnya seakan-akan geram melihat Danisya. Danisya mengeleng-geleng kepalanya. Dia mula kecut perut.

Tiba-tiba abang Borhan ketawa besar dan kuat. Dua orang rakannya bingung melihat tindakannya. "Korang tak payah risau. Perempuan ni adik angkat saja! Kalau korang mau angkat dia, kita sama-sama pesta besar la malam ni." Abang Borhan masih ketawa dan kali ini diikuti kawan-kawannya yang lain.

Danisya tak sanggup lagi berdiri tegak di situ. Lututnya mula longgar bila mendenagr kata-kata yang terkeluar dari mulut-mulut lelaki yang kelihatan compang-camping. Dengan tenaga yang bersisa, dia terus berlari meninggalkan mereka. Walau apa pun terjadi, dia kena menyelamatkan maruah dirinya.

"Woi, perempuan! Jangan lari!" kedengaran suara Borhan menjerit. "Kejar dia!" kali ini Borhan pula memberi arahan. Tanpa menunggu lagi, mereka mengejar Danisya yang semakin menjauh.

Danisya terus berlari sekuat hati tanpa memikirkan apa-apa lagi. Kala ini, hanya satu saja di fikirannya iaitu selamatkan maruah diri yang menjadi satu-satunya harta yang dia masih ada. Tiba-tiba dia jatuh tersembam di atas jalan raya. Lutut dan tangannya terasa begitu perit. Dia memandang kasutnya yang sudah rosak. Seketika kemudian dia memandang lelaki-lelaki yang masih mengejar dan semakin hampir dengan dirinya. Pantas Danisya menarik kedua-dua kasutnya dari kaki dan mencampak kasut-kasut itu ke arah lelaki-lelaki yang masih galak mengejarnya. Dia bangun dan meneruskan lariannya dengan hanya berkaki ayam. Tiba-tiba saja titisan hujan mula jatuh ke bumi. Sekuat hati dia mengerahkan tenaganya. Entah sampai bila dia mampu berlari. Air mata mula merembes keluar.
..............

Raiqal mendengus kasar. Malam-malam macam ni pula kereta buat hal. Dari tadi berkali-kali dia cuba hidupkan enjin kereta, tapi tak mahu juga hidup. Dia dah periksa keretanya tapi tak nampak apa-apa kerosakan. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan pantas tangannya mendail nombor seseorang.

"Hello dik!" sapanya bila ada jawapan dari pihak sana. Tiba-tiba dia menjauhkan telefon bimbitnya dari telinga. Hatinya mendesah geram. Seketika kemudian, dia melekapkan telefon itu kembali ke telinganya. "Adik ni, boleh tak kalau tak menjerit." Raiqal menekan sedikit suaranya. Baru saja dia menyapa, bertubi-tubi soalan yang ditanya Lily. Ingat dia mesin pertanyaan soalan. Dah la kereta buat hal!

"Abang ada masalah ni dik! Kereta abang rosak tengah jalan," ucap Raiqal sambil memerhati enjin keretanya. Rasanya dah berkali-kali dia melihat tetapi semuanya okey saja. "Tak pa. Abang dah call kawan abang tadi, kejap lagi abang sampai la!" bicara Raiqal bila sudah lama terdiam. "Okey! Cakap pada mama, abang lambat sikit!" arahnya sebelum menamatkan perbualan mereka.

Bosan melihat enjin yang tidak tahu di mana rosaknya, Raiqal menutup bonet depannya. Tangannya mengurut dahinya yang terasa pening. Keadaan malam yang begitu hening membuatkan tubuhnya terasa kedinginan. Menyesal pula kerana ikut jalan lama. Sesudahnya, tiada satu kereta pun yang lalu untuk meminta bantuan. Mungkin lebih baik dia menunggu dalam kereta sementara menunggu kehadiran rakannya. Lagipun hujan sudah mula menunjukkan dirinya. Baru saja dia berkira-kira ingin masuk ke dalam kereta, tiba-tiba ada satu tubuh meluru ke arahnya. Tanpa sedar tubuhnya dan tubuh itu bersatu. Matanya bertentang mata dengan gadis yang tiba-tiba muncul, namun dahinya berkerut seribu bila melihat wajah gadis yang mula basah dengan air mata.

"Tolong saya, encik. Ada orang kejar saya," beritahu gadis itu tiba-tiba sebelum meluru ke belakang Raiqal. Tangannya juga menunjuk ke arah lelaki yang sedang berlari ke arah mereka. Raiqal terkedu melihat tiga orang lelaki yang sedang menghapiri mereka.

"Encik! Tolong selamatkan saya. Tolong la encik!" Raiqal dapat rasakan tangan gadis itu sedikit menggeletar walaupun ketika itu, gadis itu sudah mencengkam baju t-shirtnya.

Raiqal menunggu kedatangan tiga lelaki itu dengan hati yang tenang. Mungkin kerana dia mempunyai ilmu seni pertahankan diri dan dia memiliki kemahiran bersilat, membuatkan dia yakin mampu mengalahkan lelaki-lelaki durjana itu.

"Hoi! Kau ke tepi! Jangan masuk campur. Baik kau blah dari sini! Ni hal adik dengan abang!" Borhan berkata bila kakinya berhenti tidak jauh dari Raiqal. Kawan-kawannya juga terangguk-angguk.

Raiqal pantas memandang gadis yang ketakutan di belakangnya. Adik!!! Kalau gadis ini adik lelaki itu, kenapa pula gadis itu perlu melarikan diri daripada abangnya. Dia memandang tajam pada gadis itu seolah-olah meminta jawapan. Bila melihat saja gadi tadi menggeleng, Raiqal pantas memandang tubuh-tubuh dihadapannya.

"Jangan nak tipu aku! Apa yang korang nak dari dia?" Raiqal menjerit kuat. Entah mengapa, tiba-tiba dia terasa ingin menolong gadis itu. Mungkin kerana dia merasakan dia bertanggungjawab atas keselamatan gadis itu. Lagi pun, Gadis itu telah meminta bantuannya.

"Kau jangan masuk campur. Kau bagi je adik aku balik!" Borhan masih tegas berbicara. Geram hatinya bila melihat Danisya sedang berdiri di belakang seorang lelaki asing. Danisya sedikit pun tidak memandang dirinya malah lebih galak menyembunyikan mukanya di sebalik tubuh lelaki yang muncul tiba-tiba.

"Jangan tinggalkan saya pada dia. Dia jahat, encik! Jahat!" Danisya bersuara terketar-ketar di belakang Raiqal. Tiba-tiba dia bersyukur kerana terjumpa dengan lelaki ini walaupun dia tak tahu sama ada lelaki itu baik ataupun tidak. Dia tak peduli! Asalkan dia terlepas daripada Borhan dan rakan-rakannya.

"Hei der! Kau bagi la perempuan tu kat kami! Kami tak sabar nak makan besar malam ni!" Kawan Borhan tiba-tiba menyampuk dengan nada suara yang begitu manja malah tersenyum-senyum gatal.

Raiqal mengeleng. Terasa malu dengan perangai manusia sekaumnya. Kalau dah kemaruk sangat, pergi kawin la! Ni sah tiga ekor beruk ni mat gian. Nak kacau orang je kerjanya.

"Hoi! Kalau korang dah kemaruk sangat, dekat rumah pelacuran banyak la. Pilih je mana yang korang suka!" Raiqal membalas kasar. Suaranya juga dikuatkan bagi melawan hujan yang tiba-tiba turun semakin laju.

"Itu kena duit la der! Kami mahu yang bergetah macam dia tu!" lelaki kering tadi membalas. Tiba-tiba abang Borhan melangkah ke hadapan, namun kakinya terhenti bila telefon bimbitnya berbunyi. Melihat nama yang tertera, cepat-cepat dia menyambut panggilan.

"Wei, kita ciou! Bos dah panggil!" ujar abang Borhan kepada rakannya. Dia mula melangkah ke arah belakang. Nampaknya, Danisya terlepas lagi kali ini. Terasa berat mahu melepaskan peluang yang terbuka, namun arahan daripada bos kena turuti. Biasalah bagi pengedar dadah sepertinya.

Kawan-kawan Borhan kecewa. Nampaknya mereka terlepas barang baik hari ni. Seketika kemudian mereka turut mengikut langkah Borhan yang semakin jauh.

"Adik manis, nanti kita jumpa lagi tau!" sempat lagi lelaki bertubuh kering itu melepaskan Flying Kiss kepada Danisya sebelum berlari mendapatkan Borhan yang semakin menjauh.

Danisya manarik nafas lega. Tangannya pada baju lelaki itu juga terlerai. Dia tak tahu mengapa abang Borhan pergi begitu saja, tapi yang dia tahu, dia bersyukur kerana dirinya masih selamat.

"Awak okey!" Raiqal memandang simpati pada Danisya. Kalau dia tiada tadi, pasti gadis itu sudah menjadi habuan lelaki-lelaki itu tadi.

Danisya mengangguk berkali-kali. Air mata yang menitis diseka perlahan. Dia memandang wajah lelaki itu. Suasana yang gelap, membuatkan wajah lelaki itu tidak jelas. "Saya okey! Terima kasih encik. Kalau encik tak ada tadi, saya tak tahu apa nasib saya."

Raiqal baru saja ingin membuka bicara, tapi tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. "Cik, masuk dalam kereta dulu!"ujar Raiqal sambil menarik tangan gadis tadi dan memasukkan tubuh itu ke dalam keretanya. Kemudian, dia pula menuju ke tempat pemandu dan memuatkan dirinya ke dalam keretanya.

Danisya mengelap tubuhnya yang basah dengan tangannya dan begitu juga Raiqal. Mata Raiqal tertunak pada Danisya yang kelihatan comot dengan rambut yang kusut masai. Matanya terpandangkan sweater yang tersangkut pada tempat sandar Danisya. Tanpa berlengah, dia mencapai sweater dan menghulurkan kepada Danisya.

"Ambil la!" suruhnya bila Danisya kelihatan teragak-agak. Danisya tersenyum tawar sebelum mengambil baju yang dihulurkan oleh lelaki itu.

"Tadi tu abang awak ke?" Raiqal mahu tahu. Dari tadi dia tertanya-tanya sama ada lelaki tadi menipu ataupan tidak!

Danisya gelisah. Dia antara nak bercakap benar ataupun tidak. Dia memandang Raiqalyang masih setia menunggu jawapannya. Akhirnya dia mengangguk lemah.

"Jadi dia tak tipu la! Kenapa awak perlu lari kalau dia abang awak?" pelbagai tanda tanya mula bermain di fikiran Raiqal. "Ke awak lari dari rumah!" tuduhnya tiba-tiba.

"Tak!" spontan suara Danisya terkeluar. Dia menarik nafas panjang. "Dia bukan abang kandung, dia hanya abang angkat saya!"

Raiqal terlopong. Jadi memang gadis itu bukan adik lelaki tadi. Tengok muka pun tahu. Tak sama langsung! "Macam mana la awak boleh jadikan lelaki itu abang angkat awak. Tu la budak zaman sekarang, sibuk sangat nak berangkat-angkat. Sekali diri tu terangkat baru tahu." Raiqal menggeleng. Dia sendiri tak faham dengan fenomena sekarang ni. Nak adik angkat la, abang angkat la, kakak angkat.

Danisya menggeleng laju. Nampaknya lelaki itu mula salah faham. "Sebenarnya saya anak angkat keluarga lelaki tadi jadi secara tak langsung dia jadi abang angkat saya."

Raiqal termalu sendiri. Dia ingatkan gadis itu jumpa seorang lelaki, terus je menawarkan diri menjadi adik angkat. Rupa-rupanya, gadis itu anak angkat keluarga lelaki itu. Tu la, lain kali serbu pakai helmet dulu.

"Sorry!"

Danisya tersenyum mendengar ucapan maaf lelaki itu. Dia memandang ke luar. Nampaknya hujan mula reda.

"Kenapa awak ada di sini!" pelik juga Danisya bila memikirkan apa yang lelaki itu buat di kawasan sunyi itu.

Raiqal mendengus perlahan. Dia memandang ke arah luar mencari kalau-kalau rakannya sudah sampai tapi hampa. Dia kembali memandang Danisya. "Kereta ni rosak. Sekarang ni tunggu kawan saya datang ambil saya." Raiqal menggaru tengkuknya yang terasa gatal sambil berbicara. "Awak tinggal mana? Boleh nanti saya suruh kawan saya hantarkan."

Danisya serba salah. Apa yang dia perlu katakan. Tak kan nak kata dia tak da rumah di Kuala Lumpur ni dan niatnya nak menumpang tidur di mana-mana masjid berhampiran! Hatinya gelisah.

"Sebenarnya saya..."

Belum sempat Danisya memulakan kata, pintu tingkap kereta diketuk dengan kuat. Dari dalam kereta, mereka melihat lelaki-lelaki berkopiah putih. Tanpa kata, Raiqal dan Danisya berpandangan sesama sendiri

Leave a Reply