#Post Title #Post Title #Post Title

Nota cinta

Semua di sini adalah nukilan empunya tanah (aku la tu). sila la jangan right clik dan copy - eh.eh.eh... macam perasan aje ada yang nak copy paste. never mind. siapa ikut, dia jujur. Orang jujur, Allah sayang. Ai pun sayang ketat-ketat.
Have fun!
Tuesday, 2 January 2018

KERANA ITU PAHIT (BAB 3)




DAUN kering disepak ke tepi. Kemudian teruskan langkah. Sedikit terhuyung hayang tanpa melihat sedikit pun orang-orang awam yang mencipta cerita tersendiri di tepi-tepi track jalan di taman itu. Dia lebih senang mengimbau ayat yang diluah Pak Cik Firdaus tadi.
“Pak cik tak boleh tolong kamu. Sella lupakan 0011. Pak cik sayangkan kamu walaupun pak cik selalu susahkan kamu. Yang tu pak cik minta maaf. Kamu boleh minta benda lain tapi jangan minta libatkan kamu dalam 0011. Anggap je benda tu tak pernah wujud.”
Langkah dihentikan. Meraup wajah. Kaki kerusi di tepi track jalan, ditendang kuat.
What? Kena lupakan? Setahun aku fokus cari dia, dia suruh aku lupakan? Anggap benda tu tak wujud? Huh!” Sekali lagi kaki kerusi ditendang. Menzahirkan rasa marah.
Kebetulan lalu seorang budak dengan emak. Berpimpin tangan. Pelik je tengok gelagat Sella. Bercakap sendiri, satu hal. Pi jadi vandalisme, dua hal! Tapi Sella kesah apa? Muka pelik budak tu dijeling tajam. Dia tengah kusut tahu tak!
Dan bertambah kusut bila telefon berbunyi.
Emak?!
“Mak... macam tahu-tahu je Sella nak telefon mak.” Ayat pertama nak ambil hati emak sendiri.
Bila ayat itu tak dapat membeli hati si pemanggil, laju Sella jauhkan telefon dari telinga. Tunggu sepuluh saat, baru dekatkan balik.
“Mana ada Sella tak nak angkat? Ni Sella dah angkat kan?”
Dia diam. Mendengar suara orang di sana. Dekat lima minit tercongok sambil berdiri sebab dibebel dalam telefon. Sempat la dia ketuk-ketuk betis yang kebas.
“Balik Singapore? Mak, sebenarnya Sella...
Tak sempat dia jawab orang sana mengomel lagi.
“Okey mak. Stop. Sella dah buat keputusan, balik Singapura. Seminggu lagi!”
Tersenyap terus emaknya. Tapi tak lama lepas tu, menjerit macam menang piala. Sekali lagi Sella jauhkan telefon bimbit dari telinga.
Excited betul orang di Singapore tu!
“Nanti Sella tempah online je.” Malas-malas dia menjawab.
Buat keputusan dengan hati tak rela, memang tak semangat la. Usai bercakap, Sella masukkan kembali telefon bimbit dalam beg silang. Buat sekian kalinya dia mengeluh.
Tinggalkan bumi Malaysia!
Bermakna semuanya berakhir. Tapi memang semuanya dah tamat pun. Dia gagal dapatkan 0011. Rasa rugi habiskan setahun tapi satu habuk pun tak dapat. Tapi itu la hidup, tak semua yang kita nak akan terjadi..
Tapi apa yang mak dia nak, memang terjadi. Setahun lalu, lepas kematian ayahnya, tak habis Puan Rokiah pujuk dia balik Singapura. Tinggal dengan keluarga tiri dia. Tapi masa tu hati terlalu keras untuk ke sana. Bukan sebab benci dengan ayah tiri sendiri. Dia dengan ayah tiri, kamceng je. Dengan saudara tiri pun tak ada masalah. Yang masalah sebab dia degil! Degil nak habiskan sesuatu yang patut dihabiskan tapi tak sempat dihabiskan.
Dan sesuatu itu adalah, 0011!
Maklumat tak ada. Petunjuk tak ada. Pak cik Firdaus, menghilang lagi... Jadi apa yang tinggal? Sebab tu dia berkeputusan balik ke Singapura. Tingalkan silam, mulakan kehidupan baru.
“Betul ke apa aku buat ni?” soal Sella dalam getusan.
Kenapa susah hati nak rela?
Sella labuhkan punggungnya. Duduk dalam stres! Kepala ditunduk sambil membiarkan hati dan akal berlawanan sendiri. Namun, tak sempat punggungnya panas, tiba-tiba ada tangan menariknya. Spontan dia terdiri secara paksa. Mata automatik terbuka. Terkebil-kebil sejenak.
Apa ni? Mata naik pada wajah seorang gadis termengah-mengah di depannya. Lengannya dalam genggaman itu cuba direntap tapi gadis itu lebih cekap mencengkam lengannya dengan kedua-dua belah tangan.
“Dengar Rosella. Ambil ni, simpan. Dan lari!” pesan gadis itu sebelum meletak sekeping kertas berlipat. Kemudian melepaskan tangannya dan menyambung larian.
Sella tergamam. Kertas di tangannya dipandang. Kertas apa ni? Kenapa kena lari? Mana dia tahu nama aku?
“Rosella, lari!”
Kepala Sella terpusing bila gadis itu dalam larian, melambai mendesaknya melarikan diri. Saat itu juga dia terdengar suara mengeram kuat dan derap kaki yang sangat kencang. Kepala terpusing pula pada arah bertentangan. Terbutang melihat dua orang lelaki laju meluru ke arahnya.
“Lari!!!”
Hanya itu dapat ditangkap oleh telinganya sebelum tanpa dipaksa dia pantas membuka seribu. Berlari seakan mahu menjauhi maut. Berlari dengan kepala yang penuh tanda tanya.

 ...........................

NAFAS tercungap!
Boleh tak kalau dia nak berhenti sekarang?
Sella pandang belakang. Terketap gigi melihat dua lelaki itu masih mengejarnya. Semakin kuat dikerahkan tenagan supaya bekerja. Larian semakin laju. Tapi, kenapa mesti dia? Perempuan tadi, mereka lepaskan begitu saja? Kenapa? Kepala tertunduk pada tangan sendiri.
Sebab kertas ni!
Kaki bergerak laju, menjadi perlahan. Akhirnya berhenti sendiri. Mereka pasti mahukan kertas tu. Kalau dia bagi, dia akan dilepaskan kan?
“Berhenti!” jerit Sella tak semena.
Dua lelaki tadi berhenti mendadak. Lima puluh kilometer dari belakang. Saling berpandangan sama sendiri sebelum menapak perlahan-lahan. Masing-masing tersungging senyuman penuh kejahatan.
Sella telan air liur.
“Kau orang nak kertas ni kan?” Tangannya diangkat. “Okey, aku bagi tapi lepaskan aku.”
Sekali lagi dua lelaki itu saling berpandangan. Kali ini mereka mengangguk antara satu sama lain.
‘Bagi kertas ni lagi bagus dari masuk campur dalam hal mereka,’ bisik hati Sella. Kononnya nak berkompromi secara baik.
Dia mula menapak setapak ke depan, namun belum sempat mendekati mereka tangannya tiba-tiba ditarik seseorang.
“Argh!” Sella terjerit. Terdorong ke tepi sebelum tangannya digenggam dan didorong melarikan diri. Automatik dirinya terlonjak ke depan.
Sedar Sella dibawa lari, dua lelaki berpakaian kasual kembal mengejar. Jeritan mereka bersahut-sahutan. Tapi langsung tak dihiraukan oleh si penarik Sella.
“Awak siapa? Apa awak nak. Lepaskan saya!” Dalam larian penuh keliru, lantang Sella menyoal. Tangannya meronta kecil.
“Tak perlu tahu. Cepat lari!” Suara garau serak-serak mendesak. Semakin kuat mendorong Sella mengikut lariannya.
“Kenapa saya kena lari?” Mata Sella jatuh pada belakang jaket hitam itu. Bahu itu terhinjut-hinjut seiring dengan lariannya.
Macam atlet!
“Dia orang kejar!” Soalannya dibalas pendek.
Sella mendengus. Dia tahu la mereka kejar. Dia tak buta lagi!
“Saya boleh lari sendiri. Lepaskan tangan saya sekarang juga!” bentak Sella.
“Kau tak akan lari, kau akan serahkan kertas tu pada mereka.” Pantas lelaki itu menjawab.
Sella mendengus. Saat itu dia tekan kaki pada jalan menjadikan larian mereka semakin perlahan. Saat itu rengusan lelaki itu menampar telinga. Sella tak hiarukan sebaliknya menekan lagi kuat kaki atas jalan.
“Kau dah gila ke hah?” Lelaki itu menghentikan langkah tiba-tiba. Sepantas angin berpaling. Matanya menikam tajam mata Sella.
Sella tersentak.
“Mereka tak nak kertas tu, mereka nak kau!” Disebalik mulut yang terlindung dengan penutup mulut bewarna hitam, lelaki itu bersuara.
“Kenapa... Mereka nak sa..saya?” Tersekat-sekat Sella menyoal. Mata itu buat jantungnya gemuruh tiba-tiba.
“Perlu ke aku jawab dalam keadaan genting ni? Pusing belakang. Tengok apa yang mereka pegang sekarang.”
Sella pusingkan wajah. Terbutang biji mata bila dua lelaki itu menarik sesuatu dari belakang.
Pistol???
So, run!” Dengan ayat itu, sekali lagi tubuhnya didorong oleh lelaki itu.
Dan Sella membiarkan lariannya mengikut rentak lelaki itu. Matanya melekat pada kepala yang sudah membelakangkannya.
Grey eyes...
Tanpa sedar Sella gigit bibirnya sekuat hati.

 ..............................................

BUKAN mudah melarikan diri dua lelaki tadi. Kejar macam esok dah tak ada hari lagi. Nasib la si tukang bawa lari ni pandai. Menyelit celah-celah orang ramai, jadi dua lelaki terpaksa menyimpan kembali pistol. Menyelinap dari satu kedai ke satu kedai untuk mengelirukan. Akhirnya... mereka terlepas.
Pap!
Menyeringai Sella tatkala badan bertemu dinding. Kuat pula tu. Baru nak mengaum, lelaki berjaket hitam tiba-tiba meletak ke dua-dua tangan di tepi kepala Sella. Memerangkap dengan tubuhnya. Wajah saling menghadap. Sella tersenyap. Lelaki itu menunduk melepaskan lelah.
“Kita tengah shooting filem ke?” Dalam lelahnya Sella bersuara.
Kepala lelaki itu terpanggung. Sella menjeling wajah yang hanya menampakkan mata.
“Aksi macam ni selalu ada dalam filem je. Dan saya paling tak suka aksi macam ni. Menceroboh privasi.” Bebola mata dilarikan pada tangan yang memerangkapnya. Memberi amaran supaya lelaki itu jatuhkan tangannya.
Lelaki itu diam. Pandang tangan sendiri sebelum terletus ketawa kecil. Sinis.
“Kau fikir aku nak goda kau?”
“Kalau ya?”
“Perasan. Ni sebagai benteng kalau-kalau kau nak larikan diri.”
Sella buang nafas. Bibir terjongket tak percaya.
“Benteng? Perlu buat benteng sedekat ni? Sehampir ni?” Sella mencerlung. “Turunkan tangan. Saya tak akan larikan diri.”
“Boleh percaya ke?” balas lelaki itu pantas. Matanya menunjukkan dia kurang percaya.
“Saya tak kan larikan diri. Saya perlukan penjelasan apa yang berlaku sekarang. Sekarang lepas.”
“Kalau aku tak nak?”
Sella pejamkan mata. Wajah dialih ke tepi.
“Kalau tak nak...” Sella tersenyum dalam pejam. “Saya bagi hadiah!”
Serentak itu, kakinya naik meluru ke arah kaki lelaki itu. Tak sempat kaki makan mangsa, lelaki itu lebih pantas melarikan kakinya. Tanpa dipinta, lelaki itu menurunkan tangannya bersama tawa mengejek yang cukup perlahan.
“Aku boleh baca pergerakan kau.”
Laju Sella menolak tubuh itu menjauhinya. Muka sebal! Hati bengang! Tercemik-cemik meluat.
“Cakap cepat. Siapa awak?” Sella dabik kepala.
Hati bukan main meronta lagi nak tahu siapa lelaki di depannya sebenarnya. Kenapa tiba-tiba muncul, dan kenapa mesti dia menjadi sasaran. Namun dalam diam, mata galaknya buat sekian kalinya terhala pada grey eyes milik lelaki itu.
Sebab hanya mata saja terlihat, dia hanya mampu menganalisis mata lelaki itu. Warna mata tak seperti tipikal manusia. Hujung bulu mata agak lentik. Walaupun tak tersenyum, mata itu seolah-olah tersenyum. Cuma... cara renungan itu seakan menyimpan sesuatu.
Lelaki ni mesti tengah pasang akal nak menipu ni.
“Awak kata mereka nak saya dan bukannya kertas ni. Kenapa saya? Dalam perut saya ada berlian ke?” Sella selambakan suaranya. Sengaja buat lawak bodoh yang sangat tak kelakar.
Tak boleh tunjuk yang dia nak tahu sangat. Sebab selalunya penipu akan lebih suka menipu bila kita tunjukkan keinginan kita. Kena tenang. Lagipun kerjanya sebelum ni memang menuntut dia supaya sentiasa selamba dan bertenang.
“Apa ada dalam kertas tu?” tanya lelaki itu. Melirik ke arah kertas yang dikeluarkan Sella dari kocek.
“Kenapa nak bagitahu awak? Kertas ni untuk saya bukannya untuk awak. Mungkin ada rahsia dalam ni.” Sella bawa kertas depan mata. Sembunyi-sembunyi dia melihat isi kertas itu. Tiba-tiba saja dia melopong.
“Aku bet, dalam tu kosong.”
Sella terbeliak. Mana dia tahu?
“Tu semua perangkap,” ujar lelaki tu lagi.
Mata Sella mengecil pula.
“Perempuan tu, lelaki-lelaki tadi semuanya satu geng. Rancangan mereka untuk perangkap kau.” Lelaki itu menarik lengan jaketnya sedikit ke atas. Membiarkan angin menampar kulit lengannya.
“Mana awak tahu? Awak pun salah seorang dari mereka?” tebak Sella.
“Kau penyiasat persendirian, mesti kau tahu soalan tu soalan terbodoh sekali. Kalau aku geng mereka, buat apa aku cakap dekat kau?”
Bibir atas Sella terjongket naik.
“Kenapa Awak selindungkan wajah?” Sella alihkan pada soalan lain.
“Itu tak perlu jadikan topik.” Nampak sangat lelaki itu tak nak jawab.
Bijak pula lelaki ni. Sella tarik nafas panjang-panjang sebelum menapak ke depan.
“Awak cakap ni perangkap. Perangkap boleh jadi apa saja. Mungkin awak geng mereka dan cakap ni semua sebab awak nak saya percayakan awak. Mungkin juga awak orang yang diupah buat lakonan tak thrill langsung ni. Beritahu je rahsia tu. Saya tak mudah diperbodohkan.”
Terangguk-angguk lelaki itu mendengar Sella mengomel. Habis Sella bercakap, dia menjeling sinis.
“Bagus la kalau kau tak senang diperbodohkan. Kalau macam tu, jaga diri baik-baik supaya tak diperbodohkan dan tak termasuk dalam perangkap. Now, i need to go.” Lelaki itu jongketkan kening sebelum twist sedikit badannya. Kemudian berlalu.
Dia nak pergi? Kelopak mata Sella naik ke atas. Mana boleh tinggalkan tanpa jawapan macam ni!
“Siapa kata kertas ni kosong?” Jerit Sella kuat. Berjaya menghentikan langkah lelaki itu. Laju dia mendekati lelaki itu.
“Tengok sendiri, apa yang tertulis.” Saat lelaki itu berpaling, laju dia meletakkan kertas di tangan lelaki itu.
Seriously?” Lelaki itu membuka kertas berlipat. Sebaik saja mata terhala pada kertas itu, dia ketawa sinis.
“Mana tulisannya?” Acuh tak acuh lelaki itu membelek kertas itu.
“Tak nampak ke?” Sella buat muka terkejut. Kertas dirampas balik.
“Ni ada. Tak nampak? Rasanya awak dah buta ni.” Sella tergeleng-geleng sambil memandang kertas di tangan.
“Kepala kau ada something wrong ke?” lelaki itu mendengus sebelum kembali menggerakkan kakinya. Sah-sah kertas tu tak bertinta.
Terjuling mata Sella ke atas sebelum bergerak laju menghalang langkah lelaki itu.
“Apa kau buat ni?” Smile eyes itu terbutang tengok Sella tiba-tiba melompat ke depannya. Menghalang sambil mendepakan tangan.
Sella tak jawab sebaliknya tayang kertas di tangan, depan wajah lelaki itu.
“Awak tak nampak perkataan apa? Kalau macam tu biar saya beritahu awak. Atas kertas ni tertulis...” Sella berjeda. Menikam mata itu.
My-future-husband,” sambungnya.
Dan ayat yang ditutur Sella, buat pandangan lelaki itu berubah. Saat tu juga bunyi guruh berdentum dan sekelip mata hujan mula mencurah bumi.

[ Read More ]