Tuesday, 12 April 2016

DALAM KETERPAKSAAN (bab 2)


Raiqal Adif duduk di taman bunga yang baru saja selesai diubah suai oleh mamanya. Mamanya memang pantang bila bersangkut paut dengan bab hias menghias. Bagi mama, kesempurnaan dalam hiasan itu penting supaya dapat menenangkan minda bukannya menyerabutkan kepala! Walaupun taman mini itu tampak simple, namun mampu menarik perhatian sesiapa saja. Kali ini dia setuju dengan ibunya kerana kala ini dia dapat merasakan hatinya penuh dengan ketenangan dan kedamaian. Jam tangan yang tersangkut kemas di lengannya yang cantik terbentuk, dikerling. Baru jam 7.00 pagi. Nampaknya hari ini dia Berjaya mengatasi rasa mengantuknya kerana selalunya selepas subuh pasti kepalanya mencari bantal. Rupanya seronok juga berada di taman waktu pagi begini. Semuanya nampak begitu indah dan menyamankan.

Bosan merenung cahaya matahari yang mula memancar, Raiqal mengambil gitar merahnya yang dibawa bersama sewaktu melangkah ke taman Mini itu tadi. Ada angin yang mula menyapa seolah-olah memberi kebenaran supaya memetik gitar dengan mengalunkan melodi indah. Raiqal tersenyum sebelum memetik gitarnya sekali lalu. Dia masih memikirkan lagu apa yang harus dimainkan. Tiba-tiba otaknya menangkap sesuatu lagu yang tiba-tiba terlintas. Mungkin lagu yang bakal dimainkannya akan menunjukkan rasa hatinya yang sebenar. Tanpa kata, dia memetik gitar sambil mulutnya mengalunkan lirik yang bermain dimindanya.

Setiap baris kata-kata yang ku baca,

Bagaikan jalan hidupku,

Tiada lurus semua seolah hampa,

Haruskah aku sesali,

Raiqal memjamkan matanya sambil menghayati bait-bait lirik yang mula kedengaran dari bibirnya. Setiap perkataan yang terkeluar menunjukkan isi hatinya yang sebenar. Terasa bagaikan lagu yang dimainkan seoalah-olah mengejek dirinya.

Bagai kisah kita yang surut selalu,

Bilakan berakhir....

Biarkan aku berundur,

Jika itu yang telah tertulis,

Jalanku tak panjang ,

Bersama dirimu,

Raiqal merasakan hatinya mula terasa sakit. Wajah manis seorang gadis bagaikan tertayang di mindanya. Satu persatu kenangan mula menerjah ingatannya. Ingatan, jiwa, dan hatinya bagaikan dicengkam erat. Hatinya terasa sayu, namun dia tetap terus mengalunkan lagu itu di dalam suasana yang sungguh hening.

Jadikan dia terbaik,

Kerna itu yang telah kau pilih,

Biarkan ku membawa semua,

Luka...

Nyanyian Raiqal terhenti setakat itu. Bunyi derap kaki yang semakin hampir membuatkan perhatiannya terganggu. Hilang semua lamunan dan ingatannya sebentar tadi. Tangkas saja matanya menangkap kelibat adiknya yang tersenyum pada dirinya.

Lily melangkah ke arah abangnya yang duduk bersantai di meja putih yang di beli oleh mama mereka sebulan lalu. Meja itu langsung tidak menampakkan kotoran walau sedikit pun. Kali ini dia memberikan mamanya lima bintang dalam bab penjagaan barang. Memang teliti habis. Tiba-tiba dia bertepuk tangan denagn kuat.

"Best la suara abang! Apa kata abang masuk je pertandingan menyanyi, tak pun Akademi Fantasia ke. Mana tahu kalau suara abang tu boleh buat duit. Makin kaya la abang nanti," ujar Lily bersama senyuman manis sehinggakan menampakkan lesung pipitnya yang cantik terbentuk.

Raiqal menggeleng. Dah bosan dia mendengar adiknya ulang benda yang sama. Tak habis-habis pujuk dirinya menyertai pertandingan menyanyi semua tu. Tu semua bukan minatnya. Dia bersyukur kerana dikurniakan suara yang cukup merdu tetapi untuk mendendangkan di hadapan khalayak memang tak la! Menyanyi hanya sekadar hobi.

"Tak payah la nak senyum sangat! Tu pipi adik tu dah berlubang. Hodoh!"

Lily cepat-cepat menekup pipinya. Adakah lesung pipit yang cantik dikatakan hodoh oleh abangnya. Tak patut sungguh! Tahu tak berapa ramai perempuan di Malaysia ni idamkan lesung pipit yang cantik terbentuk sepertinya?

"Eleh! Abang cemburu sebab tak ada lesung pipit. Dah besar gajah pun nak cemburu. Tak matured langsung!" balas Lily spontan. Dia tahu kata-kata abangnya sebentar tadi hanya bertujuan untuk mengusik. Lily menyebak rambut hitamnya ke belakang. Rimaslah bila rambutnya yang dibiarkan bebas menutupi matanya.

Raiqal meletakkan gitar di kerusi kosong sebelahnya sebelum memberi perhatian kepada adiknya yang mula melabuhkan punggung di sebelahnya. Adiknya juga sudah menongkat dagu sambil memandang dirinya. Adakah tubuhnya yang Fit dikatakan besar gajah? Buta agaknya Lily ni! Tanpa kata, dia mengangkat sebelah keningnya.

"Nak tunjuk dia boleh angkat kening sebelah la tu! Adik pun boleh la!" Lily cuba mengangkat keningnya tetapi bukan hanya sebelah, kedua-dua belah keningnya turut terangkat. Berkali-kali dia mencuba tetapi gagal.

Raiqal ketawa kuat melihat usaha adiknya yang gagal. Tiba-tiba kepala gadis itu diluku dengan dua jarinya. "Kalau tak reti tu, tak payah buat la. Lily buat macam tu memang jelas nampak kehodohannya," ujar Raiqal dengan tawa yang masih bersisa. Itulah adik tunggalnya yang selalu tidak berputus asa dalam mendapatkan sesuatu. Hanya Lily kawannya di dalam rumah besar milik papa dan mamanya. Hanya mereka berdua saja anak kepada pasangan Tuan Haji Azam dan Hajah Maria dan disebabkan itu juga, dia sangat sayangkan satu-satunya adik tunggalnya .

"Menyampah betul!" Lily mula berang. Dia mengalihkan wajahnya ke arah bertentangan. Sakit hatinya dimain sedemikian.

"Alala..adik abang yang cantik ni dah merajuk la. Macam mana abang nak pujuk ni? Tak kan nak kena bagi coklat kut?"

Lily tersenyum nipis. Dia bukannya merajuk betul-betul pun, saja nak bermanja dengan abang sendiri. Tak salah kan?

"Okey! Abang minta maaf ye adik manis." Raiqal menyatukan kedua-dua tapak tangannya ke arah Lily yang masih belum mahu melihat dirinya. "Abang janji, petang nanti kita shopping. Semuanya abang belanja. Lily pilih je!"

Mata Lily mula bersinar. Janji abangnya benar-benar menarik. Sayang kalau dilepaskan. Waktu macam ni la dia patut kerjakan duit abangnya, bukan selalu dapat. Pantas wajahnya dikalihkan ke arah abangnya. "Janji!"

Riaqal tersenyum. Pujukannya menjadi. Dia tahu sangat kelemahan adiknya yang sorang ini. "Kalau sebut pasal shopping, dia la orang pertama yang suka. Ni mesti dah simpan dalam kepala otak tu nak kikis duit abang kan?" ucap Raiqal sambil mencuit hidung adiknya. Suka pula bila melihat muncung yang kelihatan pada raut wajah adik kesayangannya.

"Sakitlah!" Lily menepis tangan Raiqal. Pasti merah hidungnya kala ini. "Tak kisah la adik nak kikis ke apa, tapi abang dah janji. Abang mesti belanja semua yang adik nak!" Lily mengingatkan. Tangannya masih berada pada hidungnya yang terasa perit.

Raiqal garu kepala. Nampaknya habis duitnya dikopak adiknya nanti. Jangan nipis kad kreditnya cukup! "Ye la!" janji Raiqal pasrah. Dia sudah berjanji terpaksalah dia mengotakannya.

"Yeyyy!!" Lily bersorak gembira. Pelbagai barangan sudah bermain di matanya. "Ala.. duit abang tu tak luak punya kalau setakat belanja adik. Abang kan Pengurus syarika EZ Holdings dan tak lama lagi bakal jadi CEO pula. Lepas jadi CEO, abang mesti kena belanja adik shopping setiap hari tau!"

"Oh! Pandai dia ya. Abang yang kerja kuat, dia senang-senang je nak mengopak duit. Pandai betul adik buat rancangan."

Lily tersengih-sengih memandang Raiqal. "Ala, abang belanja adik abang juga, bukan orang lain." Selamba saja Lily bertutur.

Raiqal terdiam. Tiada modal untuk membalas, namun tiba-tiba dia tersenyum. "Kenapa abang pula belanja? Nanti suruh la bakal suami adik belanja. Adik cakap je apa yang adik nak, mesti dia beli punya."

"Hish! Adik mana ada bakal suami. Adik ni baru 19 tahun tau! Muda lagi kalau nak kahwin. Abang tu yang patut kahwin, sebab abang dah tua tahu!" Lily membalas.

Raiqal tersenyum tawar. Perkataan kahwin berlegar-legar di ruang minda. Hatinya diterpa sayu tiba-tiba. Tanpa sedar dia melepaskan keluh resah sambil meraup rambutnya yang pendek.

Lily mula tersedar kata-katanya tadi membawa abangnya ke daerah resah. Terasa ingin menampar mulutnya yang terlalu lancang berkata tanpa berkata. Bukannya dia tak tahu betapa sensitifnya Raiqal bila disebut tentang hal yang satu itu. Kakinya mula tak boleh duduk diam kerana sedar dia sudah membuat masalah.

"Bom!!"

Jeritan tiba-tiba membuatkan Lily hampir melompat dari duduknya. Tangannya mengurut dadanya yang berdegup kencang. Nasib tak berhenti jantungnya tadi. Dia memandang Raiqal yang ketawa mengekek-ngekek. Hatinya mula diasak rasa geram yang teramat sangat. Matanya sudah mengecil memandang Raiqal.

"Okey! Abang minta maaf," ucap Raiqal bila sedar pandangan adiknya yang penuh dengan kemarahan. Tadi dia hampir ketawa melihat wajah bersalah adiknya. Dulu mungkin dia terlalu sensitif jika disoal mengenai itu, namun kini dia dah matang untuk menilai baik buruk sesuatu. Walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan.

"Siap abang nanti! Lily kopak duit abang sampai poket abang koyak rabak!" Bicara Lily dengan penuh amaran. Dia memeluk tubuhnya sendiri.

Raiqal langsung ketawa seolah-olah tak takut dengan amaran adiknya. Riang hatinya melihat wajah cemberut yang memuncung seperti ikan todak. Tanpa kata dia mengeletek pinggang adiknya. Apa lagi, menggeliat la Lily jadinya.

"Abang, tak mau la. Geli la! Tak mau." Liliy mula berdiri dan menjauh daripada abangnya. Dia sudah tak mampu menahan geli tapi abangnya juga mula bangun dan mengejar dirinya. Apa lagi, mencicitla dia berlari daripada ditangkap oleh Raiqal. Mereka sama-sama bergelak ketawa sambil bergurau sesama sendiri.

"Raiqal!"

Aksi kejar mengejar antara Raiqal dan adiknya terhenti bila ada yang menyebut namanya. Pantas mereka berdua melihat gerangan yang berdiri tidak jauh daripada mereka. Senyuman mula terukir pada wajah kedua-dua adik beradik tadi. Tiba-tiba saja Raiqal menggamit gadis yang muncul supaya menghampiri mereka. Penuh aura gadis itu melangkah. Di suasana pagi ini, membuatkan wajah gadis itu nampak lebih jelita daripada biasa walaupun gadis itu hanya memakai pakaian sukan dan mengikat tinggi rambutnya yang beralun. Kecerahan wajahnya juga turut terpancar.

"Kak Tasya!" seru Lily tiba-tiba. Dia terus berlari anak ke arah Natasya yang tersenyum manis. Bila sampai saja pada Natasya, terus saja Lily memeluk lengan gadis itu sebelum mereka bersama-sama melangkah ke arah Raiqal.

Natasya tersenyum manis bak gula bila tiba di hadapan Raiqal. Tiba-tiba saja dia mengenyitkan matanya. "Jom Jogging!" ajaknya sambil tersenyum.

Raiqal menggaru kepalanya sambil membalas senyuman gadis yang dirasakan cukup jelita. Wajahnya kelihatan sedikit nakal. Dia memandang adiknya yang mengangguk seperti burung belatuk di sisi Natasya. Dia faham maksud adiknya.

"Okey!" ucapnya akhirnya. Natasya sekali lagi tersenyum sehingga nampak sebaris giginya yang putih bersih.

Leave a Reply