Monday, 25 April 2016

BACKUP CINTA BAB 4


Suasana di balai ketibaan KLIA agak riuh dengan keluarga yang menunggu kepulangan saudara masing-masing. Semua itu membuatkan Shahrul merengus kuat. Bising!

Satu langkah lagi sebelum dia keluar dari balai ketibaan, langkahnya termati. Bibirnya terconget senyuman penuh sinis sekali gus membuka kaca mata hitamnya. Kaca mata disangkut dikolar bajunya.

Akhirnya dia kembali. Kembali hanya selepas Lima tahun berlalu. Kembali setelah segala janji dan sumpahnya terlerai. Dulu dia pergi dari bumi Malaysia dengan seribu kesedihan, kekecewaan dan kesakitan tapi kini dia kembali dengan satu perasaan yang tak mungkin terluah olehnya. Marah, benci, dendam, semuanya bersatu. Sari matanya menunjukkan kepulangannya kali ini bukan untuk saja-saja tetapi mereka yang pernah melukai dan menyakitinya perlu bersedia. Bersedia menerima Shahrul yang baru yang tak pernah mereka lihat sebelum ini.

Rahman di belakang sekadar memerhati. Bila Shahrul melangkah, dia ikut melangkah. Sesekali ada beberapa kumpulan wanita yang mencuri pandang bosnya. Tahulah Shahrul tu kacak. Aku pula, tak nak diushanya, bisik hati rahman.

Shahrul sedar dia diperhatikan, namun dia berlalu begitu saja. Perempuan? semuanya sama sahaja!

"Lepaskan I!"

Kaki Shahrul termati sendiri. Matanya terhenti pada seorang gadis yang yang berusaha menarik tangannya dari digenggam seorang lelaki. Wajah itu tampak merah menahan kemarahan.

"Tuan..."

Shahrul menjeling sekali gus member isyarat supaya Rahman diam. Isyarat itu buat dahi Rahman berkerut sendiri. Dah kenapa dengan bos beruang ni?!

"Apa lagi kau nak dari aku? See! Hubungan kita dah lama berakhir. Tak perlu la you nak merayu bagai. Meluat!"

Gadis itu ingin berlalu tapi sekali lagi lelaki itu menghalangnya. Dia merengus kuat sekali gus merentap tangannya kuat. Mencerlun anak matanya.

"I tahu salah I. I minta maaf. I masih cintakan you. I nak you kembali pada I."

Ketawa terus gadis itu dibuatnya tapi pada pendengaran Shahrul, tawa itu sumbang. Jelas sangat gadis itu sedang berpura-pura ketawa sedangkan hatinya begitu sakit.

"Lepas lima tahun, you tinggalkan I terkontang kanting, sekarang you datang dan cakap pasal cinta? I nampak macam perempuan bodoh ke pada you?" soal gadis itu sinis.

"Pergi mampus dan jahanam la dengan cinta you tu!" bibirnya diketap kuat.

Sakit hatinya tak cukup untuk dikalahkan dengan cinta yang pernah hadir suatu saat dulu. Apa yang lelaki tu fikir? Boleh membuang seorang wanita begitu saja dan saat inginkan kembali, mereka memujuk rayu? Mungkin perempuan lain boleh dibeli jiwanya, tapi bukan mudah untuk membeli jiwanya yang dah lama hancur. Dia adalah wanita yang sanggup lakukan apa saja untuk melindungi dirinya sendiri.

"Diana Humaira!" lelaki itu sepertinya terkejut.

"Diam!"

Tengkingan kuat Diana mengejutkan orang ramai. Semakin ramai yang memerhati tapi Diana tapi dia tak peduli malah dia melawan garang pandangan lelaki durjana yang pernah hancurkan hatinya dulu.

"Dengar sini encik Muhammad Hisyam! You tak perlu kembali sebab I tak perlukan lelaki macam you dalam hidup I. I tak kisah hidup tanpa dicintai daripada dicintai oleh lelaki macam you!"

"Kenapa you kembali? Kan bagus kalau you tak muncul dalam hidup I lagi dan mungkin lagi bagus you mati daripada I terpaksa hadap muka lelaki mcam you ni. Mata I pun tak sakit!"

Lancang memang lancang. Kelancangan mulut yang menunjukkan rasa amarahnya. Dulu dia tak begitu. Cukup baik, cukup manis, cukup sopan dan cukup tertibnya. Tapi bila dia tahu bagaimana rasanya saat disakiti, dia berubah. Dia hilang segala-galanya. Dia berubah hanya untuk melindungi diri daripada disakiti untuk kedua kalinya.

Lelaki itu nampak tersentap sebelum meraupkan wajahnya. Hati Diana semakin keras hari demi hari. Semuanya kerana kesilapannya dulu. Meninggalkan cintanya hanya untuk harta. Dia memang bodoh!

"I harap, I tak perlu lagi menghadap muka you. I muak!" dengan kata itu, Diana melangkah pergi meninggalkan episod yang sangat menyakitkan jiwanya.

Shahrul tersenyum kecil. Cantik! Muka marah gadis itu cantik. Beberapa minit saja dia menonton pertelingkahan gadis itu namun dia melihat semuanya. Kemarahan, kekuatan, ketabahan dan kebencian yang terlakar. Gadis itu sedang melindungi dirinya sendiri daripada dipijak sesuka hati. Prinsip menebal dalam diri dan jati diri yang begitu teguh. Perempuan begitu yang dicari. Perempuan lain daripada yang lain.

"Rahman!"

"Ya tuan?"

"Aku nak kau siasat semua maklumat tentang gadis tu. As soon as possible!"

Jari shahrul terhala pada gadis yang sudah melangkah tanpa menoleh sedikit pun. Matanya tajam memerhati setiap lenggokan dari langkah itu.

Rahman aneh tapi dia mengangguk juga.

"Baik tuan." Dia mengangguk. Tapi apa yang Shahrul mahu dari gadis itu?

Shahrul membetulkan kolarnya sebelum melangkah pergi dengan gaya yang cukup menujukkan keperibadiannya. Angkuh!






Kakinya dilajukan dengan air pepsi ditangan yang dibawa begitu saja. Bergelodak mendengar air pepsi yang bergoncang di dalam cawan kertas itu.

"Aku yakin, aku nampak dia!"

Matanya terliau-liau.

"Mana dia? Aku tahu itu dia! Lelaki yang sama!" bibirnya mengomel tak henti-henti.

Tak mungkin dia tersalah pandang. Namun ada juga kemungkinan dia berkhayal.

"Ke aku salah pandang?" kakinya mara ke depan.

Lelaki itu, lelaki yang ditemuinya dulu. Lelaki yang menolongnya. Lelaki yang memberi senyuman manis padanya hingga segala keresahannya hilang. Kesedihannya berterbangan. Dia tak tahu siapa lelaki itu tapi wajah lelaki itu sentiasa kemas melekap di ingatannya. Kekadang dia terasa seperti telah jatuh hati dalam diam.

Pertemuan pertamanya dengan lelaki itu masih jelas terakam. Kata-kata sesaat dari lelaki itu buat jiwanya pulih. Dia mampu tersenyum kembali tapi sepantas mana lelaki itu muncul dalam hidupnya, sepantas itu juga lelaki itu berlalu.

Kalau saat ini dia bertemu dengan lelaki itu, kiranya ini pertemuan ketiga mereka. Ingatnnya melayang.

"Berhenti! Pernikahan ini patut dibatalkan!"

Isha di sisi Irdina terpana. Matanya mencari wajah itu tapi terlindung dek mentari. Kerana silauan matahari, wajah itu kabur. Matanya terkejip beberapa kali dan kali ini wajah itu semakin jelas. Dia terseyum tanpa kata.

"Abang?!"

Entah dari mana datangnya suara itu, namun bila Isha melihat dia ternampak seorang gadis yang sedang berdiri dengan baju kurung tersangkut di tubuhnya. Dia tak kenal gadis itu. Mungkinkah keluarga abang Ilham?

"Adik..." suara lelaki itu bergetar sebelum memandang gadis itu dan memandang Irdina yang lengkap berbaju nikah.

"Apa yang kau buat di sini? Kau ingat aku kahwin?" sinis suara itu. Gaya suara yang cukup kurang ajar.

Lelaki itu terpaku sebelum dia mengetap bibir menahan malu. Dia dah tersilap! Tanpa kata dia meluru ke arah gadis itu sebelum bertindak mengheretnya.

"Ikut Abang!"

"Saya minta maaf." Sempat lagi lelaki itu memohon maaf sebelum menarik tangan gadis di depannya.

Dahi Isha berkerut. Tiba-tiba saja dia berdiri.

"Isha nak kemana?" soal Irdina.

Dia masih terkejut dengan kehadiran lelaki yang datang tiba-tiba. Datang tanpa diundang dan menyuruh perkhawinan ni dihentikan. Kemudian berlalu begitu saja dengan ucapan maaf. Dari jauh dia melihat Ilham berdiri menghampiri ayahnya. Pasti Ilham turut terkejut.

"Sekejap." Bisik Isha. Belum sempat Irdina membuka bicara dia sudah berlalu.

"Kenapa adik buat macam ni? Kenapa?!!!!"

Isha tersentak. Menyorok terus di sebalik pokok bunga kertas. Terkejut dia melihat lelaki itu menjerkah kasar namun gadis di depan lelaki itu hanya beriak selamba. Langsung tak ada gentar pada wajahnya. Kalau Isha la, ditengking macam tu, dah lama dia tersejat sendiri.

"Abang tahu, Fina sengaja suruh mak Timah telefon abang kononnya Fina nak menikah. Apa niat Fina sebenarnya? Kenapa buat macam ni? kenapa nak seksa abang lagi!"

"Ada aku suruh kau datang ke? Even ini memang pernikahan aku pun, aku rasa kau tak layak datang. Muka kau ni boleh buat majlis orang musnah. Silap! Boleh musnahkan hidup orang sebenarnya!"

Lelaki itu tampak terkesima dengan ucapan kasar adiknya sendiri. Dari jauh, Isha melihat air mata yang hampir menitis dari bibir mata lelaki itu. Tegar betul Fina berkata begitu. Perlukah dia dihukum begitu?

"Sampai hati adik buat macam ni kan? Adik sengaja tipu abang. Adik sedar tak ni majlis orang. Kenapa adik buat semua cerita ni dan biarkan abang buat kecoh di majlis orang. Kenapa?"

"Adik sengaja nak buat abang malu kan? kenapa adik, kenapa?" jelas kesedihan yang tak terbendung di balun dalam pertanyaan itu. Sungguh hati lelakinya rapuh.

Sedih la macam mana pun, tapi bagi Fina kesedihan itu tak bermakna langsung. Lagi abangnya pamerkan kesedihan, lagi hatinya puas!

"Memang! Memang aku nak malukan kau. Aku saja rancang semua ni. Aku tipu kata majlis ni adalah majlis aku sebab aku tahu kau tak kan biarkan aku menikah tanpa pengetahuan kau." Jari telunjuk kecilnya menujah dada lelaki itu dengan penuh kebencian.

"Aku tahu kau akan datang. Aku nak tengok muka kau malu! Aku nak kau rasa sakitnya hati macam apa yang aku rasa! Aku nak kau rasa pedih macam mana yang aku lalui!"

Beta hancurnya hati seorang abang diperlakukan begitu. Ya! Dia tak diperlukan tapi kasih sayang pada si adik masih bersemi di dalam hatinya. Walaupun sakit dan pedih dia akan bertahan demi kasih sayang yang masih bersisa di hatinya.

"Abang ni, abang adik. Kenapa adik berdendam dengan abang? Apa yang terjadi bukan abang yang minta."

"Diam!" Fina menjerkah sekali gus menutup lubang telinganya. Dia jijik mendengar suara itu.

"Jangan bahasakan diri kau tu abang! Abang aku dah lama mati. Aku hanya ada satu abang saja sekarang, Shahril. For your information, abang aku, Shahril dah lama mati. Mati disaat terkuburnya mama dan papa aku!"

"Bagi aku kau ni pembunuh! Kalau tak disebabkan kau, orang yang aku sayang tak akan mati. Kau yang rampas semuanya daripada aku! Jangan panggil diri kau tu abang. Aku jijik!"

Tubuh lelaki itu ditolak ganas. Hatinya kosong. Simpati pada si abang terbang melayang. Apa yang tinggal hanya dendam dan kebencian yang tak bertepi.

Terdorong terus lelaki itu dibuatnya. Tubuhnya melemah. Setiap perkataan bagaikan satu sumpahan buatnya. Tanpa kata air matanya berlinang. Dia kalah! Egonya sebagai lelaki begitu rendah saat ini. Adiknya yang mula melangkah dipandang dengan perasaan punah.

Jahat sangat ke abang ni sampai tak layak bergelar abang pada Fina? Mana perginya kemesraan dulu? Dimana hilangnya kasih sayang dan kebahagian yang pernah menjadi miliknya dulu?

Terasa dirinya langsung tak berguna. Kerana satu kekhilafan, dia dibenci. Dia tak pernah meminta mama dan papanya meninggal. Dia tak pernah terfikir yang pertengkarannya hari tu akan menjadi titik kecelakaan dalam hidupnya. Dia sungguh tak mampu menahan rasa saat memikirkan hari itu, hari di mana menjadi hari terakhir pertemuannya dengan orang yang telah melahirkan dan membesarkannya.

Matanya masih setia bersama langkah Fina sebelum tiba-tiba kaki adiknya itu terhenti. Fina berkalih memandang dirinya.

"Kalau ada satu harapan aku yang boleh dikabulkan, satu je aku akan minta." Fina berjeda. Wajah abangnya langsung tak dipandang.

"Aku harap kau berambus dari hidup dan penglihatan aku. Aku harap aku tak perlu tengok muka kau lagi, pembunuh!" usai berkata, langkahnya diterusan. Dia puas dapat menyakitkan sekeping hati abangnya. Dia betul-betul puas!

Terkedu terus lelaki itu. Tanpa kata tubuhnya melorot jatuh bersama tangisan sayu. Air matanya laju menitis jatuh ke lantai bumi. Dadanya disentuh. Sakit, terlalu sakit hingga nafasnya hampir saja menitis. Bergetar bibirnya menahan rasa.

Disebalik pokok bunga kertas itu, air mata Isha turut menitis. Dia melihat dan dia mendengar. Dia menyaksikan segala kepedihan yang tersimpan dalam anak mata lelaki itu. Kata-kata itu memang terlalu kejam untuk diterima.

Itukah lelaki yang ditemuinya dulu? Tak sangka pertemuan ke dua mereka membuatkan dirinya terkesima. Benarkah ini lelaki yang pernah menasihatinya dulu? Inikah lelaki yang tersenyum manis padanya dulu? Lelaki itu nampak begitu lemah. Terasa air mata itu tak patut jatuh namun air mata itu jelas menunjukkan luka yang terpendam disebalik jiwa itu. Siapa lelaki tu sebenarnya?

"Auch!!!!"

Isha tersedar. Hilang terus lamunannya. Bulat matanya saat melihat lelaki di depannya yang separa basah. Matanya jatuh pada air pepsi ditangan dengan air liur yang ditelan.

"Sorry encik..."

Bibirnya digigit sendiri.

"Saya minta maaf. Tak sengaja," ujarnya sekali lagi tapi lelaki di depannya hanya diam.

Melihat baju lelaki itu mula bash, pantas sapu tangan dikeluarkan.

"Eh tak boleh! Tadi aku guna lap hingus." Bebel Isha. Kali ni dia memproses begnya dan mengeluarkan tisu.

"Habis basah. Sorry sekali lagi." Tisu ditangan di lap pada baju itu. Takut-takut dia pandang muka mamat itu.

Mata pemuda itu masih tertunak padanya. Tak berlari walau seinci. Isha yang kalut tiba-tiba terasa aneh.

'Muka aku ni ada apa-apa ke? Tenung macam nak tembus wajah aku ni. Aduh! Boleh pula mamat ni jadi patung tengah-tengah KLIA ni.' Kutuk Isha.

Baru saja dia nak menegur, telefonnya berbunyi.

"Dah sampai. Kak ngah ada mana?" Isha menjawab panggilan.

"Okey! Isha datang sekarang." Ucapnya lagi. Muka mamat di depan dijeling dengan ekor mata.

"Saya pergi dulu." Isha minta diri tiba-tiba.

Senyuman pahit tersungging. Saat mata lelaki itu masih padanya, saat itu dia meletakkan paket tisu tepat ditangan pemuda itu.

Gila apa mamat tu! Muka aku ni macam beruang kutub ke, pandang sampai macam tu. Lantak la! Suka hati dialah! Isha membebel dalam larian. Lambat nanti, kak ngah membebel.

Pemuda tadi tersedar bila Isha menjauh. Tersenyum kecil sambil mengenggam tisu yang diberikan. Tiba-tiba saja dia ketawa kecil.

"Tengku, kereta dah siap."

Tengku Khairul Adam mengangguk pada pembantunya sebelum melangkah pergi. Jauh difikirannya masih terbayang muka cuak gadis itu. Mimik muka yang pelik dan mencuit hati. Tanpa sedar dia tersenyum lagi.

Leave a Reply