Monday, 25 April 2016

BACKUP CINTA BAB 2



Dia memandang langit luas di sebalik cermin yang memisahkan dirinya dengan dunia luar. Rasa sebak seakan menyusup tangkai hatinya namun dia lebih pantas menepis. Mana mungkin dia menyesal dengan apa yang terjadi. Dia lelaki yang tak kan mungkin menyesal dalam setiap tindakannya. Itulah dirinya yang sebenar.

Bukan! Itu bukan dirinya yang sebenar tapi dirinya yang telah dia sendiri ciptakan. Diri yang dia ciptakan untuk melindungi dirinya sendiri bagi menepis segala kenangan buruk masa silam!

Dia tahu di bawah langit yang sama, ada tempat yang dia mahu lupakan. Tempat yang dia tak pernah bermimpi untuk kembali. Tempat yang menyimpan seribu satu kesedihan dan kekecewaannya. Rasa perit yang membuatkan dia melarikan diri. Namun waktu semakin suntuk. Dia perlu kembali bagi melunaskan segala pembalasan atas kejahatan seseorang. Kejahatan seseorang yang akhirnya merubah kehidupan bahagianya menjadi satu mimpi ngeri!

Hidupnya bahagia di kota London. Dia punya segalanya. Harta? Kuasa? Nama? Dia punya semua itu dan dia tak perlu apa-apa lagi termasuk keluarganya sendiri!

Bunyi ketukan pintu, membuatkan dia memusingkan tubuhnya. Berdiri menghadap pintu dengan muka bengis dan tangan sengaja diseluk ke dalam poket seluarnya.

"Masuk!"

Terjengul dua tubuh didepannya dengan wajah menunduk. Sesaat kemudian mereka memandangnya sebelum berpandangan sesama sendiri.

"Anything Azlin? Rahman?"

Azlin dan Rahman terkelu. Berat untuk menjawab tapi mereka harus menjawab. Akhirnya Azlin pandang Rahman, Rahman pandang Azlin.

"Kau bagi tahu la!" desis Rahman perlahan. Lengan Azlin disiku.

Bulat mata Azlin dibuatnya. "Kau la!" dia menolak!

Eh lelaki ni dah lama hidup! Sesuka hati je menyiku aku. Hentak hidung tu nanti!

"Kau la!" Rahman ketap bibir. Ni la leceh kerja dengan perempuan.

"Apa yang tak kena dengan kau orang berdua ni? Kalau setakat nak tolak-menolak, both of you can get out now!"

Tersejat sekejap Azlin dan Rahman. Jerkahan ibarat kilat menyambar, buat kedua-duanya menelan air liur. Nak pandang muka bos pun dah tak ada tenaga.

Akhirnya Azlin berdecit geram pada Rahman. Nama je lelaki tapi dengan bos pun takut. Tapi memang bos tu menakutkan pun. Kalau datang waktu anginnya berputar 360 darjah, mahu semua orang dalam ofis ni berpusing-pusing.

"Ini...."

Azlin menghulurkan tab pada bosnya dengan senyuman pahit. Apakah akan terjadi lepas berita itu dibaca oleh bos. Bos akan melalak atau menjerit bak king kong?

Shahrul Haikal menyambar kasar tab yang dihulurkan. Matanya meniti pada skrin dan saat itu senyuman sinis bergayut di bibir. Pasal benda ni saja Azlin dan Rahman terkedek-kedek macam tikus mondok nak beritahunya. Buang masa! Cerita ni langsung tak buat dia rasa apa-apa.

"Jadi Shahril kemalangan? Mati ke masih hidup? Lagi bagus kalau mati kan!"

Tab terus dicampak ke atas mejanya. Azlin yang melihat ternganga. Wei! Tab aku tu! Bos campak macam tak ada nilai je tab kesayangan aku tu. Baby please jangan rosak, bisik hati Azlin. Sedih je dia pandang tabnya yang berwarna putih itu.

"Kami belum dapatkan maklumat yang sahih bos. Tapi kalau ikutkan dari media di Malaysia, adik tuan masih belum dijumpai. Pihak polis cuma temui keretanya yang terjatuh dalam gaung tapi adik tuan masih belum ditemui juga." Lancar pula Rahman ni jadi informer bergerak. Tadi takut sangat!

Shahrul diam. Adik? Dia tersenyum lebih sinis

"Adik? Aku ada adik ke Rahman?!" soal Shahrul keras. Sari matanya penuh dengan dendam. Dia benci! Bencikan perkataan itu!

"Er..." Rahman terpana. Rasa macam nak tampar mulut sendiri. Macam mana dia lupa yang bos dah haramkan panggilan itu. Sengaja nak tempah maut la tu!

"Maaf bos, maksud saya, Shahril."

Azlin di sisi tersengih-sengih tengok muka kelam-kabut Rahman. Rahman yang sempat menjeling Azlin, panas hati. Tak guna punya perempuan. Suka ye kau tengok aku macam ni. Cabut semua gigi tu nanti baru ada akal!

"Kamu ni pula kenapa tersengih-sengh, Azlin? Ada benda lawak? Boleh kongsi?"

Giliran Rahman pula ketawakan Azlin dalam diam. Gelakkan aku tadi, padan muka kena sound dengan bos!

"Tak da bos." Azlin menggeleng pantas.

Azlin ketap bibir. Ni mesti malaun sebelahnya dah ketawakan dia cukup-cukup. Siap kau Rahman!

Tanpa senyuman, Shahrul mencebik. Telefon bimbitnya dicapai sebelum matanya tajam terarah pada dua orang suruhannya.

"Kau dan kau, ikut aku! Ada sesuatu yang aku perlu settlekan!"

Jari telunjuknya terhala pada Rahman sebelum terarah pada Azlin. Tapi bagi Azlin dan Rahman, jari Shahrul tu ibarat pedang tajam. Bila-bila masa boleh menembusi leher mereka. Bila Shahrul berlalu, bingkas mereka berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing berlari mengejar Shahrul.

Lambat nanti, sah beruang ganas tu mengamuk. Macam yang Shahrul selalu cakap 'aku alah dengan orang lembab!'






Pen dikemam ke mulut dengan tangan mengeliat ringan. Kata dalam majalah rapi, mengeliat selepas lama membuat kerja, boleh bakar kalori. Agaknya terbakar tak kalori dia yang degil tu?

Dia mengusha bilik bos besar. Hish! Tak masuk lagi bos kacak ni. Selalunya bos yang paling benci dan marah dengan orang lambat tapi hari ni, dia pula lambat masuk ofis. Habis tu bos nak marah diri sendiri la? Dia bukan apa, tertunggu bos semata-mata nak tunjukkan reportnya yang siap on time! Selalunya bos tu asyik membebel kata dia lambat la, lembab la, macam kura-kura la. Siap bos ugut lagi, kalau dia buat kerja lembab lagi, dia kena pecat! Disebabkan bos tu kacak, dia sabar je la.

Beg tanganya dicapai. Jam tangan dikeluarkan. Alah baru pukul 11.30, tapi perutnya dah berbunyi. Tak boleh langsung tuannya nak berdiet. Lapar je semendang. Jam tangan kembali dicampak masuk ke dalam begnya. Dah jadi tabiat tak pakai jam ditangan tapi biarkan beg yang memakai jam. Berat la nak lekat jam tu dekat tangan. Rimas!

"Berita hangat! Berita hangat!!!...

Terlepas terus pen di mulutnya. Matanya mencari manusia yang beria-ria menjerit. Berita apa la yang dia bawa kali ini?

"Kak Kiah ni tak bertaubat lagi rupanya. Seronok sangat jadi wartawan bergerak dalam ofis ni. Ada je gossip setiap hari. Entah betul atau tak!" gumam Isha yang melihat kak Kiah yang terkedek-kedek berlari.

"Kak Kiah baru dapat berita ni. Tuan Shahril excident!"

"Hah!!!" terdiri terus Isha. Bos excident? Biar betul?

Pen di hujung kaki disepak ke bawah meja. Macam lipas kudung dia menyerbu kak Kiah.

"Serius kak Kiah?" mata Isha terbutang.

Kak Kiah memandang Isha dan saat itu dia mencebik. Apa hal pembangkang nombor satu aku ni? Selalunya ada je nak membangkang. Aku cakap tu tak betul, cakap ini tak betul.

"Hai, sejak bila join berita kak Kiah ni? Selalunya orang tu duduk jauh-jauh kalau kak Kiah bercerita. Membangkang tak habis-habis." Sindir kak kiah.

Isha terasa seperti sedang disumbat dengan segantang cili kering. Depan ni juga kak Kiah ni menyedas aku.

"Ala, rileks la kak kiah. Hari ni saya janji tak kan bangkang malah jadi sekutu kak kiha. Boleh macam tu?"

Isha tersengih bila wajahnya kak Kiah pandang dengan hujung mata je.

Terbutang mata kak Kiah dengan suara bersahaja Isha. Budak ni macam- macam dia nak menjawab.

"Banyak la kamu punya sekutu." Kepala Isha kak Kiah sekeh.

"Sakitlah!" Isha menyeringai.

"Kak Kiah serius ke bos excident? Dia ada dekat hospital mana?" kalut seorang staf bernama Syifa bertanya.

Bos tu kekasih gelap dia kut. Kalau macam ni wajib menagis tiga hari tiga malam!

Kak Kiah sekadar menggeleng. Dia pun masa dapat berita, pegang pipi dengan muka tak percaya. Penyedap mata di ofis, excident?!

"Geleng tu tanda apa kak Kiah? Bos dah mati ka?" sampuk Shahida tanpa mulut terikat dengan insurans.

"Mulut choi kau!" jari telunjuk kak Kiah depan mata shahida.

"Kereta bos masuk gaung, kau tahu. Sampai sekarang bos tak dijumpai. Ada orang kata bos dah...." kak Kiah tak menghabiskan ayatnya cuma jari telunjuknya dilayukan. Tanda dah meninggal la tu.

"Hish! Tak baik la kak Kiah ni. Tak jumpa mayat kiranya bos belum mati la tu!" bantah Isha.

Sudah dikatakan tadi nak jadi sekutu kak Kiah, tiba-tiba dia masuk mood membangkang pula. Mana la si Kiah ni tak masuk zon api atas kepala?

Kak Kiah ketap bibir. Dia buat dah!

"Bukan aku yang kata, aku cuma sampaikan je." Bengang je dia tengok Isha dengan muka selamba.

"Tapi betul juga apa yang orang kata. Mana ada orang hidup lepas jatuh dalam gaung tinggi tu. Lain la kalau bos tu spiderman ke, superman ke? Betul tak?" sambung kak Kiah lagi.

Ada yang mengagguk, ada yang juga yang menggeleng. Geleng sebab tak boleh terima kenyataan bos mungkin mati. Kalau bos tak ada, hilang la penyeri dalam ofis ni. Itu pula yang difikirkan.

Isha diam. Karang tersalah cakap, kak Kiah naik hantu. Tiba-tiba dia rasa seperti ada orang menagis di belakangnya. Berkerut dahinya sebaik saja melihat Mia yang sedang menangis. Dah start drama queen dia tu!

"Eh, Mia. Kau menangis tu apa hal?"

Belum sempat Isha bertanya, si Amir dah menyoal dulu.

"Aku sedih. Bos dah tak da. Aku kesiankan bos." Air matanya dikelap. Sedihnya.. sob..sob..

"Amboi! Beria sangat. Dah macam dia laki hang pula!" suara budah kedah, Aisha dah terkeluar.

"Diam la kau! Kau tahu apa? Dia tu laki aku dalam mimpi!"

Isha garu kepala yang tak gatal. Macam-macam perangai yang ada. Bos tengah hilang mereka buat drama pula. Macam mereka tengah shooting pula sekarang.

"Apa la keadaan bos sekarang?" Asyraf mengeluh memikirkan bos besar mereka itu.

"Kak Kiah pun tak tahu."

Isha turut melepaskan nafas seperti yang lain. Baru semalam bos bad mood. Baru semalam dia jadi mangsa kepada bad mood bosnya itu tapi sekarang bos dah hilang. Bos tu memang la suka bad mood tapi hatinya baik. Kalau tak baik masakan dia selalu belanja staf makan. Beberapa hari lepas saja bos beanja mereka makan pizza hut. Lepas ni siapa nak belanja kalau bos tak ada? bos kembalilah!

"Tiba-tiba aku terfikir, kalau bos dah tak ada, siapa akan ganti tempat bos?" getus Adil. Siapa erk?

Semua di situ mengangkat bahu. Ada juga menggeleng tak tahu.

"Entah.." jawab kak Kiah. Lepas ni dia korek cerita ni pula.

"Saya! Saya yang akan gantikan dia!"

Semua mata tertumpu pada tubuh yang tiba-tiba muncul di hadapan mereka. Wajah tua yang memakai kot berwarna hitam tu dipandang dengan rasa tak percaya. Ada yang sebek, ada yang bulat mata dan ada juga yang menggeleng tak rela.

Rusman tersenyum penuh gah. Ini ofis milik aku!

Isha mencebik. Mana mungkin orang tua gila kuasa tu jadi bos besar. Tak kan la bos tak ada saudara mara lain untuk gantikan dia? Tak kan la mereka lepas ni terpaksa hidup di bawah arahan bapa saudara bos yang sangat menyebalkan ni? Kalau macam tu, habis mereka!

Leave a Reply