Monday, 25 April 2016

BACKUP CINTA (PROLOG)




   Matanya perlahan-lahan terbuka. Silau menyapa mata namun dia masih gagah cuba membuka mata dan melihat tubuh-tubuh dihadapannya. Semakin lama, kekaburan matanya hilang dan saat itu dia melihat wajah-wajah di hadapannya seolah-olah keresahan.

   “Isha dah sedar?”

   Isha Humaira tak menjawab sebaliknya melihat sekeliling dengan wajah berkerut seribu. Putih! Dia memandang kak long dan kak ngah yang kini sudah tersenyum lega.

   “Isha dekat mana ni?” soalnya dengan mata meliar-liar seakan mencari sesuatu.

   Wajah ahli keluarganya dicari tapi hampa. Hanya wajah kakak-kakak sepupunya saja yang melintas di ruang mata. Mana mak, ayah, adik dan kakaknya?

   “Isha dekat hospital ni sayang.”

Dia tersentak. Bebola matanya meluru terus ke arah kak long dengan cubaannya untuk terus bangun tapi kepalanya terasa bagai dicucuk-cucuk.

“Kenapa ni? Isha nak duduk ye?”

Cekap tangan kak ngah, Intan membantu adik saudaranya. Tadi dia dan Irdina memang betul-betul risau bila Isha tak sedarkan diri. Dua hari adiknya terlantar dan dia sangat bersyukur melihat Isha kembali sedar. Cuma satu saja dirisaukan. Keadaan adik sepupunya! Saat Isha sedar adakah kenangan semalam akan masih menghantui hidup adik sepupunya itu?

“Mana keluarga Isha, kak ngah?”

Intan dan Irdina terkesima. Tingkah Irdina yang mengusap bahu Isha terhenti. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri dengan mata terbelalak. Isha mencari keluarganya?

“Kak ngah mana mak dengan ayah Isha? Dia orang keluar ke?”

Isha sedikit kesal. Apa la mak dengan ayah ni, tak tunggu dia yang terlantar di hospital ni. Kalau ya pun nak keluar, tinggalkan adik atau kakak untuk temankan dia. Disuruhnya kakak-kakak sepupunya menunggu dia di hospital ni. Ni yang nak merajuk ni. Tapi macam mana dia boleh ada di hospital pula?

“Isha, Isha okey ke tak ni?”

Irdina mengigit bibir keresahan. Seribu pertanyaan bermain dihatinya.

“Kenapa kak long? Isha lupa nak tanya tadi. Kenapa Isha ada dekat hospital?”

“Isha tak ingatkah?” kali ni Intan pula bersuara.

Sekilas dia memandang Irdina yang tergeleng kecil.

“Ingat apa?”

“Isha lupa yang keluarga Isha dah....” kata-kata Intan terhenti.

Isha hanya menanti ayat Intan seterusnya, namun terasa aneh bila kakak sepupunya berhenti bersuara? Apa yang dia lupa?

“Kak ngah...” panggil Isha. Hatinya rasa tak sedap melihat wajah teragak-agak Intan.

“Isha keluarga Isha kan.... dah meninggal. Isha tak ingat?”

Mata Isha mendadak membulat mendengar ucapan Irdina. Mulutnya ternganga dengan wajah keliru.

“Kak long jangan main-main.” Matanya terkejip tak percaya.

Tidak! Irdina tipu. Mana mungkin! Baru semalam dia bersama keluarganya.

“Kak long tak main-main.”

Irdina menggeleng. Mana mungkin dia bermain dengan kematian. Semua ahli keluarga Isha dah meninggal setahun yang lalu. Kenapa Isha tak ingat?

“Isha...”seru Intan. Riak Isha mencemaskan dirinya.

Bibir Isha terketar sendiri. Cuba mengingati tapi ingatannya kelam. Yang dia Nampak hanya senyuman setiap dari ahli keluarganya.

“Auch...”

Isha pegang kepalanya yang tiba-tiba rasa sakit. Meninggal? Dia semakin tak percaya. Kepalanya terasa bagai dicucuk-cucuk pula kali ini.

“Isha okey ke tak ni?” soal Irdina cemas.

“Tipu! Kak long tipu Isha. Tak mungkin keluarga Isha dah tak ada. Keluarga Isha masih hidup. Ayah, mak, adik dan kakak Isha masih ada. Mana mereka? Isha nak jumpa mereka!”

Tiba-tiba saja Isha menjerit. Tangan Irdina di bahunya ditolak ganas dengan mata garang. Irdina tipu! Semua penipu!

“Isha kenapa ni? Keluarga Isha dah tak ada setahun yang lalu!”

Isha tersentak. Setahun? Dia menggeleng keras.

Tipu!!!! Hatinya rasa sebak tiba-tiba. Dia yakin keluarganya masih ada. Baru semalam dia pulang dari rumah kawan semata-mata tak nak terlepas sambutan hari jadi adiknya, Hisyam. Dia sangat yakin yang Intan dan Irdina hanya mereka cerita.

“Tipu! Kak ngah, kak long jangan la bergurau macam ni. Isha merayu jangan la buat Isha macam ni.” rayu Isha dengan air mata mula membasahi lekuk pipinya.

Air mata yang menitis menunjukkan betapa takutnya jika apa yang dikatakan oleh kakak-kakak sepupunya itu menjadi kenyataan. Dia tak mampu terima.

“Isha, keluarga Isha dah tak da. kemalangan setahun yang lalu. Ayah, mak, adik dan kakak Isha semua dah tak ada.”

Bibir Isha Humaira bergetar dengan mata mengecil menahan kehangatan air mata yang tiba-tiba mengalir. Semakin ligat dia menggeleng. Satu persatu wajah keluarganya terbayang dimata. Kenapa semua ni berlaku dan kenapa dia tak ingat langsung tentang kemalangan? Benarkah ada kelmalangan yang berlaku?

“Tipu! Semuanya tipu!!!!” jerit Isha tiba-tiba.

Dalam sesaat saja dia meronta ganas. Habis ditolaknya Irdina hingga terjelopok Irdina di atas lantai. Jarum ditangan dicabut dengan linangan air mata. Dia memandang benci pada Intan.

“Kak long dengan kak ngah tak kan dapat tipu Isha. Isha akan cari keluarga Isha sendiri. Isha akan tunjukkan yang mereka masih hidup. Ayah dan mak Isha masih hidup!”

Dengan jeritan kuat itu, Isha meluru keluar. Rempuhan kasar pada tubuh Intan tak dipedulikan.

“Isha!!!!” Intan terjerit kecil sebelum meluru ke arah kakaknya yang tersungkur atas lantai. Tangan Irdina ditarik supaya bangun.

“Kita kena kejar dia.” Beritahu Irdina cemas.

“Aku kejar dia, kau beritahu doktor or nurse what ever. Cepat!” Intan mengangguk laju. Sebagaimana lajunya dia mengangguk, selaju itu juga dia cuba mengejar Isha.

Beberapa minit kemudian, Intan berhenti kepenatan. Dipandang sekeliling tapi wajah Isha tak kelihatan. Tak sepatutnya dia memberitahu Isha saat ni. Tapi satu saja yang ada di kepalanya saat ini, kenapa Isha boleh lupa sedangkan setahun sudah berlalu?

“Jumpa dia tak?”

Intan tersentak sekejap sebelum mengeleng. Wajah kakak sulungnya yang turut melepaskan lelah dipandang dengan rasa bimbang.

“Kita kena telefon mak. Nanti mak risau,” ujar Irdina lagi.

Intan sekadar diam.

“Kenapa kau tipu Isha?”

Kali ni Intan tersentak. Dia mengeluh dengan rasa bersalah.

“Aku.....” lidah Intan terkelu.

“Memang keluarga mak ngah dah meninggal tapi bukan kemalangan. Kenapa kau tipu Isha, Intan?”

Intan tak tahu berkata apa-apa. Ya dia menipu! Tapi penipuannya bersebab. Mana mungkin dia memberitahu Isha segala-galanya. Kalau Isha kembali ingat kejadian setahun yang lepas macam mana?

Tadi saat melihat Isha seperti tidak mengingati apa-apa, laju saja lidahnya berbohong untuk menyembuyikan hakikat yang sebenar.

“Aku cuma tak nak Isha jadi macam dulu. Kalau dia ingat apa yang terjadi setahun yang lepas, Isha tak kan mampu terima.” Akhirnya keluar juga alasan dari bibirnya.

“Tadi bila Isha bangun dan dia bercakap, aku rasa macam mimpi. Dia bercakap dengan aku, dengan kau. Isha tak pernah bercakap dalam tempoh setahun ni, kau tahu kan? Aku tak nak dia kembali trauma kalau dia ingat apa yang terjadi setahun yang lepas. Aku tak mampu tengok dia menderita sekali lagi.” Sambung Intan sebak. Wajahnya menahannya seribu kesedihan.

“Tapi kenapa Isha tak ingat?” soal Irdina aneh

Intan hanya menggeleng lemah. Dia tak punya jawapan.







Air mata yang galak menodai pipi dibiarkan membasahi wajahnya. Dari tadi dia tak habis-habis teresak sendiri. Hatinya pedih dan jiwanya terasa dicincang-cincang kejam. Dia mencari tapi wajah kesayangannya tak muncul juga.

Mak, ayah, adik, kakak, kau orang dekat mana? Kau orang tak kan tinggal Isha sendirian kan? Keluar la, Isha dah penat. Jangan mainkan Isha lagi, bisik hatinya lirih.

Suara ngongoiannya mampu membuatkan sesiapa saja yang mendengar menitis air mata. Suara mendayu-dayu seolah-olah harapan dalam hatinya hanya tinggal secebis.

Bibirnya bergetar dengan nafas tersekat-sekat. Dia ingin balik tapi dia tak tahu di mana dia berada. Ingatannya bercelaru. Sudahnya dia hanya berjalan tanpa arah dengan berpakaian hospital. Sedar tak sedar, kakinya meniti di atas jalan raya. Kereta lalu lalang dengan hon yang membingitkan telinga langsung tak dihiraukannya. Dia cuma berjalan tanpa perasaan kerana perasaannya terasa sudah mati!

Isha nak mak, nak ayah. Nak adik, nak kakak. Isha rindu sangat. Isha betul-betul rindu.

Terasa masih segar di ingatan, senyuman manis kak Iza. Air matanya lebih laju menitis.

“Pin!!!!pin!!!!....

Bunyi hon terasa menyapa terus pada telinganya. Pantas dikalihkan wajahnya ke tepi dan saat itu wajahnya disimbah dengan kerlipan lampu. Matanya membesar saat sebuah kereta hitam meluncur laju ke arahnya. Beberapa saat kemudian, tubuhnya terasa melayang. Air mata menitis lagi. Adakah ini saat terakhirnya di muka bumi ini.

Tubuhnya terasa menyembah jalan raya. Rasa sakit mencucuk-cucuk seluruh tubuhnya. Nafasnya juga terasa bagaikan tersekat seluruhnya.

“Gila ke?!”

Suara itu menyedarkanya. Mata dibuka dan saat itu ada wajah memenuhi ruang matanya.

“Miss, are you okey? Kenapa jalan tengah-tengah macam tu? Tak nampak ke banyak kereta lalu lalang? Kalau kena langgar macam mana? Dah lama hidup ke?!”

Suara keras itu sedikit pun tak mempengaruhi gerakan Isha sebaliknya mata Isha galak merenung lelaki yang erat memeluk dirinya. Air matanya tumpah lagi.

Lelaki itu mula bangun bila tubuh gadis dalam pelukannya bagaikan patung. Merenung wajahnya dengan tangisan tanpa bergerak sedikit pun. Tanpa kata dia memaut tubuh Isha supaya berdiri dan membawa tubuh itu ke tepi.

“Lari dari hospital?” soal lelaki itu

Pakaian Isha direnung. Sah! minah ni lari dari hospital.

“Bisu eh?” soalnya lagi bila Isha hanya duduk tanpa bercakap. Hanya diam meyelubungi gadis itu.

“Ada sesiapa ke yang saya boleh hubungi?”

Lelaki itu mengeluh berat bila pertanyaannya masih tak dijawab. Dia buat kesimpulan sendiri. Dia yakin gadis di depannya itu bisu!

Jelas ada air mata bersisa pada anak mata itu. Sepasang mata yang merenung dengan kesedihan, menarik perhatiannya. Mata gadis itu seolah-olah meminta pertolongan dan mata itu juga penuh dengan rasa pedih dan sayu.

“Awak ada masalah?”

Lelaki itu masih juga bersuara walaupun dia yakin gadis itu bisu. Tiba-tiba dia ketawa sendiri. Malangnya hari ni. Terpaksa bercakap sendiri bagaikan orang bodoh!

“Cik, saya bukanlah nak bersyarah ke, nak berlagak pandai ke. Tapi saya yakin cik ada masalah kan?”

“Cik semua orang ada masalah, tapi tak kan disebabkan masalah tu, sampai nak gadaikan nyawa. Cik berdiri tengah-tengah jalan raya tu, kalau cik kena langgar mati terus tak apa. Senang! Kapan terus je.”

“Tapi kalau tak mati, tapi lumpuh ke? Koma ke? Tak ke akan menyusahkan orang? Kalau tak ada saya tadi, agaknya apa nasib cik tadi?!”

Panjang lelaki itu membebel. Isha mendengar tapi bibirnya bagaikan lumpuh untuk bersuara.

“Apa saja masalah yang berlaku dalam hidup ni, adalah ujian. Cik patutnya hargai nyawa cik. Cik ni kira beruntung tahu sebab masih diberi kesempatan untuk hidup sedangkan ada orang lain di luar sana sedang mengira detik kematiaan!” omel lelaki itu lagi.

Dia mengeluh dan menarik nafas panjang. Entah dengar atau tak gadis itu tentang omelannya. Dengan rambut serabai, dengan keadaan tak terurus, tak hairan la kalau gadis itu dikatakan orang gila. Tiba-tiba matanya jatuh pada lengan gadis itu.

“Cik berdarah?”

Terus dikeluarkan sapu tangan dari koceknya. Dibalut kemas pada lengan itu. Seketika kemudian, dia mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Abang tolong datang sini kejap. Jalan dekat seven eleven yang saya selalu pergi tu. Cepat tau!” gesa lelaki itu sambil melekap telefon di telinganya.

Dikerlingnya Isha yang saat ini memandangnya. Satu senyuman manis dilemparkan hingga menampakkan lekuk di pipinya.

“Sekarang tahu! Urgent!” ujarnya lagi sebelum mematikan talian.

“Cik, tunggu di sini sekejap tahu. Jangan pergi mana-mana. Sekejap lagi saya datang balik.” Pinta lelaki itu tiba-tiba saat menghampiri Isha.

Isha duduk tanpa bergerak. Hanya memandang lelaki itu yang berlari ke suatu arah. Hatinya terasa senak tiba-tiba. Dia ditinggalkan sendiri. Wajah keluarganya kembali menyapa mata. Air mata yang hampir kering, berlinang kembali.

Beberapa mini kemudian, lelaki itu muncul dengan beg plastik di tangan.

“Nah! Minum ni dulu.” Suanya sebotolair mineral.

Bila Isha tak menyambut, dia sendiri buka dan disuakan ke mulut gadis itu. Isha sekadar menurut.

“Sini kejap tangan tu.”

Kali ini lelaki itu mencapai tangannya dan kemudian melekatkan sesuatu pada tangannya yang calar-balar.

“Dah siap. Ni sekejap je nanti saya bawa awak ke hospital okey.”

Isha tak menjawab biarpun berbuih mulut lelaki itu mengata itu dan ini. Pandangannya jatuh pada wajah lelaki yang tampak ikhlas sebelum matanya melirik ke tangan lelaki itu. Darah?! Isha tercengang.

Tanpa kata, sapu tangan yang terbalut di tangannya dirungkaikan hingga dahi lelaki itu bercantum sesama sendiri.

“Kenapa cik....

Belum sempat lelaki itu menyambung kata, terasa tangannya disentuh. Dia terdiam saat gadis itu membalut tangannya yang turut berdarah. Mungkin terseret di jalan tadi.

Isha tersenyum kecil saat tangan lelaki itu disiap balut. Dia memandang lelaki itu dan saat itu juga mata mereka berdua bertatapan. Lama! Terasa jarum jam waktu itu bagaikan terhenti. Hati mereka diselubungi rasa yang pelik.

“Rul...”

Isha dan lelaki itu tersentak. Tersenyum lelaki itu saat melihat wajah yang tiba-tiba menyapa mereka berdua.

“Jom!” ajaknya pada Isha.

Dan tangannya dihulurkan pada Isha dengan senyuman yang cukup mempersonakan.

Leave a Reply