BACKUP CINTA BAB 3

01:53


"Woi, lepaskan aku la. Berapa kali aku nak cakap. Lepaskan aku la bodoh! Kau pekak badak ke apa?"

Jeritan kasar itu menampar pendengaran Hassan yang sedang enak bermain dengan telefon bimbitnya sendiri. Ingat dia akan layan kalau lelaki tu menjerit sampai keluar anak tekak pun? Jangan harap!

"Kau ni tak sakit telinga ke dengar aku menjerit! Aku cakap lepaskan aku! Ke kau memang pekak sejak azali?"

Bengang je lelaki itu. Kering air liur dia menjerit tapi dirinya tak diendahkan. Dah la kena ikat kaki dan tangan. Badan yang gatal pun tak boleh nak garu. Kalau tak diikat memang dah lama dia disepak muka selamba itu. Biar terpelanting sampai benua afrika!

"Shhh..."

Dia ketap gigi. Panas hati beb! Berjela-jela dia maki, lelaki sado di depannya suruh dia dia. Siap letak jari di bibir sebelum kembali menyambung main.

"Apa kau nak ha?! Apa pasal kau culik aku! Kau ni balaci siapa? Kau nak apa? Harta? Nak bunuh aku ke kau nak rogol aku!"

Tangan Hassan terhenti daripada mengetik telefonnya. Dia memandang lelaki yang diikat tangan dan kaki. Patutnya dia zip je mulut lelaki tu! Apa kejadahnya dia nak rogol! Ingat dia gay ke! Nauzubillah.

Lelaki itu lagi kuat mengetap gigi. Dia tak dilayan. Rasa dah berbirat tangannya cuba melepaskan ikatan, tapi gagal. Dia mengeluh sambil memandang sekeliling. Cukup mewah rumah yang menjadi tempat penahanannya. Rumahnya yang besar pun tak semewah ni! Siapa sebenarnya pemilik rumah ni? Adakah pemilik rumah ni yang mengarahkan untuk menculiknya?

Dia pandang geram muka Hassan sebelum tercacap pada gelas dia atas meja di hadapannya. Diangkat kakinya sebelum menolak cawan itu. Berdenting cawan jatuh ke lantai dan berderai seribu. Muka tak bersalah dia pamerkan.

Hassan terkejut. Lelaki tu sengaja memancing kemarahannya. Ikutkan hati, lembik dah lelaki tu dikerjakan tapi arahan bos yang tak bagi dia jentik lelaki gila ni, buat dia tahan rasa. Tapi kalau dia tak mampu sabar lagi, mungkin dia akan backhand je budak hingusan ni!

Hassan bangun. Malas nak melayan. Seketika kemudian dia kembali dengan keropok di tangan.

"Nak?" sua Hassan

Lelaki tadi mencebik.

"Melantak la kau seorang!"

"Okey." Hassan mula mengunyah. Jual mahal!

Semakin sakit hati la lelaki tu jadinya. Dia ni pakai pelindung hati tebal mana? Aku maki dia, bising dekat telinga dia, masih boleh buat tak tahu. Tak sakit ke hati tu?

"Aku tahu kau orang siapa? Kau orang uncle Rusman kan? Apa si jahanam tu bagi dekat kau ha? Aku boleh bagi lagi banyak la!" kali ni lelaki tadi mengendurkan suaranya.

Mungkin kalau dia cuba berdiplomasi dengan lelaki sado ni dia boleh lepaskan diri. Dia tahu sangat lelaki macam ni senang dilemahkan dengan duit.

Hassan tak menjawab sebaliknya tersenyum sinis.

"Kau salah!"

Hassan dan lelaki itu sama-sama berpaling saat ada suara mencelah. Mata lelaki itu terbutang bagaikan hampir jatuh.

"Kau!!!!!" bibirnya bergetar.

Shahrul berdiri penuh gah sambil ketawa kecil. Ketawa yang jelas dibuat-buat.

Azlin dan Rahman terpana tak terkata saat melihat wajah lelaki yang sedang diikat.

"Shahril????" masing-masing tergamam.

Shahrul menjeling sinis. Azlin dan Rahman pasti terlopong tak terkata. Tadi beria-ria mereka melaporkan hal Shahril padanya sampai takut-takut. Sekali Shahril dah ada dean mata.

Masa bila dia sampai London?, bisik hati Azlin.

Shahril mendengus kuat. Rahsia siapa yang menangkapnya terlerai. Sempat dia memandang manusia-manusia di belakang shahrul yang melihatnya bagaikan melihat hantu.

"Kau! Jadi kau orangnya?" Shahril ketawa kecil sebelum menyambung,

"Apa kau nak dengan aku ha?!"

Shahrul tayang muka selamba. Dia bergerak ke hadapan saat itu matanya menangkap cawan yang berderai atas lantai. Pantas wajah Shahril direnung.

"Kau masih tak berubah. Lepaskan marah pada benda tak bernyawa. Itu je ke kau mampu buat?" soal shahrul jengkel.

Mcm mana Shahrul memandang jengkel, Shahril pun begitu juga.

"Sekurang-kurangnya marah aku musnahkan benda tak hidup. Tapi kau? Marah kau menyebabkan mama dan papa meninggal. Pembunuh!"

Bergelodak hati Shahrul. Nafasnya mula turun naik tapi cepat-cepat dikawal. Disebabkan tuduhan itu la dia lari. Disebabkan perkataan itu dia membawa diri, tapi sekarang dia masih berhadan dengan tuduhan yang sama. Kali ni dia tekad! Dia tak akan lari lagi!

"Hassan!" panggilnya sambil member isyarat pada Hassan supaya meleraikan ikatan ada Shahril.

Hassan menurut. Tapi tengok muka Shahril, hatinya berbuku.

"Apa niat kau ha?!" meluru terus Shahril ke arah shahrul sejurus ikatannya terlerai. Kolar Shahrul dicengkam erat.

Azlin dan Rahman mara tapi Shahrul angkat tangan membiarkan saja. Dia melawan pandangan shahril dan saat itu juga tubuh shahril ditolak ganas. Dia membetulkan bajunya dengan senyuman sinis melihat Shahril terdorong ke belakang.

"Kau tak patut buat macam tu!" kolarnya ditepuk selamba.

Shahril merengus. Boleh tahan kuat tenaga Shahrul.

"Sekali lagi aku tanya, apa kau nak dekat aku? Kau nak bunuh aku sama macam kau bunuh papa dan mama?!"

Shahrul bengang! Sekali lagi tuduhan itu bermain di telinganya. Tanpa sedar tangannya ternaik sendiri. Percuma je shahril makan penumbuknya hari ni1

Terpelanting Shahril dibuatnya. Bibirnya terasa mengalir benda yang hangat. Darah di bibir dikelap dengan ketawa yang begitu menyakitkan hati.

"Kenapa? Marah? Tak betul ke apa yang aku kata?" ejek Shahril

Tak serik kena tumbuk gamaknya.

"Azlin!"

Shahrul menyeru nama Azlin. Ikutkan hatinya memang dah lama lembik shahril tapi dia tak akan kotorkan tangan untuk sentuh orang macam Shahril tu!

Azlin, bila namanya diseru, dia mengangguk faham. Lantas tab ditangannya dihulurkan kepada shahrul. Dalam hatinya berdoa, jangan la tabnya dicampak lagi.

"Kau tengok sendiri."

Tab ditangan dilemparkan ke sofa. Tepat di sisi shahrul. Azlin yang menonton rasa perit. Babynya kena campak lagi macam tak ada harga.

Shahril mengambil dan saat itu wajahnya seakan tak percaya dengan berita yang terpapar di skrin itu.

"Ini semua kerja kau kan. Kau ni memang teruk! Semua ni memang kerja kau. Kau memang betul-betul tak guna, Shahrul!"

Shahril diamuk rasa marah. Berita itu dibaca lagi. Dia tak percaya. Dia belum mati dan dia masih sihat. Dia tak hilang seperti yang dikatakan tapi dia diculik! Diculik oleh abang sendiri!

Shahrul buat tak tahu dengan kemarahan Shahril. Dia pandang Rahman dan kali itu dua sampul berada di tangannya. Salah satu sampul dilempar ke arah Shahril.

"Apa ni?"

"Tengok sendiri!"

Isi sampul dikeluarkan. Kali ni mulut Shahril terkunci.

"Kau patutnya berterima kasih pada aku, kau selamat!"

"Kau nampak gambar tu? Uncle Rusman upah orang untuk rosakkan brek kereta kau. Kau rasa sebab apa? sebab dia nak kau mampus!" bibir shahrul terjongket.

"Sebenarnya aku tak ada hati nak selamatkan kau pun. Kalau kau mati sekalipun, aku tak rugi. Mungkin lagi bagus tengok kau mampu kut. Tapi sebab fikirkan kau ni abang kesayangan Fina, you are safe!"

Shahril terbelalak. Biar betul Shahrul selamstkan dia? Tidak! Dia tak perlukan pertolongan dari pembunuh tu!

"Aku arahkan orang culik kau dan campak kereta kau dalam gaung. Mesti orang tua tak guna tu tengah meraikan hari kematian kau kan? Bodoh betul si tua tu!" Shahrul ketawa jahat.

Tak sabar rasanya nak melihat muka Rusman biru bila melihat Shahril yang masih hidup. Mesti dia tengah raikan kematian Shahril. Biarkan dia gembira sekarang sebab aku akan pastikan kau hilang semuanya, Rusman!

"Kenapa kau masuk campur hal aku. Aku tak perlu pertolongan dari orang macam kau. Ini antara aku dengan uncle, kau tak perlu nak tunjuk kononnya kau tu baik! pandangan aku pada kau tak kan berubah dan masih sama macam dulu."

Shahril berdiri. Silap besar la kalau Shahrul fikir dia akan berterima kasih.

Berubah terus muka Shahrul. Kemarahan mula mengahangatkan dirinya.

"Kau dah berambus dulu, aku ingat kau tak kan tunjuk lagi muka kau. Kau kembali untuk apa? Untuk jadi abang yang bertanggungjawab? Macam tu?"

Shahrul mengenggam tangannya sendiri. Ikutkan hati memang berdarah Shahril dikerjakannya. Silap hari bulan dia pula cekik adiknya sampai mati! Hasan, Azlin dan Rahman sekadar memerhati. Hal ini biar Shahril dan Shahrul yang selesaikannya.

"Kau silap! Aku tak datang untuk selamatkan kau. Lagipun aku tak ada adik. Semua bagi aku dah mati macam kau yang anggap abang kau dah lama mati!" tajam mata Shahrul bagaikan helang.

"Aku kembali sebab hutang. Uncle tua tu ada hutang yang patut diselesaikan dengan aku. Hutang yang perlu dibayar!"

Giginya diketap kuat. Rasa seperti dia melihat muka gembira Rusman. Orang tua yang bertopengkan syaitan!

Bertahun-tahun dia di kota London mencari bukti. Dia yakin ada sesuatu yang tak kena dengan kematian orang tuanya. Lagi pula dia mahu mencari bukti di sebalik kematian mama dan papanya untuk meleraikan segala tuduhan terhadapnya. Dia bersumpah, selagi dia tak dapat bukti yang kukuh, dia tak kan kembali ke bumi Malaysia. Namun, sekarang dia akan kembali untuk menuntut kehidupan yang pernah dirampas daripadanya dulu!

Shahrul memandang Shahril dan satu lagi sampul di sua pada Shahril.

"Tengok!"

"Apa ni?" sampul dibuka.

Segala isi dalam sampul itu dirungkai. Rakaman suara yang turut ada, dimainkan dan saat semuanya selesai di dengar, matanya membulat. Dia terkedu sendiri.

"Ini..." matanya membulat dan terasa seluruh bibir matanya dikaburi dengan air. Dia tak percaya.

"Itu semua bukti apa yang terjadi dulu. Aku harap semua tu boleh clear apa yang otak kau fikirkan tentang aku selama ni!"

Jari telunjuk shahrul terarah pada kepalanya sendiri. Dia tersenyum puas dengan muka terkejut tahap beruk yang Shahril pamerkan saat ini.

"Itu bukti apa yang terjadi Lima tahun dulu. Bukan aku yang sebabkan kematian mama dan papa. Kalau bukan hari itu pun, mama dan papa tetap akan pergi sebab dari awal lagi Rusman tak guna tu dah merancang segala-galanya!" ucap Shahrul lagi.

Keluarkan semuan rasa sakit hati kau Shahrul. Keluarkan! Kau dipersalahkan atas kesalahan yang tak pernah kau lakukan dan sekarang masa untuk kau buat mereka menagisi setiap saat dan setiap tuduhan yang mereka lemparkan pada kau! Biar mereka melutut di hujung jari kaki kau untuk meluahkan rasa kesal dan memohon maaf atas setiap yang mereka lakukan kepada kau!

Peristiwa itu masih jelas. Dia bergaduh besar dengan papa. Ya dia memang degil! Degil dengan minatnya yan ke arah seni tapi papanya bertegas mahu dia melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan. Kerana ego, dia membantah!

Hari tu dia keluar dengan rasa marah. Tak ada yang faham dirinya. Semuanya hanya tahu memaksa. Tapi nasibnya malang. Dia excident!

Hari yang sama papa dan mama berkejar ke hospital tapi dalam perjalanan, kereta mereka bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan. Kedua-duanya meninggal di tempat kejadiaan. Sejak hari itu dia dipersalahkan! Dia dituduh membawa sial!

Sejak hari tu dia rasa begitu lemah. Kematian papa dan mama diletakkan di pundaknya. Paling dia tak mampu terima, adik-adiknya sendiri membuang dirinya walaupu berkali-kali dia berkata yang dia tak pernah minta semua itu terjadi. Berulang kali dia digelar pembunuh ibu bapa sendiri!

Bagi Shahril dan Fina, dia adalah pesalah yang tak akan dimaafkan. Bagaimana kematian ibu bapa mereka, begitulah bagi Shahril mahupun Fina, dia sudah mati. Dia abang yang terbuang! Dia adalah pesalah yang kejam. Saat itu hanya Allah saja yang tahu rasa hatinya. Dia keseorangan menggalas setiap kesalah yang dicanang kepadanya.

Itu kali pertama air matanya jatuh. Kesedihan membuatkan jiwanya menjadi parah. Kerana peristiwa hari itu, dia tekad melarikan diri. Membina kerjaya hingga dia berjaya. Lima tahun dia bangun dan berdiri atas kakinya sendiri tanpa mengharap bantuan sesiapa pun. Dia berjaya kerana dendam yang dia sendiri nyalakan. Dia akan pastikan mereka yang membuang dirinya menelan kembali kepahitan yang pernah dirasainya.

Lima tahun cukup mengajar dia menjadi seorang yang dingin, angkuh, bongkak! Baginya apa yang dia ada pada hari ini adalah usahanya sendiri. Sungguh dia lupa pada Penciptanya. Dia lupakan semuanya. Lupakan siapa dirinya yang dulu dan cuma satu saja yang dia tahu. Mereka perlu membayar kembali air matanya yang pernah mereka tumpahkan!

"Tak guna!" maki Shahril kasar. Laju kakinya melangkah ke arah pintu. Uncle Rusman perlu diberi pengajaran!

"Kau nak pergi mana?" soal Shahrul

"Aku nak jumpa uncle! Aku nak bunuh orang tua tu!" marah Shahril berapi-api.

Shahrul ketawa besar dengan tingkah Shahril. Cepat sangat diamuk kemarahan.

"Kau tak kan boleh jumpa uncle sekarang."

"Kenapa?" langkah shahril termati.

"Kau sedar kau dekat mana sekarang?" Shahrul menghadap Shahril penuh sinis.

"Kau dekat London sekarang!" sambung Shahrul

"What?!"

"Aku tahu kau akan buat macam ni sebab tu aku bawa kau ke sini. Kali ni biar aku yang berhadapan dengan orang tua tu. Kau duduk sini. Tiba masanya kau akan balik!"

"No Way!" Shahril membantah keras. Dia bukan budak kecil yang perlu diarah. Langkahnya dibawa ke arah Shahrul.

"Yang mati tu mak bapak aku. Aku nak balik! Berhadapan dengan orang tua tak guna tu!"

"Kau tak akan! Kau stay sini. Bila tiba masanya, aku sendiri akan bawa kau balik!"

Dengan ayat itu, Shahrul melangkah pergi. Shahril pula terdiam. Suara keras Shahrul bermakna arahannya tak boleh dibantah. Namun segenap hati shahril tak bersetuju dengan arahan itu, namun bibirnya bagaikan lumpuh untuk berkata-kata.

Selama ni tuduhannya pada Shahrul tak berasas. Kesalahan orang lain diletakkan kepada abangnya. Langsung tak ada simpati. Dia tak dapat terima takdir yang orang tuanya tiada dan dia perlukan tempat untuk disalahkan. Akhirnya abangnya menjadi mangsa. Mangsa dia yang tak pernah menerima takdir.

Rindu? Ya ada ketikanya dia merindui abang yang pernah rapat dengannya. Namun disebabkan hati yang sakit, dia tegar melupakan kasih sayang yang terbina buat shahrul kepadanya.

Saat ini hatinya terasa sebak. Segala perlakuannya kepada Shahrul terbayang di ruang mata. Sebak mengenang betapa lancangnya mulutnya. Lebih sebak bila mengenang air mata abangnya yang pernah tumpah di depannya. Tapi saat itu hatinya hitam. Hitam yang menutup rasa simpatinya.

"Abang..!" terluncur perkataan itu dari mulutnya.

Langkah shahrul terhenti. Abang? Perkataan itu ibarat besi panas yang meluru ke arahnya. Terkesankah dia? Dia mengerling Shahril dengan sinis.

"Abang kau dah lama mati!"

Shahrul meneruskan langkah. Kalau dulu, sebelum dia pergi mungkin dia akan terkesan dengan panggilan itu tapi sekarang panggil lah dia abang seribu kali pun, jiwanya sudah mati!

You Might Also Like

0 comments